- Iklan -

1.2HARGA: RM 2,799

HTC 10 agak lambat menjengah pasaran Malaysia, peranti ini sudah lama dilancarkan di negara-negara luar dan menerima reaksi yang sangat positif dari pengguna. Ramai dari mereka memuji HTC 10 kerana memiliki reka bentuk yang elegan, kualiti binaan yang baik dan juga tambah baik pada sistem kamera berbanding model dari HTC sebelum ini. HTC 10 dianggap sebagai tiket HTC untuk membuat kemunculan semula mereka dalam pasaran kompetitif smartphone premium, namun adakah HTC 10 mampu memberikan skor 10 yang sempurna buat HTC? Baca ulasan kami untuk mengetahuinya.

REKA BENTUK

reka bentukHTC mempunyai reputasi sebagai salah satu pengeluar peranti Android yang mempunyai reka bentuk yang baik dan berkualiti tinggi. Namun rekaan HTC 10 bukanlah sesuatu yang baru, ia mengambil ciri dan estetik rekaan peranti terdahulu seperti HTC One M7, apa yang HTC lakukan adalah mengambil ciri dan estetik tersebut lalu menambah baik dan memberikan perincian terhadap reka bentuk peranti ini. Hasilnya adalah sebuah peranti yang sangat premium.

reka bentuk 1Besi adalah komponen utama dalam binaan HTC 10 dan sekaligus memberikan rupa dan kemasan yang premium pada smartphone ini. Bagi peminat smartphone rangka besi, anda pasti tidak akan kecewa dengan HTC 10, ia sangat solid ketika digenggam. Editor secara peribadi sangat menyukai apa yang HTC lakukan pada bahagian sisi belakang peranti, potongan sisi tersebut memberikan HTC 10 rupa yang unik berbanding peranti lain.

HTC 10 boleh digambarkan sebagai peranti yang mempunyai rekaan yang macho dan maskulin, sementara peranti seperti Samsung Galaxy S7 Edge mempunyai rekaan yang lebih elegan dan feminin. Ini tidak bermakna peranti ini hanya sesuai digunakan golongan lelaki, apa yang editor maksudkan adalah reka bentuk HTC 10 lebih robust dan garang berbanding Galaxy S7 Edge yang sedikit sleek dan elegan.

Butang yang ada pada HTC 10 pula tidak mengecewakan, tactile feedback yang diberikan butang apabila ia ditekan sangat baik dan editor mendapati bahawa kesemua butang yang ada pada peranti ini dipasang dengan kemas dan tidak longgar. Salah satu bukti bahawa HTC amat menitikberatkan aspek rekaan boleh dilihat pada butang kuasa peranti ini yang mempunyai tekstur bergerigi. Tekstur ini bukan sahaja memberikan visual unik pada bahagian sisi peranti, malah berfungsi sebagai panduan kepada pengguna apabila peranti dikendalikan dalam keadaan gelap, dengan mudah editor dapat mencari butang kuasa tanpa melihat peranti.

reka bentuk 2Sisi bawah pula menempatkan akses sambungan USB Type-C, mikrofon dan juga speaker. Pemilihan USB Type-C untuk model HTC 10 adalah sesuatu yang baik memandangkan sambungan generasi baru ini mempunyai keupayaan dan kemampuan yang jauh lebih baik berbanding microUSB. Jika dilihat pada pasaran smartphone yang terbaru dan terkini, majoriti peranti yang dilancarkan menggunakan sambungan USB Type-C, dijangkakan tidak lama lagi sambungan ini akan menjadi sambungan universal bagi dunia peranti pintar mudah alih.

reka bentuk 3Namun bagi mereka yang ingin mendapatkan HTC 10 atau mana-mana peranti dengan sambungan USB Type-C, editor menyarankan anda mendapatkan kabel USB kedua dan letakkannya di lokasi khas seperti pejabat, dalam kenderaan dan juga travel bag, ini bagi mengelakkan anda mengalami kesulitan sekiranya anda tertinggal kabel utama di rumah.

