- Iklan -

ASUS ROG baru sahaja melancarkan komputer riba gaming terbaharunya iaitu ASUS ROG Zephyrus S GX502 pada harga RM8699 yang pastinya mempamerkan prestasi yang mengagumkan. Keasyikan dan keseronokan serta keterujaan bermain game pastinya boleh dicapai menerusi peranti ini. Jom kita lihat dengan lebih mendalam peranti ini!!!

Spesifikasi Penuh

Komputer riba ini pastinya tampil dengan spesifikasi raksasa yang mana ia dihadirkan dengan pemproses generasi ke-9 intel Core i7-9750H dan dihadirkan dengan sistem operasi Wimdows 10. Lebih mengujakan apabila GPU yang ditampilkan pada komputer ini sangat berkuasa iaitu NVIDIA GeForce RTX 2070 Max-P 8GB GDDR6 VRAM yang akan memberikan kesan visual yang sangat kemas dan dramatik. Berikut adalah spesifikasi penuh peranti ini:

Spesifikasi

ASUS ROG Zephyrus S GX502

Sistem Operasi 

Windows 10 Home

Windows 10 Pro

Pemproses Cipset

Generasi ke-9 Intel® Core™ i7-9750H

Intel HM370 Chipset

Grafik

NVIDIA GeForce RTX 2070 Max-P 8GB GDDR6 VRAM

Memori

DDR4 2,666MHz SO-DIMM

Sehingga 32 GB (16 GB onboard memory)

SSD

512G, 1TB Hyperdrive

2x M.2 2280 SSD slots dengan RAID 0 support

(slot 1: NVMe PCIe; slot 2: NVMe PCIe/SATA)

Paparan

15.6 inci Full HD (1920 x 1080)
IPS-level, 100% sRGB, Nvidia G-SYNC, Pengesahan Pantone

240Hz/3ms or 144Hz/3ms

Ketersediaan VR 

Ya

Papan Kekunci

Per-key RGB, AURA SYNC, N-key support, 1.4mm jarak kekunci, Hot keys: Ten-key Function / ROG Armoury Crate

Audio

2x 2.5W speakers dengan Smart AMP technology

ESS 9118 Saber HiFi DAC

I/O Ports

1 x USB3.1 Gen2 Type-C™ dengan DisplayPort™ 1.4 and PD charging (input 20V/3A, output 9V/2A)

1x RJ45 Gigabit Ethernet

1x USB3.1 Gen2 Type-A

2x USB3.1 Gen1 Type-A

1x HDMI 2.0b

3.5mm headphone dan microphone jacks berasingan

1x Kensington Lock

Bateri

Built-in 76Wh rechargeable lithium-ion polymer battery
Jangka hayat bateri selama 6 jam (Web browsing)

Kamera

Kamera luaran (1080p@60FPS), optional

Wi-Fi / Bluetooth

802.11ac 2×2 WLAN

Bluetooth 5.0
*Versi Bluetooth mungkin berbeza dengan versi OS

Dimensi

360(W), 252(D), 18.9 mm(H)
1.41(W), 9.9(D), 0.74 inch(H)

Berat

2.0kg / 4.4 lbs

 

 

Rekaan Yang Serius ‘Lit’ Giler!!!

Peminat gaming pastinya akan terliur melihat rekaan ROG Zephyrus GX502 yang sangat menarik dan eksklusif. Rekaan ini pastinya menarik peminat tegar game. Palm rest pada komputer riba ini menyembunyikan honeycomb reinforcements yang mana ia memberi daya tahan yang baik pada chassis. Pun begitu, ia masih memberikan berat yang agak ringan bagi komputer riba jenis ini. Jadi tidak hairanlah komputer riba ini adalah 18% lebih ringan berbanding generasi sebelum ini.

Tampil dengan magnesium alloy struktur teras yang kukuh. Kemasan pada bahagian belakang yang mana reka bentuk potong pepenjuru yang digabungkan bersama Diamond Sand Brush dalam warna Mystic Black (di bahagian bawah) dan disertakan sekali dengan High Reflection Brush dalam warna Glossy Black (Di bahagian atas) memberikan sentuhan yang mampu menarik perhatian pengguna.

