Reviu: Samsung Gear Fit2 Pro, Jam Tangan Kecergasan Kalis Air

HARGA: RM 799

Samsung telah membawakan jam tangan pintar Gear Fit2 Pro kepada pengguna tempatan yang menawarkan beberapa ciri-ciri kecergasan. Direka khusus kepada anda yang mementingkan gaya hidup yang sihat, ia boleh digunakan sebagai alat untuk memantau kecergasan harian seperti berbasikal, berlari dan berenang.

Samsung Gear Fit2 Pro yang hadir dengan sensor denyutan nadi dibina dengan kerangka tahan lasak serta kalis air tawar dan masin sedalam 50 meter (5 ATM). Notifikasi dan membaca teks juga lebih mudah dengan skrin AMOLED 1.5 inci beresolusi tinggi yang terang.

 

SPESIFIKASI

 

PAKEJ PEMBELIAN

 

FIZIKAL

Menawarkan paparan skrin sentuh berukuran 1.5 inci Curved Super AMOLED beresolusi 216×432 piksel.

 

Sensor denyutan nadi terletak di bahagian belakang jam tangan pintar.

 

Sisi kiri menempatkan butang Power/Unclock dan juga butang Back.

 

Untuk pengecas jam tangan pintar ini, hanya letakkan di atas pengecasnya.

 

CIRI-CIRI ISTIMEWA

1) Heart Rate

Penjejak degupan jantung memudahkan pengguna memaksimumkan aktiviti senaman, merekod pembakaran kalori dengan lebih baik dan mendapatkan gambaran tentang tahap kesihatan keseluruhan anda. Samsung Gear Fit2 Pro juga menaik taraf fungsi penjejakan kesihatan dan kecergasan dengan ciri berkesan yang berlandaskan kadar jantung peribadi anda.

 

2) Aplikasi Kecergasan Pihak Ketiga
Floors
Speedo On
Steps

Berbeza dengan jam tangan pintar yang terdapat di pasaran, dengan Gear Fit2 Pro pengguna boleh menggunakan aplikasi seperti MyFitnessPal, MapMyRun, Endomondo dan UA Record sebagai rujukan kecergasan. Ia merupakan jam pintar kecergasan yang pertama di dunia yang menyokong aplikasi kecergasan pihak ketiga.

 

3) Notifikasi
Panggilan, Mesej

Selain aplikasi kecergasan, pengguna juga akan menerima notifikasi seperti panggilan, mesej, Whatsapp dan Facebook melalui peranti ini. Selain itu, terdapat mesej pendek seperti Yes, No, On my way, OK, Thanks dan beberapa lagi untuk anda membalas mesej terus dari Gear Fit2 Pro ini.

 

4) Pemain Muzik

Bosan bersenam tanpa mendengar sebarang muzik? Dengan adanya Gear Fit2 Pro, bersenam kini tidak lagi sunyi mahupun bosan. Anda boleh mendengar muzik kegemaran semasa bersenam tanpa sebarang masalah, tetapi perlu menyambungkan peranti ini headphone yang ada sokongan Bluetooth dan ia boleh beroperasi dengan baik.

 

5) Tahan Lasak

Samsung sememangnya terkenal dengan peranti tahan lasak! Oleh itu, Gear Fit2 Pro sangat sesuai bagi mereka yang kerap melakukan aktiviti lasak dan melakukan sukan agresif. Menerusi kerangka dengan sokongan kalis air ini, ia boleh digunakan dalam air tawar dan masin sedalam 50 meter (5 ATM).

 

Aplikasi Samsung Gear

*Aplikasi ini hanya sesuai disambungkan dengan peranti Samsung sahaja buat masa sekarang.

 

 

You might also like