
Berita baik bagi pengguna yang mencari komputer riba berprestasi tinggi dan peranti boleh pakai premium pada harga diskaun. HONOR Malaysia akan menganjurkan Jualan Pertengahan Tahun HONOR untuk beberapa produknya bermula 6 Jun hingga 30 Jun ini.

Ganjaran bernilai sehingga RM400 akan diberikan untuk pembelian komputer riba, jam tangan pintar dan gelang pintar menerusi wakil penjual HONOR terpilih di seluruh negara.

