
OnePlus 8 Pro Mungkin Mempunyai Sokongan Kalis Air IP68
Seperti sedia maklum, peranti keluaran OnePlus sememangnya tidak disertakan dengan sokongan rintangan air dan habuk buat masa ini. Segalanya akan berubah apabila bertiup khabar angin mengatakan penampilan siri OnePlus 8 dikatakan mungkin mempunyai sokongan kalis air dan debu IP68.
— Max Jambor (@MaxJmb) February 15, 2020
Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum disahkan oleh mana -mana sumber rasmi.Terdahulu, OnePlus tampil memberi penjelasan di mana mereka tidak menawarkan sokongan berkenaan kerana ia akan menambah kos keseluruhan binaan peranti.

