
letgo
Sekiranya suka membuat pembelian mahupun penjualan online secara on-the-go, kini aplikasi membeli-belah secara online letgo telah tersedia untuk di muat turun secara percuma pada peranti Android dan iOS. Dilancarkan oleh letgo sendiri, aplikasi ini telah menjadi perhatian kepada mereka yang suka membeli dan menjual barangan terpakai. Pencarian barangan yang diingini juga terasa lebih lancar dengan persembahan antaramuka yang ringkas dan moden, sekali gus melancarkan pengalaman belian secara online.
Tambahan pula, anda boleh membuat tawar menawar mengenai barangan yang ingin dibeli dan dalam masa yang sama boleh mesej secara peribadi dengan penjual mahupun pembeli.
Muat Turun
- RM 0
- 15 MB
- Android 4.1 dan ke atas
- RM 0
- 45 MB
- iOS 8.0 dan ke atas