
Pihak Air Asia telah mengeluarkan satu notis bahawa penumpang yang membawa powerbank dalam bagasi kabin mereka adalah tidak dibenarkan mengecas dalam penerbangan.
Terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti, seperti berikut:
- Simpan powerbank dalam pembungkusan asal
- Pita semua port yang terdedah
- Simpan setiap bateri dalam beg plastik yang berasingan (atau beg pelindung)
Perlu diingatkan, setiap penumpang adalah terhad kepada maksimum bateri Lithium Ion 02 untuk kegunaan peribadi sahaja, kapasiti bateri tidak boleh melebihi 100wh atau 20000mAh dan hanya dibenarkan Hand Carried.