SPESIFIKASI

HTC 10 dilengkapi perkakasan berspesifikasi tinggi, selari dengan kelasnya sebagai peranti flagship. Namun oleh kerana ia telah dilancarkan lama pada pasaran luar sebelum ia sampai di Malaysia, spesifikasi tersebut kini telah hilang hangatnya dengan kehadiran peranti baru yang mempunyai spesifikasi yang sedikit baik dari HTC 10 seperti Asus Zenfone 3 (Qualcomm Snapdragon 821) dan OnePlus 3 (6GB RAM). Namun ini tidak bermakna spesifikasi yang ada pada HTC 10 tidak baik, keseluruhan perkakasan masih memberikan prestasi tinggi pada HTC 10.

new3.1Jelas di sini bahawa penarik utama HTC 10 terletak pada cip pemproses Qualcomm Snapdragon 820, kamera berspesifikasi baru dan yang paling penting adalah sistem audio HTC BoomSound yang memang sudah sinonim dengan peranti flagship HTC. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai audio peranti ini, anda boleh teruskan membaca sehingga ke bahagian audio.

PAPARAN

4.1_editHTC sebelum ini dipertikai kerana tidak melengkapkan peranti utama mereka dengan skrin beresolusi 2K, sebagai salah satu pengeluar smartphone pada harga premium, pengguna mengharapkan HTC menggunakan skrin resolusi 2K pada peranti flagship mereka. Akhirnya perkara tersebut direalisasikan pada model HTC 10.

Selain tambah baik resolusi menjadi 1440 x 2560 piksel, skrin HTC 10 juga menerima tambahan 0.2 inci berbanding model terdahulu.  Berdasarkan spesifikasi, panel paparan ini sememangnya lebih baik berbanding generasi sebelum ini, resolusi 2K sememangnya menjadi pilihan pembeli pada harga premium, namun editor percaya ramai dari bakal pembeli mahukan skrin jenis AMOLED digunakan pada HTC 10.

4.2_editNamun di sebalik tambah baik pada skrin generasi kali ini, paparan HTC 10 ada sedikit kekurangan yang editor dapati. Penggunaan di kawasan outdoor sedikit kurang selesa, kecerahan paparan dirasakan kurang dan editor bergelut untuk melihat butiran yang ada di paparan. Spesifikasi paparan menunjukkan peranti ini mampu menghasilkan kecerahan yang lebih baik, jadi editor berharap agar HTC mengeluarkan kemas kini perisian untuk membetulkan isu ini.

< Walaupun ditetapkan sehingga maksimum, kecerahan 
skrin HTC 10 masih belum memuaskan ketika 
digunakan di kawasan luar.

 

ANTARAMUKA

HTC Sense merupakan salah satu UI yang digemari ramai pengguna, kita sudah sedia maklum bahawa UI setiap pengeluar berbeza dan mempunyai keistimewaannya tersendiri, Contohnya, TouchWiz dari Samsung padat dengan fungsi tambahan yang kadang kala kebanyakan dari fungsi tersebut tidak digunakan, manakala HTC pula menawarkan akses dan kekemasan paparan utama pada HTC Sense.

5Namun tren UI di dalam komuniti pengguna sudah berubah perlahan-lahan, ramai dari pengguna kini mahukan UI yang lebih simple dan kemas, boleh dikatakan mereka mahukan sistem yang paling hampir kepada stock Android. Pujian harus diberikan kepada HTC kerana mengenal pasti perubahan tren ini dan menyediakan satu platform UI yang hampir dengan UI asli dikeluarkan Google.

Bar notifikasi, paparan settings, menu aplikasi dan senarai aplikasi aktif merupakan beberapa paparan yang kerap menerima modifikasi dari pihak pengeluar peranti, HTC juga melakukan perkara yang sama pada versi terdahulu. Namun kini HTC berganjak dari pendekatan tersebut dan memilih untuk menyediakan UI yang lebih minimal, asli dan ringan kepada pengguna.

