
Opera Max, Kawalan Penggunaan Data Lebih Efektif
Opera Max merupakan salah satu aplikasi yang disediakan oleh pengeluar pelayar web terkemuka Opera dalam memudahkan pengguna mengawal penggunaan data dan pada masa yang sama menjimatkan penggunaan data oleh pelbagai aplikasi pada smartphone.
Apa yang menariknya, ia menyediakan mod tambahan pada Opera Max, yang mampu memberikan lebih kawalan dengan apa yang diakses oleh aplikasi dan memberikan lebih privasi kepada pengguna. Dikenali sebagai Privacy Mode, pengguna boleh melihat apakah aplikasi yang sering menghantar dan menerima data dari luar, dan menghalang pelbagai tracker yang memantau aktiviti termasuk iklan. Fungsi baru ini diperkenalkan secara berperingkat oleh Opera, dan akan hadir kepada semua pengguna Opera Max tidak lama lagi.
Muat Turun: