Reka Bentuk OPPO Reno Ace Terdedah! Peranti Bakal Sokong 65W SuperVOOC 2.0!

OPPO Reno Ace boleh dikatakan peranti flagship yang bakal diperkenalkan oleh OPPO dalam barisan produk mereka, ramai juga ketahui tarikh pelancaran akan diadakan secara rasmi pada 10 Oktober nanti.

Terbaru, satu gambar acah reka bentuk Reno Ace telah dikongsikan di laman sesawang. Menerusi gambar tersebut, Reno Ace hadir dengan takuk bulat jenis titisan air. Ini bermakna kamera swafoto bukan menggunakan rekaan pop up seperti siri Reno yang lain.

Pada panel belakang pula, dilihat kamera utama menggunakan 4 lensa dan di sebelahnya terdapat LED Flash. Too bad… tiada sebarang spesifikasi kamera didedahkan buat masa kini. Apa yang pasti ia dilengkapi cip pemproses Snapdragon 855 Plus, skrin dengan kadar segar semula 90Hz yang pertama kali tersedia pada peranti OPPO.

Lebih menarik adalah teknologi pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0 yang disokong pada Reno Ace, mampu mengecas penuh peranti berkapasiti 4,000mAh hanya dalam 30 minit. Pilihan warna biru dan hijau diperlihatkan pada produk baharu kali ini.

Ikuti berita lanjutan pada 10 Oktober nanti.

 

You might also like