5.3_editPeralihan kepada ciri-ciri stock Android tidak terhad kepada reka bentuk keseluruhan HTC Sense, aplikasi pra-sedia juga menerima ubah suai. Tidak ada lagi dua aplikasi yang menjalankan tugas yang sama seperti yang dapat dilihat pada model-model terdahulu dan juga kebanyakan peranti Android lain. Kebiasaanya kita menerima dua aplikasi pra-sedia yang menjalankan proses serupa, contohnya Play Music dari Google dan Music dari HTC, kedua-duanya adalah aplikasi pemain muzik. Jadi kali ini HTC memutuskan untuk menyediakan hanya satu aplikasi sahaja bagi satu tugas. HTC melakukan perbandingan dan pertimbangan di antara aplikasi sebelum memutuskan aplikasi manakah yang patut kekal di dalam sistem.

5.4_editPendekatan stock Android tidak bermakna HTC tidak melakukan apa-apa modifikasi kepada sistem antaramuka, salah satu ciri istimewa HTC masih dikekalkan dalam versi terbaru HTC Sense iaitu BlinkFeed yang telah diperkenalkan semenjak model One M7. Selari dengan pembaharuan keseluruhan UI, BlinkFeed versi ini lebih kemas dan minimal, namun masih baik dalam melakukan tugas utamanya, iaitu memaparkan informasi penting kepada pemilik smartphone.

 

 

5.5 edit

5.7_editSalah satu ciri yang editor gemar pada sistem UI terbaru adalah pilihan yang diberikan kepada pengguna untuk menggunakan tema UI. Terdapat pelbagai tema disediakan yang dipecahkan kepada pelbagai kategori. Selain itu anda juga boleh memilih pek ikon, profil bunyi, font dan lain-lain. Jadi anda tidak terhad untuk menggunakan tema stock Android yang mungkin sedikit membosankan kepada sesetengah pengguna. Untuk mengakses theme, tap dan hold mana-mana bahagian skrin home dan kemudian tap Change theme.

< Antara pilihan tema yang ditawarkan

 

PRESTASI

Sistem

Seperti kebanyakan peranti flagship yang keluar pada tahun ini, HTC 10 juga dilengkapi antara cip pemproses terbaik di pasaran yang mampu memberikan pretasi yang hebat kepada peranti. HTC 10 dikuasakan Qualcomm Snapdragon 820 sambil dibantu Adreno 530 GPU dan RAM berkapasiti 4GB. Editor menggunakan aplikasi AnTuTu Benchmark untuk menentu ukur kemampuan peranti flagship terbaru dari HTC.

6

KOMEN: HTC 10 berada di ranking kedua carta prestasi selepas OnePlus 3, skor ini jelas menunjukkan bahawa HTC 10 lebih dari sekadar mampu untuk melakukan tugas pemprosesan dengan pantas.

 

 

 

Pengimbas cap jari

6.1HTC memilih untuk menggunakan pengimbas cap jari kapasitif, supaya pemilik peranti tidak perlu menekan butang fizikal untuk mengaktifkan imbasan. Berdasarkan pengalaman editor, pengimbas seperti ini sepatutnya lebih pantas dalam proses imbasan,

Namun nampaknya editor tidak mendapat kepantasan yang diharapkan. Editor harus meletakkan jari buat beberapa ketika pada pengesan sebelum peranti diaktifkan. Berbeza dengan pengalaman menggunakan pengimbas cap jari pada OnePlus 3 yang juga dari jenis kapasitif, tetapi jauh lebih pantas. Walaupun agak kurang dari segi kepantasan, pengimbas cap jari ini masih lagi tepat dan jitu dalam mengesan cap jari pemilik.

Quick Charge 3.0

6.2HTC 10 dilengkapi sistem pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 3.0, melalui pengalaman editor dengan HTC 10, peranti ini mampu mengecas dari 0% sehingga 50% kuasa bateri dalam masa setengah jam sahaja, namun kepantasan sedikit berkurangan selepas ia melepasi paras 50%.

Setelah melakukan sedikit kajian, ia sememangnya sistem pengecasan yang telah ditetapkan HTC. Peranti ini akan menyedut kuasa dengan kemampuan maksimum sehingga bateri mencapai paras 50%. Selepas ia melepasi paras tersebut, peranti akan mula mengecas dengan kadar sedikit perlahan. Ini dilakukan bagi memelihara bateri agar tahan lebih lama.

