
Photo Mate R3
Photo Mate R3 adalah aplikasi lengkap untuk anda menguruskan, memaparkan dan juga menala fail imej di dalam smartphone anda. Aplikasi ini akan menganalisa butiran metadata fail seperti tarikh, bacaan aperture, ISO dan lain-lain untuk menguruskan imej. Melalui cara ini anda boleh menyusun dengan mudah imej-imej di dalam galeri anda, contohnya jika anda mahu melihat gambar yang ditangkap dengan bacaan exposure yang tinggi, anda cuma perlu tap pilihan susunan imej mengikut exposure, cara ini lebih cepat dan efisien.
Selain itu anda juga dibekalkan dengan fungsi talaan imej yang serba lengkap. Melalui aplikasi ini, bukan sahaja talaan imej pada format mainstream dapat dilakukan, malah ia juga menyokong talaan kepada format RAW. Fungsi ini sangat menarik kepada mereka yang mempunyai kemahiran fotografi dan talaan imej. 
Muat Turun:

