

Sempena pusingan akhir Liga Predator 2026 Malaysia di Sunway Pyramid akhir minggu ini, Malaysia hari ini mengumumkan barisan peranti Predator yang terkini untuk golongan gamer dan pencipta yang menginginkan prestasi yang terunggul.
Predator Triton 14 AI – Prestasi Bertemu Kemudah Alihan
Dengan berat hanya 1.6 kg dan ukuran senipis 11mm, Predator Triton 14 AI menyediakan prestasi unggul yang diperlukan oleh golongan kreatif profesional, pencipta kandungan, gamer, dan pelajar. Dimuatkan dalam rangak aluminium yang ringan lagi tahan lasak, ia dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core Ultra 9 288V dan GPU NVIDIA GeForce RTX 5070 (110W), mengimbangkan kemudah alihan dengan prestasi yang tinggi.
Paparan OLED WQXGA+ (2880×1800) yang diperakui Calman dengan sokongan untuk gamut warna 100% DCI-P3 menjadikan peranti ini sesuai untuk kerja dengan keperluan grafik yang tinggi serta fotografi dan video bertahap profesional. Kadar segar semula secepat 120Hz dan kadar masa tindak balas selancar 1ms bekerja sama untuk menyediakan bingkai yang lancar dengan perincian yang amat jelas. Paparan sesentuh ini menyokong gerak isyarat yang intuitif untuk aliran kerja kreatif yang lebih lancar lagi.
Meningkatkan bentuknya yang kemas, pad sesentuh haptik Corning Gorilla Glass yang besar dengan pen stilus yang menyokong 4,096 tahap tekanan membolehkan pelukisan dan penulisan yang jitu, dengan maklum balas haptik yang boleh diselaraskan untuk perasaan yang lebih semula jadi dan responsif. Di bawah tempat letak tapak tangan adalah sistem pembesar suara Predator VOX yang meningkatkan ketekalan gelombang, memperbaik unjuran bunyi, dan mengekalkan suara yang bebas dari herotan di paras bunyi yang tinggi.
Sistem penyejukan yang canggih mengekalkan suhu Predator Triton 14 AI yang rendah walaupun dengan beban kerja yang tinggi, membolehkan peranti ini mengatasi permainan yang paling mencabar dengan bentuk anggunnya. Yang pertama dalam industri, TIM grafin-nya meningkatkan kecekapan haba sebanyak 14.5%, sementara kipas logam AeroBlade 3D generasi ke-6 dan sistem Aliran Vortex Acer meningkatkan aliran udara sebanyak 20% dibandingkan dengan kipas plastik.
Komputer riba berkuasa ini juga dilengkapkan dengan memori LPDDR5X 32 GB dan SSD NVMe PCIe Gen 4 2TB. Predator Triton 14 AI tersedia dengan segera dari eKedai Acer, kedai rasmi Acer dalam Shopee dan Lazada, dijual dengan harga rasmi RM12,999. Para pelanggan yang membeli Triton 14 Ai sebelum 28 November 2025 layak mendapat Pengawal Gaming Tanpa Wayar Predator dan kredit eWallet Touch ‘n Go bernilai sehingga RM200bernilai RM599 secara percuma.
Predator Orion 3000 – Kuasa Padat untuk Para Gamer
Dibina untuk penggemar permainan, komputer desktop Predator Orion 3000 (PO3-665) dilengkapi dengan perkakasan yang canggih, penyejukan yang boleh diandalkan dan kebolehan kemas kini masa depan dalam reka bentuk yang padat. Lengkap dengan GPU NVIDIA GeForce RTX 5060, Predator Orion 3000 datang dengan pilihan Intel Core i7-14700F atau i5-14400F. Ia menyokong dua saluran RAM DDR4 sehingga 32 GB dan mengandungi simpanan yang luas dengan SSD PCIe M.2 2280 sehingga 2TB dan HDD 7200 RPM sehingga 2TB.
Rangka 28 liter pematuhan EMI ini dilengkapkan dengan panel samping kaca terbaja dan aksen jaring untuk aliran udara yang terbaik, diserlahkan oleh sistem kipas RGB 120 mm di depan dan belakang yang meningkatkan penyejukan dan kecantikan.
Predator Orion 3000 tersedia segera dari eKedai Acer, kedai rasmi Acer dalam Shopee dan Lazada, dijual dengan harga rasmi RM4,999. Para pelanggan yang membeli Predator Orion 3000 sebelum 27 November 2025 akan menerima peranti Predator dan kredit Touch n’ Go eWallet bernilai RM549.
Paparan Gaming Predator XB323QU P – Tangkas, Terang, Mengasyikkan
Acer Malaysia juga mengumumkan paparan gaming Predator XB323QU P, dilengkapi panel WQHD (2560×1440) 31.5 inci dengan kadar segar semula 180Hz dengan kadar masa tindak balas secepat 0.5ms (G to G, min). Paparan ini menyediakan pengalaman permainan yang lancar dan waran yang seakan hidup untuk permainan dan kerja kreatif berkat teknologi AMD FreeSync™, gamut warna 99% sRGB, dan sokongan untuk HDR10.
Paparan gaming Predator XB323QU P tersedia dengan segera dari eKedai Acer, kedai rasmi Acer dalam Shopee dan Lazada, dijual dengan harga rasmi RM1,099. Sebelum 16 November 2025, 10 unit pertama Predator XB323QU P akan dijual pada harga RM879, bersama Tetikus Permainan Predator Cestus 330 percuma bernilai RM269.
Promosi Pusingan Akhir Liga Predator 2026 Malaysia
Sempena pusingan akhir Liga Predator 2026 Malaysia, para pelanggan yang membeli peranti gaming yang tertentu di antara 1 November 2025 sehingga 30 November 2025 akan layak memenangi percutian percuma untuk dua orang di pusingan akhir agung Liga Predator APAC 2026 di India dengan mengemukakan slogan kreatif melalui www.a-redemption.com/fightforhonor.
Sebagai tambahan, para pelanggan yang membeli model Acer tertentu dari 1 November 2025 sehingga 31 Desember 2025 layak menebus kredit eWallet Touch ‘n Go bernilai sehingga RM200. Untuk maklumat promosi lanjut, sila lawati www.a-redemption.com.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman Facebook Predator Malaysia @PredatorGamingMY atau hubungi talian info produk di 1800-88-1288 (9am – 6pm, Isnin sehingga Jumaat), atau emel ke sama.marcom@acer.com.