Logo ROG di bahagian belakang itu juga sangat menggiurkan apabila ia didatangkan dengan 2 warna sama ada Titanium Black atau deep Fire Red.

Berikut merupakan gambaran penuh peranti ini:

 

Super-Narrow Bezel 240Hz Display Memang WOWWW!!!

 

Tampil dengan paparan skrin yang bersaiz 15.6 ini Full HD (1920×1080) dengan kadar segar semula sehingga 240Hz dan 3ms respond time memberikan perspektif baharu kepada pengguna ketika bermain game.

Dengan 100% sRGB dan pengiktirafan daripada Pantone dan disertakan dengan ASUS ProArt TruColor Technology menhasilkan warna yang sangat mengangumkan.

Dihadirkan dengan nisbah skrin ke kerangka sebanyak 81% dan ditambah dengan bezel yang nipis memberikan pengalaman paparan yang tidak dapat dilupakan oleh pengguna. Ketiadaan webcam yang terbina adalah keputusan disengajakan kerana ia dikatakan tidak mempamerkan qualiti premium.

Bagi mengatasi ketiadaan webcam yang terbina, ROG telah menyediakan ROG Fearless Eye GC21. ia mampu merakam dan strim pada 1080p(60FPS) yang pastinya lebih baik kualitinya berbanding webcam yang biasa. Dengan senipis 17mm pastinya memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja.

 

Pemproses Di Tahap Terbaik

 

Peminat gaming pasti teruja apabila komputer riba ini didatangkan denga kuasa pemproses yang sangat berukasa iaitu 9th Gen mobile i7-9750H processor, hexa(6)-cored processor dengan 12 thread yang membolehkan kepantasan clock dapat dipertingkatkan 4.5GHz.

Apa yang pasti, ia mampu melaksana dan menguruskan permainan dan pelbagai tugasan lain. Bukan itu sahaja, ia juga dihadirkan dengan sokongan yang lebih pantas DDR4 2, 666MHz memory modules dengan 16GB disediakan terus pada komputer riba ini dengan SO-DIMM slot tersedia sehingga 16GB DIMM dan 32GB secara keseluruhan.

 

Grafik Yang Sangat Serius AWESOME!!!

ROG Zephyrus GX502 boleh dikatakan sebuah komputer riba ‘raksasa’ yang dihadirkan dengan kad grafik yang sangat berkuasa iaitu NVIDIA GeForce RTX 2070 dengan Max-P. AAS (Active Aerodynamic System) cooling yang dihadirkan pada komputer riba ini membenarkan GeForce RTX 2070 Max-P mencapai sehingga 1540MHz pada 115W (dengan ketersediaan ROG Boost).

Dalam pada itu, ia boleh ditukar di antara Nvidia G-Sync bagi memberikan pengalaman gaming yang lebih baik dan Optimus yang menukar kepada Intel’s iGPU bagi memaksimumkan jangka hayat bateri.

 

2 Paparan 4K HDR Output

Komputer yang berkuasa ini, dihadirkan dengan HDMI 2.0b dan DisplayPort (menerusi sambungan USB-C). Jadi ia membenarkan GX502 disambungkan pada monitor 4K HDR yang terbaharu.

Ini pastinya sangat sesuai buat content creator yang memerlukan paparan yang lebih besar dengan resolusi yang tinggi. Gamer juga turut boleh menggunakan fungsi ini dan menggunakan monitor premium gaming seperti ROG Swift PG27UQ atau PG35VQ di rumah anda. WOWWW kan!!!

