Percuma Huawei Y6 (2018) Dengan Pelan Celcom FIRST

Celcom telah menawarkan Huawei Y6 (2018) berharga RM619 (termasuk GST) secara percuma kepada para pelanggan yang mendaftar salah satu pelan Celcom First selama 24 bulan. Empat pilihan pelan di bawah Celcom FIRST adalah:

  • FIRST Gold Plus pada RM98 (40GB Internet)
  • FIRST Gold Supreme pada RM128 (50GB Internet)
  • FIRST Platinum pada RM148 (60GB Internet)
  • FIRST Platinum Plus pada RM188 (100GB Internet)

Pelan pascabayar ini menawarkan panggilan tanpa had ke semua rangkaian, percuma 100GB Super VideoWalla, serta data tanpa had untuk aplikasi sosial seperti WhatsApp dan WeChat secara percuma. Tambahan lagi, pengguna juga boleh memiliki Huawei Y6 (2018) dengan hanya RM25 sebulan melalui EasyPhone.

Bagi pengguna berusia 25 tahun kebawah pula, anda boleh memperoleh tawaran khas dengan diskaun lebih 50 peratus dengan pelan pascabayar Xpax.

  • XP79 pada harga RM79 (15GB Internet bulanan dan 15GB Video Walla) – harga peranti RM199
  • XP50 pada harga RM50 (10GB Internet bulanan) – harga peranti RM289

Kepada yang berminat, Huawei Y6 (2018) boleh didapati melalui Celcom’s Online Store. Untuk maklumat lebih lanjut, lawati cawangan Celcom bluecube atau layari laman rasmi Celcom.

You might also like