
Football Manager 2020 Kini Diumumkan – Bakal Tersedia Pada November Kelak!
Sega dan Sports Interactive kini mengumkan permainanan terbaru dalam siri simulator pengurusan bola sepak iaitu Football Manager 2020 – bakal tersedia pada November kelak. Dalam pada itu, video penggoda juga telah dipertontonkan dan butiran utama ciri permainan dikatakan bakal diumumkan pada pertengahan September menerusi laman web rasmi Football Manager.

Football Manager 2020 ( PC, Mac & Stadia), Football Manager 2020 Touch (untuk PC, Mac, iOS, Android) dan Football Manager 2020 Mobile (untuk iOS & Android) – ketiga-tiga versi akan tersedia pada November kelak, namun tarikh masih belum dikongsi. Setersunya, Football Manager 2020 Touch untuk Nintendo Switch akan tersedia pada akhir bulan November.
[SUMBER]

