
Sony Interactive Entertainment Hong Kong Limited Cawangan Singapura (SIES) hari ini memaklumkan bahawa LEFT ALIVE (versi English) untuk PS4 bakal tersedia di Malaysia bermula 5 Mac 2019 – harga RM239 untuk versi cakera dan RM229 untuk versi digital.
Versi Cakera (RM239)– dilengkapi kod produk untuk menebus Pek Survival, yang mengandungi item untuk kegunaan dalam permainan seperti berikut :
- Senjata Klyuch (SP)
Satu varian warna khas senapang Klyuch dalam permainan. Atributnya berbeza dari versi standard. - Pek Ammo
Mengandungi pelbagai jenis peluru untuk kegunaan dalam permainan. - Pek Grenade
Mengandungi pelbagai jenis bom tangan untuk kegunaan dalam permainan. - Pek Pemulihan
Mengandungi pelbagai item pemulihan untuk kegunaan dalam permainan. - Light Body Armor
Ini adalah item pertahanan. Kurangkan jumlah kerosakan yang diambil dari serangan.


Versi Digital (RM229) – Beli di PlayStation Store untuk menerima bonus pembelian awal termasuk Pek Taktikal yang mengandungi tema PS4 eksklusif dan item dalam permainan seperti berikut:
- Senjata Slava
Satu varian warna khas senapang submachine Slava dalam permainan. Atributnya berbeza dari versi standard. - Pek Ammo
Mengandungi pelbagai jenis peluru untuk kegunaan dalam permainan. - Pek Bahan
Mengandungi pelbagai jenis bahan untuk kegunaan dalam permainan. Menggabungkan barang-barang bahan untuk mendapatkan pelbagai jenis barangan lain. - Pek Pemulihan
Mengandungi pelbagai item pemulihan untuk kegunaan dalam permainan. - Light Body Armor
Ini adalah item pertahanan. Kurangkan jumlah kerosakan yang diambil dari serangan dengan memakai item ini.
Untuk maklumat lanjut, KLIK PADA PAUTAN INI!

