Reviu Eksklusif: Capai Kepuasan Audio Menerusi realme Buds Air!!

realme Buds Air bakal tiba di pasaran malaysia tidak lama lagi. Namun mesti korang nak tahu bagus atau tak realme Buds Air? Jom kita selongkar dengan lebih mendalam kehebatan realme Buds Air ni!!

Spesifikasi Ringkas

Sebelum selongkar dengan lebih dalam, better korang tengok dulu spesifikasi ringkas realme Buds Air ini!

🔥Warna: Kuning, Putih dan hitam
🔥Cip: R1 Headphone Chips
🔥ENC (Environment Noise Cancellation Technology)
🔥Bluetooth 5.0
🔥GFP (Google Fast Pair Technology)
🔥Sambungan: 10 meter Jarak Efektif
🔥Pengecasan: Sokong Qi Wireless Charging / Pengecas Type-C
🔥Jangka Hayat bateri: Sehingga 17 jam

 

Rekaan Seksi Buat Korang Tak Keruan

Kalau sekali korang memandangnya, memang boleh terliur kalau korang melihatnya. Reka bentuk yang direka khas buat keselesaan telinga anda pastinya enak untuk dipakai. Berat dan keselesaan peranti ini membuatkan korang tidak sedar bahawa korang sedang memakainya.

Warna putih yang ditampilkan serta perincian pada realme Buds Air menambahkan lagi nilai eksklusif peranti ini.

Mesti tak puas nak tengok secara keseluruhan rupa paras peranti ini. Nah tengok puas-puas!

Pintar & Pelbagai Fungsi!

realme Buds Air ini pastinya earphone apabila sangat pintar kerana ia dihadirkan cip R1 yang mampu melaksanakan tugasan dan fungsi yang sangat baik. Justeru, ia turut disertakan dengan Google Assistance. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menekan butang selama beberapa sangat dan fungsi Google Assistance ini boleh digunakan.

Nak tahu pintar or tak. Ia turut disertakan dengan Wear Detection yang mana apabila korang mencabut realme Buds Air ini daripada telinga, ia akan mematikan muzik.

Nak Guna Pun Mudah!

Kalau nak tau, realme Buds Air ini sangat mudah untuk digunakan. Terutama untuk korang connect ke peranti korang.

Pada Charging Box ini tekan butang Pairing Key ini.

Kemudian Pilih realme Buds Air pada telefon anda dan tekan Pair.

Fungsi pada realme Buds Air

Klik dua kali: Menjawab panggilan / memainkan muzik
Klik 3 kali:Langkau ke lagu seterusnya
Tekan dalam 1 saat di salah satu Bud: Launch Voice assistant / mematikan panggilan
Tekan dalam 1 saat di kedua-dua bahagian:Masuk atau keluar Gaming Mode

Bunyi Yang Memukau

Tak dapat disangkal lagi, realme Buds Air ini tampil dengan bunyi yang sangat memukau apaibla ia dihadirkan dengan Dynamic Bass Boost Driver, Advanced Audio Coding yang menghasilkan bunyi yang terbaik. Bunyi yang terhasil akan dipertingkat dan memberikan kepuasan audio kepada pengguna. Korang akan leka melayan lagu menggunakan realme Buds Air ini!

Ada lagi best, realme Buds Air ini tampil dengan 2 mikrofon pada kedua-dua buds bagi mencapai Enviroment Noise Cancelation (ENC). Jadi bunyi yang terhasil akan sangat jelas walaupun anda berada dalam keadaan yang bising.

Bateri Yang Tahan Lama!!

Menariknya, sepanjang 3 hari menggunakan realme Buds Air ini,saya mampu mendengar muzik pada waktu yang lama.  Tiada masalah bateri cepat habis ketika menggunakannya.

Nak cas juga mudah, hanya letak realme Buds Air ini di dalam Charging Box dan ia akan di cas. Tak kisah kalau korang nak cas menggunakan Qi Wireless Charging / Pengecas Type-C.

Apa Kata Editor

Secara keselururhan, realme Buds Air ini merupakan earphone yang berbaloi untuk dimiliki. Reka bentuk menawan dan ditambah dengan hasil bunyi yang menakjubkan serta memudahkan hidup anda dengan kepintarannya membuatkan ia sangat berbaloi untuk dimiliki. Bateri juga sangat baik kerana mampu bertahan lama! BELI DI SINI

 

You might also like