Nokia 7.1 Kini Rasmi, Hadir Dengan Teknologi Skrin PureDisplay

- Iklan -

HMD Global yang merupakan pemilik jenama ikonik Nokia telah secara rasminya telah pun memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka – Nokia 7.1 yang didatangkan dengan teknologi skrin PureDisplay dalam satu acara di London.

Nokia 7.1

Nokia 7.1 hadir dengan saiz skrin IPS LCD sebesar 5.84-inci, dengan penawaran resolusi Full HD+ pada nisbah 19:9. Ia dijana dengan cip Snapdragon 636, RAM sehingga 3/4GB dan storan sehingga 32/64GB dengan mikro SD yang boleh dikembangkan sehingga 400GB.

Dari segi keupayaan penggambarannya pula, Nokia 7.1 dilengkapi dengan kamera utama sebesar 12MP+5MP yang menggunakan Lensa Zeiss. Manakala bagi kamera swafotonya pula, ia hadir dengan lensasebesar 8-Megapixel. Turut melengkapi telefon ini adalah bateri berkapasiti 3060 mAh dengan pengecasan pantas menerusi port USB-C.

Nokia 7.1 ditawarkan dalam dua varian warna iaitu gloss midnight blue dan gloss steel. Ia akan mula akan dijual di Amerika Syarikat dan UK terlebih dahulu dengan harga bermula €319 (kira-kira RM 1523) seunit.

[SUMBER]

 

 

You might also like