6.7
Sumber dari laman web HTC

AUDIO

7.1Apabila berbicara mengenai HTC, kualiti audio sememangnya menjadi salah satu aspek terpenting untuk dibincangkan. Peranti-peranti HTC sebelum ini terkenal dengan setup dwi speaker BoomSound pada bahagian hadapan, namun setup tersebut telah diubah pada HTC 10. Kini hanya satu sahaja speaker yang berada pada bahagian hadapan dan satu lagi pada bahagian sisi bawah peranti.

Speaker pada bahagian muka peranti bertanggungjawab mengeluarkan bunyi berfrekuensi tinggi, manakala speaker pada bahagian bawah sisi peranti pula mengeluarkan bunyi berfrekuensi rendah. Setup speaker tersebut  masih menghasilkan bunyi yang baik, namun kurang lantang berbanding model sebelum ini yang meletakkan kedua-dua speaker pada panel hadapan peranti.

7.2Kelantangan audio melalui speaker pada peranti tidaklah sehebat yang diharapkan, namun kualiti audio yang terhasil apabila anda menyambungkan earphone/headphone pada HTC 10 sangat mengagumkan. Kualiti tersebut dicapai HTC 10 melalui perkakasan DAC yang terbina di dalam, ia meningkatkan kualiti audio yang keluar pada earphone/headphone anda.

Untuk menguji perbezaan HTC 10 yang mempunyai DAC dan peranti Android lain (tanpa DAC), editor memainkan lagu yang sama pada kedua-dua peranti dan mendengarnya melalui headphone yang sama. Perbezaan kualiti yang ketara jelas didengari dan editor benar-benar kagum dengan kejayaan HTC mengimplementasi teknologi DAC di dalam HTC 10, bagi golongan audiophiles HTC 10 mungkin sahaja akan menjadi peranti paling sempurna buat anda untuk menikmati muzik di mana sahaja anda berada.

1Bagi menambah kesempurnaan pengalaman audio pada HTC 10, anda juga diberikan pilihan untuk menala sendiri bunyi mengikut keselesaan anda. Setiap pengguna mempunyai sensitiviti pendengaran yang berbeza, begitu juga telinga kiri dan kanan kita. Bagi menikmati audio yang lebih balance dan padu, HTC melengkapkan flagship 2016 mereka dengan perisian untuk membantu anda mendapatkan kualiti audio terbaik.

Cara menala bunyi melalui perisian

7.5 a1. Untuk mengakses fungsi ini, anda perlu menyambungkan dahulu earphone/headphone anda dengan HTC 10. Kemudian pergi ke bahagian settings dan tap HTC BoomSound with Dolby Audio. Selepas itu anda perlu tap pilihan Personal audio profile.

 

 

 

 

7.7 a2. Langkah seterusnya menampilkan anda dengan dua pilihan. Editor menyarankan anda memilih pilihan Listen to frequencies. Pilihan ini lebih tepat dan jitu dalam menala bunyi, namun memakan masa berbanding pilihan lain. Jadi cari masa lapang utuk anda menala bunyi pada HTC 10 anda.

 

 

 

 

7.8 a3. Proses ini memerlukan anda mendengar signal bunyi yang dikeluarkan dari aplikasi melalui earphone/headphone. Proses talaan dimulakan dengan bunyi berfrekuensi rendah pada pemacu audio sebelah kiri. Anda perlu menaikkan kelantangan bunyi sehingga anda mendengar frekuensi bunyi tersebut dan tap next untuk frekuensi seterusnya. Ulang proses tersebut sehingga anda selesai melakukan ujian semua jenis frekuensi pada telinga sebelah kiri dan kanan.

 

 

7.9 a4. Selepas itu anda boleh mendengar perbezaan audio sebelum talaan dan selepas talaan dengan tap Toggle to hear difference.

