Honor dan Sonaone Berkerjasama Hasilkan Lagu tema 8X

Dengan kejayaan Honor 8X, Honor berkerjasama dengan duta produk tersebut yang merupakan penyanyi dan penulis lagu terkenal malaysia, Sonaone, untuk menghasilkan lagu tema bagi memperkenalkan peranti berkenaan.

Kerjasama tersebut, lagu tema tersebut dinamakan “Look At My Phone” telah menarik hampir 10 ribu penonton yang mana rata-rata daripada mereka memberikan maklum balas positif di post Instagram milik beliau.

Dengan rentak muzik yang dihasilkan sangat menarik itu, nyata diterima oleh penyokong Honor dan Sonaone. Peminat disarankan untuk menantikan update terbaharu tentang lagu berkenaan dengan versi yang lebih panjang di sosial media. bagi yang ingin menonton video boleh klik pada link.

Sonaone yang telah berehat selamat 2 tahun dari pentas seni juga telah membuat kemunculan kembali dengan single terbaharu yang ditulis dan dihasilkan oleh rakan seperjuangannya, Aliff dengan tajuk lagu tersebut #Obvious yang akan dirasmikan hari ini.

Bagi mendapatkan sebarang maklumat mengenai Honor 8X dan Honor malaysia, bolehlah layari laman web Honor. anda juga boleh layari di Facebook Honor atau shopee

Baca juga:

 

You might also like