 

Active Aerodynamic System

Sistem penyejukkan komputer riba ini memang terbaik!!! Dihadirkan dengan 12V power. Ini membenarkan prestasi aliran udara berlaku dengan pantas ketika ia diperlukan. Udara dipam melalui 4 saluran di bahagian belakang chassis yang mana setiap satu daripadanya membantu mengasingkan aliran udara panas daripada lapisan udara sejuk yang mengalir ke AAS. Disebalik rekaan permukaan kipas yang melengkung dan rekaan pengawalan udara, kipas tersebut diperbuat daripada liquid crystal polymer (LCP) material.

Setiap kipas mempunyai 83 fin yang mana 33% lebih nipis daripada kebiasaan yang memberikan aliran udara yang lebih baik iaitu sebanyak 7%. Perumah kipas (Fan housing) disertakan dengan rekaan Anti-Dust Cooling yang digunakan untuk daya sentrifugal untuk membawa partikel habuk yang berat ke lorong habuk yang khusus agar tidak tersangkut di dalam cooling fins. Jadi sistem penyejukkan komputer riba ini akan lebih bersih dan lebih bertahan lama.

Kelajuan kipas ini boleh dikawal dengan mudah sama ada mahu menggunakan Turbo mode, balanced mode dan Silent mode dengan hanya menekan Fn + F5 atau melakukan tetapan di Armoury Crate.

 

RangeBoost Technology

Masalah rangkaian Wifi yang tidak stabil sentiasa menjadi penghalang ketika ketika gamer sedang asyik bermain. ROG Zephyrus S GX502 disertakan dengan ROG RangeBoost technology yang mengabungkan 2T2R antenna array yang terletak di bahagian belakang dan hadapan komputer riba ini. Algoritma yang unik akan sentiasa mengimbas wireless sekeliling dan memilih pasangan antena terbaik untuk mendapat rangkaian yang lebih baik.

komputer riba ini menyokong Wi-Fi 5 standard yang terbaharu yang mana dihadirkan dengan dwi frekuensi 5GHz/2.4GHz Wi-Fi 5 (802.11ac) Wave2, menyokong MU-MIMO 160MHz channel bandwidth. Ini menyediakan sehingga 1733Mbps wireless bandwith.

 

Sistem Bunyi yang Buat Pemain Tidak Keruan!!!

Menariknya bagi ROG Zephyrus GX502 ini, ia dilengkapi dengan ESS 9118 Saber Hi-Fi Audio yang pastinya memberikan sistem bunyi yang memukau yang mana ia mempamerkan julat audio yang sangat baik dan gangguan serta noise dapat dikurangkan.

ESS 9118 boleh menghasilkan peningkatan 8-fold dalam julat bunyi, 92% kurang gangguan. Speaker GX502’s 2x 2.5W disertakan dengan Smart AMP technology yang boleh menguatkan suara dan mempertingkatkan bass dan julat dinamik kepada 3.5 kali.

 

Papan Kekunci yang Serius Cool!!!

ROG Zephyrus GX502 tampil dengan papan kekunci yang sangat AWESOME!!! Tampil dengan backlighting pada papan kekunci memberikan keterujaan ketika bermain game.

Menariknya, anda boleh mengawal kesan warna pada papan kekunci ini menerusi fungsi AURA yang ditetapkan pada aplikasi Armoury Crate. Terdapat beberapa kekunci yang diasingkan yang mempamerkan kekemasan. Jadi lebih mudah untuk anda menggunakan fungsi itu tanpa melihatnya.

 

Kapasiti Bateri Yang WOW!!!

Seperti yang diketahui ROG Zephyrus yang merupakan komputer gaming. Justeru, komputer riba ini tampil dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 76Wh rechargeable lithium-ion polymer battery. Jadi ia membenarkan anda bermain tanpa ada masalah bateri.

Kami telah menjalankan ujian pengecasan ke atas peranti ini. kami mula mengecas kompute riba ini pada 11.54 pagi iaitu ketika bateri berada pada 57%. Ia mencapai 100% pada jam 12.54 tengah hari. Ia mengambil masa hanya selama 1 jam.