 

 

 

 

 

 

ICE VIEW CASE

9.1aHTC layak diberi pujian kerana menghasilkan barisan aksesori yang hebat dan nampak cool. Pada model kali ini HTC menawarkan Ice View Case yang memberikan paparan unik pada HTC 10 apabila anda mengaktifkan skrin ketika peranti ditutup dengan casing ini.

Anda tidak perlu melakukan apa-apa tetapan untuk mengaktifkan fungsi paparan Ice View Case, hanya pakaikan casing ini ke HTC 10 anda dan ianya sudah tersedia aktif. Mudah kan! Paparan Ice View Case membolehkan anda melihat notifikasi semasa dan mengakses kamera dengan swipe ke bawah. Namun, anda tidak akan dapat melihat dengan jelas viewfinder kamera, editor berpendapat fungsi ini hanya berguna ketika kecemasan atau di saat anda mahu menangkap gambar dengan segera tanpa peduli akan kualiti gambar.

9.2 a

Namun terdapat sedikit kekurangan yang editor rasakan pada casing ini. Apabila cover hadapan dibuka ia tergantung dan sentiasa bergerak, lantas mengganggu sedikit pengendalian smartphone. Alangkah baik jikalau casing ini hadir dengan lekapan magnetik yang akan memegang cover pada kedudukan ang statik. Namun ini hanyalah masalah kecil, secara keseluruhannya editor sangat berpuas hati dengan casing ini.

< Paparan Ice View Case 
apabila diaktifkan.
Anda pasti mempunyai style penggunaan smartphone yang tersendiri kan, setiap pengguna berbeza dari cara dan cita rasa penggunaan smartphone dan HTC menawarkan beberapa tetapan yang boleh disesuaikan untuk kegunaan anda.

 

Aktifkan Skrin Dengan Tap Gesture

Fungsi ini membolehkan anda mengakses paparan untuk melihat notifikasi, masa dan pelbagai informasi lain dengan mudah. Terdapat dua cara yang anda boleh aplikasikan untuk mengaktifkan skrin.

1_editCara pertama adalah dengan tap pada pengesan cap jari. Untuk mengaktifkan fungsi ini masuk ke Settings > Fingerprint scanner > Wake up screen, kemudian aktifkan fungsi Wake Up Screen.

 

 

 

 

2_editPilihan kedua adalah dengan melalui cara konvensional, tap dua kali pada skrin untuk mengaktifkan dan nyah aktif skrin. Masuk ke Settings > Display & gestures > Motion Launch gestures. Pada menu ini juga anda boleh menetapkan pelbagai gesture lain seperti swipe ke kanan untuk melancarkan Blinkfeed sebaik sahaja skrin aktif.

 

 

 

Talaan Warna Paparan

3-editWarna paparan HTC 10 juga boleh ditala mengikut citarasa anda, pilihan warna tona ‘panas’ dan ‘sejuk’ boleh diakses pada bahagian Settings > Display, gestures & buttons > Color profile, dan anda akan menjumpai pilihan Vivid atau sRGB. Pilih Vivid dan kemudian tap ikon menu (tiga titik di bahagian atas kanan) untuk mengakses slider talaan warna. Gunakan slider untuk menala warna paparan mengikut citarasa anda.

 

Susun Atur Bebas

4-editJika anda tidak berpuas hati dengan susun atur grid sedia ada, anda boleh mencuba tema Freestyle yang disediakan HTC, tema ini membolehkan anda menyusun ikon aplikasi di menu Home pada mana-mana lokasi yang anda suka di skrin, sangat menarik. Untuk mencuba fungsi ini, sila ke Change home screen layout > Freestyle layout dan pilih salah satu tema Freestyle yang anda suka dan tap Apply.

 

7_editApabila anda mengaplikasikan tema Freestyle, ikon dan wallpaper akan tampil sebati, seolah-olah ia hanya satu lapisan imej pada paparan Home anda. Namun anda masih boleh melihat teks yang menandakan setiap ikon, jika anda inginkan paparan yang lebih minimal, tap dan hold ikon untuk membuka fungsi tetapan. Kemudian, pilih tetapan Hide Label, teks akan disembunyikan apabila fungsi ini aktif.

