
Kemunculan pertama Moto 360 pada tahun 2014 telah berjaya menarik perhatian peminat peranti boleh pakai apabila ia menjadi peranti Android Wear terlaris dan paling popular di pasaran. Kini generasi kedua Motorola Moto 360 yang telahpun dilancarkan untuk pasaran tempatan dengan menampilkan bukan sahaja rekaan yang telah diperbaharui, malah ia juga turut menerima penambahbaikan dari aspek spesifikasinya. Bagi membantu pembaca di luar sana melihat sendiri apakah pembaharuan antara kedua-dua generasi ini, ikuti laporan dari kami.
3 VARIAN DIPERKENALKAN

Untuk pasaran tempatan, Motorola Moto 360 generasi kedua ini telah diperkenalkan dalam tiga varian berbeza. Ketiga-tiga varian ini menampilkan perbezaan penampilan bergantung kepada personaliti pengguna dan ianya dijual pada harga yang berbeza.
PERBANDINGAN SPESIFIKASI

PAKEJ PEMBUNGKUSAN
Kotak pembungkusan
Apa yang disediakan
PERBANDINGAN FIZIKAL
INFO! Bagi memudahkan anda melihat perbezaan antara generasi pertama dengan generasi kedua Motorola Moto 360, kami akan membandingkan unit reviu Motorola Moto 360 terbaru ini dengan Motorola Moto 360 generasi pertama. Sebagai rujukan, Motorola Moto 360 generasi pertama ini hanya memiliki satu saiz sahaja iaitu 46mm, manakala unit reviu yang diterima ini pula adalah lebih kecil iaitu berukuran hanya 42mm.
Muka Jam
Sama seperti generasi pertama, agak mengecewakan kerana Moto 360 generasi kedua ini masih lagi mengekalkan rekaan panel muka jam yang agak kontroversi. Ini kerana walaupun tampil dengan muka jam bulat, sebenarnya bahagian bawah paparan jam dengan rekaan ‘flat tyre’ bagi menempatkan sensor Ambient Light.
Butang Kawalan
Sebelum ini ramai di antara pengguna yang berasa kurang selesa dengan kedudukan butang kawalan pada Moto 360 generasi pertama kerana ia sering ditekan tanpa disengajakan setiap kali mereka membengkokkan pergelangan tangan. Menyedari isu tersebut, Motorola telah mengubah kedudukan butang tersebut pada generasi kedua.
Bezel Diperbaharui
Walaupun tampil dengan rekaan bezel yang hampir sama, Moto 360 generasi kedua kini tampil dengan rekaan yang kelihatan lebih mirip seperti sebuah jam. Ini kerana pada bahagian atas dan bawah bezel telah disediakan dengan tangkai untuk sambungan tali jam, dan ini berbeza dengan generasi pertama yang tampil lebih ringkas.
Saiz Tali Jam Berbeza
Jika generasi pertama hanya menyokong satu saiz pilihan tali jam iaitu berukuran 22mm, Moto 360 generasi terbaru ini memberikan lebih pilihan kerana ia menyokong sehingga tiga saiz tali jam berbeza. Ketiga-tiga varian Moto 360 baru ini menampilkan sokongan saiz tali jam yang berlainan iaitu 16mm, 20mm dan juga 22mm.
Pin Tali Jam
Proses menukar tali jam pada Moto 360 generasi kedua sememangnya jauh lebih mudah kerana ia telah disediakan dengan satu pin khas yang hanya perlu ditolak untuk menanggalkan tali jam. Ini berbeza dengan generasi pertama yang mengkehendaki anda untuk membuka panel belakang terlebih dahulu.
Sensor Degupan Jantung
Pada pendapat kami, rekaan panel belakang yang menempatkan sensor degupan jantung pada generasi pertama kelihatan lebih menarik secara keseluruhannya kerana tampil dengan kemasan mutiara pada tulisan yang tertera. Manakala Moto 360 generasi kedua ini kelihatan lebih ringkas rekaannya.
ANTARAMUKA ANDROID WEAR
Oleh kerana antaramuka Android Wear adalah sama sahaja untuk semua jenama peranti boleh pakai. Jadi sekiranya anda masih belum pernah melihat paparan antaramuka Android Wear sebelum ini, maka kami akan berkongsi paparan antaramuka Motorola Moto 360 kepada anda.
Muka Jam

Tetapan Pantas

Menu Utama

Tetapan

Pemain Muzik

Notifikasi

Pilihan Muka Jam

Paparan Caj

KOMEN
Tidak dinafikan rekaan muka jam berbentuk bulat lebih popular di kalangan pengguna kerana ia tampil dengan gaya mirip seperti sebuah jam tangan klasik. Bahkan pada pendapat kami, Motorola telah berjaya menarik perhatian pengguna dengan kemunculan Moto 360 keluarannya yang pertama. Penerimaan yang sangat baik ini sekaligus mendorong Motorola untuk terus mengekalkan rekaan ini pada generasi keduanya yang kini telah diperbaharui agar tampil dengan gaya yang lebih moden dan elegan. Selain daripada itu, sokongan spesifikasi yang telah dipertingkatkan ini juga turut meletakkan Moto 360 terbaru ini setanding dengan pesaingnya yang lain di pasaran. Lebih istimewa, pelancaran tiga varian yang menampilkan warna bezel, saiz muka jam dan juga tali jam yang berbeza ini memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna.
Secara keseluruhannya memang tidak dinafikan bahawa Motorola Moto 360 generasi kedua ini boleh dianggap antara peranti boleh pakai Android Wear yang terbaik di pasaran. Namun begitu, apa yang agak mengecewakan adalah kehadiran ‘flat tyre’ pada paparan muka yang sedikit sebanyak mencacatkan penampilannya. Selain daripada itu, resolusi paparan skrin Moto 360 ini juga boleh dianggap antara yang terendah antara smartwatch yang terdapat di pasaran dan ini sekaligus menyebabkan kualiti paparan muka jam kelihatan kurang tajam dengan warna yang kurang menonjol sebagaimana paparan AMOLED.





