realme C3 Bakal Muncul Pada 6 Februari – Sokong Cipset MediaTek Helio G70 & Bateri 5,000mAh?

realme C3 bakal muncul secara rasmi pada 6 februari 2020 dalam sebuah acara pelancaran dijadulkan berlangsung di India. realme C3 merupakan pengganti untuk realme C2 dan bila bercakap mengenai siri realme C pasti Ramai antara kita sedia maklum ia berada di bawah kelas peranti mampu milik.

Menjelang pelancaran rasmi, beberapa imej penggoda memaparkan sejumlah spesifikasi utama peranti kini telah muncul di arena web. realme C3 dikuasakan oleh pemproses MediaTek Helio G70 dan disokong oleh bateri sebesar 5,000mAh.

Jika diteliti, peranti ini didatangkan dengan skrin bertakuk kecil berukuran 6.5″ – manakala belakang peranti pula terdapat sokongan dwi kamera utama yang disusun secara menegak pada sudut kiri. Nisbah skrin ke badan adalah sebanyak 89.8%.

Imej penggoda turut mendedahkan peranti ini membawakan sokongan memori sehingga 4GB RAM dan storan dalaman hingga 64GB ROM. Untuk kamera, imej penggoda turut mengesahkan bahawa modul dwi-kamera (AI Super Camera) pada bahagian belakang didatang dengan sensor 12MP. Namun, butiran sensor kamera sekunder belum diketahui.

[S U M B E R]

You might also like