 

 

 

8_editAnda juga boleh menyembunyikan aplikasi dengan masuk ke dulang aplikasi dan menu tetapan (tiga bintik pada bahagian atas kanan). Kemudian pilih Show/hide apps.

 

 

 

 

 

Tema Personal

9-editAnda sebenarnya boleh mencipta tema untuk HTC 10 anda berdasarkan walllpaper yang digunakan. Tap dan hold pada skrin utama dan tap Change theme, kemudian tap pula ikon + yang berada di bahagian bawah. Jika anda mahu menggunakan imej selain yang disediakan dalam pek sedia ada, tap Choose Home Image dan pilih dari mana-mana imej yang ada dalam galeri gambar anda.

 

11-editSetelah anda memilih gambar yang mahu digunakan, sistem akan memberikan beberapa cadangan ikon yang mempunyai skema warna yang sesuai dengan wallpaper yang digunakan. Anda mungkin akan melalui ulangan proses try and error, teruskan bereksperimen dengan pelbagai imej sehingga anda berjaya menghasilkan tema yang sesuai dengan personaliti dan unik untuk diri anda, selamat mencuba!

 

Kamera

Spesifikasi dan prestasi optikal jelas diberi perhatian oleh HTC pada model kali ini. Peranti sebelum ini dikritik hebat kerana ketinggalan dari segi prestasi dan kualiti walaupun mempunyai kiraan piksel yang lebih tinggi berbanding peranti pesaing. Namun kali ini, HTC 10 hadir dengan sistem kamera yang mampu bersaing dengan peranti flagship lain.

a b

Komen: Butiran imej jelas dan proses fokus juga amat pantas ketika mengambil gambar, namun warna yang difokus agak kurang menonjol.

4 5

Komen: Penggambaran waktu malam dan sumber cahaya tertumpu juga amat memuaskan.

6

Komen : Kamera selfie tidak kurang hebatnya, cahaya, fokus dan warna tampil cantik dan balance.

 

 

 

 

 

Komen 

Apa yang best...

Pada suatu ketika dahulu, editor amat meminati HTC, ini adalah disebabkan kualiti rekaan dan binaan yang dihasilkan oleh syarikat Taiwan ini. Peranti HTC pertama yang editor miliki adalah HTC Sensation XE. Pada tahun 2016, HTC sekali lagi membuktikan yang mereka sememangnya mampu menghasilkan peranti yang menarik serta berkualiti tinggi dari segi reka bentuk dan fizikal.

Kemampuan kamera juga semakin baik pada HTC 10, sekaligus membuktikan yang HTC sebenarnya mampu bersaing dengan pengeluar lain dari segi teknologi optikal. Tidak sabar rasanya untuk melihat kemampuan peranti HTC seterusnya. Perkara ketiga yang editor sukai pada HTC 10 semestinya kualiti audio yang dimainkan menerusi sambungan audio jack. Unit DAC yang ada di dalam peranti jelas membantu dengan amat banyak bagi peranti ini mengeluarkan output audio berkualiti tinggi. Bagi penggemar muzik seperti saya, ini merupakan spesifikasi yang amat penting dalam pemilihan peranti.

Yang kurang menarik...

Tiada banyak perkara negatif yang boleh dikatakan mengenai HTC 10, hanya terdapat beberapa masalah kecil yang ada pada peranti ini seperti kecerahan skrin dan setup speaker yang kurang lantang. Namun masalah ini tidak menghalang HTC 10 untuk berfungsi dengan baik sepanjang editor menggunakan peranti ini.

Kesimpulannya, amat sukar untuk mencari sebuah peranti yang dapat memenuhi skor kesempurnaan 10, flagship HTC pada tahun 2016 ini juga editor percaya masih terdapat sedikit kekurangan. Namun, pada pendapat editor HTC 10 merupakan peranti terbaik yang pernah HTC hasilkan buat masa kini, dan diharapkan HTC 10 akan dijadikan tanda aras bagi HTC dalam penghasilan peranti seterusnya.