Lesen Dagangan HUAWEI Dilanjutkan Lagi – Sehingga Sekitar Februari 2020!

Akhirnya persoalan terjawab! Jabatan Perdagangan AS kini mengeluarkan kenyataan rasmi di mana, tempoh lesen dagangan HUAWEI kini dilanjutkan lagi kepada 90 hari (3 bulan) – bakal berakhir pada 16 Februari 2020. Untuk makluman, ini merupakan lanjutan ketiga yang diberikan kepada HUAWEI selepas disenarai hitam pada bulan Mei lalu.

US Secretary of Commerce, Wilbur Ross

Sumber berkata sepanjang tempoh lanjutan ini, HUAWEI dibenarkan meneruskan kegiatan sedia ada termasuk menyediakan kemas kini perisian dan mengekalkan peralatan rangkaiannya. Difahamkan juga, lanjutan ini diberikan bertujuan melancarkan perkhidmatan telekomunikasi di negara tersebut – termasuk penyelidikan keselamatan siber untuk mengekalkan integriti dan kebolehpercayaan rangkaian serta kelengkapan operasi.

[SUMBER]

You might also like