
Maxis telah melancarkan MaxisTV, sebuah perkhidmatan hiburan video yang menawarkan kandungan video premium dari filem ke rancangan TV pada harga berpatutan dan fleksibel melalui aplikasi MyMaxis (Android / iOS), Hotlink RED (Android / iOS) dan Hotlink Flex (Android / iOS).
Pas VOD (Video-On-Demand) bermula dari RM3/sehari disertai dengan data dan pilihan kandungan termasuk Hollywood, Korea, India, Cina, Indonesia dan Melayu. Pembelian pas VOD Maxis TV sangat mudah, akan mengenakan caj ke bil Maxis atau kredit Hotlink anda.
Susulan pelancaran ini, Maxis telah bekerjasama dengan penyedia kandungan terbaik di dunia seperti iFlix, Viu, Mubi, Netflix, YuppTV dan banyak lagi bagi menawarkan perkhidmatan ini kepada pelanggannya.
Pilihan Pas VOD:
| Pas 1 Hari | Pas 7 Hari | Pas 30 Hari |
| RM3/pas Langganan + 3GB Data Percuma (1 hari) |
RM7/pas Langganan + 5GB Data Percuma (7 hari) |
RM15/pas Langganan + 10GB Data Percuma (30 hari) |