#USB Type-C Power Delivery

ROG merupakan yang pertama yang menyokong DC dan pengecasahan USB PD pada komputer riba gaming-nya. USB Power Dilivery memberikan flesibiliti bagi menggunakan pengecas universal USB Type-C atau membenarkan dicas menggunakan bank kuasa. Jadi anda tidak perlu lagi mencari soket untuk mengecas bateri anda ketika bateri sedikit.

 

Pegalaman Gaming yang Superb!!!

ASUS ROG Zephyrus GX502 ini merupakan sebuah komputer gaming yang sangat berkuasa. Tampil dengan perisian yang membantu memberikan kepuasan ketika bermain game. Kami telah cuba bermain game League of Legends menggunakan komputer riba ini. Sepanjang bermain, grafik yang dihasilkan adalah sangat baik dan tanpa berlaku sebarang lag. Kawalan papan kekunci juga adalah sangat selesa.

#Armoury Crate

Ini merupakan antara yang perisian yang penting buat gamer yang menggunakan komputer riba. Ia menyediakan maklumat sistem termasuklah CPU dan GPU, frekuensi, penggunaan, suhu dan voltage. Ia turut menawarkan Profil game, penggunaan memori /storan, kepantasan kipas dan banyak lagi.

Ia juga membenarkan telefon anda disambungkan pada Armoury Crate bagi memudahkan anda memantau status komputer riba.

#Game First V

Penggunaan komputer ketika anda menggunakannya dapat dioptimumkan. Game First V ini mempunyai smart dan manual mode untuk menyesuaikan dengan senario. Contohnya seperti penstriman, memuat turun, gaming. Jadi ia dapat mengoptimumkan rangkaian berdasarkan fungsi yang dijalankan agar pengguna dapat mencapai ping yang terbaik.

Ia turut dapat mengenal pasti sambungan sama ada WiFi atau Wired yang perlu digunakan bagi aplikasi tertentu.

#Sonic Studio III

Sonic Studio III yang merupakan perisian bagi mempertingkatkan strim audio pada laptop ini dan keupayaan rakaman. Pengguna boleh melaras sound mode seperti bass-, voice-, and treble-boost.

Ciri penghalaan peranti di dalam Advanced Mode boleh menyatakan sama ada setiap aplikasi sound output yang di alihkan menerusi HDMI, speakers atau headphones. Pemain boleh output sound dari game tertentu pada gaming headphone mereka . Jadi bunyi yang dihasilkan akan lebih baik.

#Sonic Radar III

Perisian ini sangat sesuai bagi mereka yang mahu berlatih dan mempertingkatkan corak permainan mereka atau yang mempunyai masalah pendengaran, Sonic Radar akan memberikan simulasi visual bagi lokasi bunyi tersebut. Sonic Radar mengenalpasti tetapan bunyi yang digunakan.

Contohnya jika game tersebut menggunakan 2-, 5.1- or 7.1-channel sound, ia mampu mengira dengan tepat pengarahan suara.

 

Ujian Benchmark

ROG Zephyrus GX502 ini pastinya sebuah komputer yang berkuasa. Justeru, kami telah menjalankan ujian ke atas komputer ini menggunakan UserBenchMark dan CrystalDiskMark 6. Hasil daripada ujian ini mendapati bahawa komputer ini tampil dengan prestasi yang sangat menakjubkan yang setanding dengan komputer gaming yang lain. Berikut merupakan hasil ujian ke atas peranti ini:

#UserBenchMark

#CrystalDiskMark 6

 

Apa Kata Editor

Secara keseluruhannya, ASUS ROG Zephyrus S GX502 ini pastinya sebuah komputer riba yang sangat baik. Dengan paparan yang menakjubkan, spesifkasi yang berkuasa, bunyi yang mengagumkan serta perisian yang menyokong dan membantu memberikan pengalaman gaming terbaik pastinya membuatkan anda tidak keruan untuk memiliki peranti ini. Ia bukan hanya boleh digunakan oleh gamer , tetapi juga untuk content creator yang ingin menghasilkan sesuatu yang menakjubkan menerusi komputer riba ini. Jadi tidak rugi untuk memiliki peranti ini.