Uber Malaysia Melancarkan Greenlight Hub Untuk Pemandu Uber

Uber Malaysia telah melancarkan sebuah pusat sokongan Greenlight Hub di Petaling Jaya hari ini untuk memberi bantuan tambahan kepada para pemandu Uber di kawasan Lembah Klang.

Pejabat pemandu Uber Malaysia sebelum ini telah menerima 800 hingga 1000 pemandu Uber setiap minggu, dan ramai daripada mereka datang untuk mengadu tentang isu-isu tertentu.

Pusat Greenlight Hub ini dilengkapi sebanyak 20 kaunter pertanyaan, tempat letak kereta yang mencukupi untuk pemandu Uber. Uber Malaysia pula akan cuba untuk menyelesaikan 90 peratus daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh pemandu Uber jika mereka ke pusat ini.

Greenlight Hub akan beroperasi dari pukul 10 pagi sehingga 7 petang pada hari Isnin hingga Jumaat dan 10 pagi sehingga 5 petang pada hari Sabtu. Manakala ia ditutup pada hari Ahad dan cuti umum.

Aplikasi Uber juga telah dikemaskini di mana pengguna Uber kini boleh melihat warna kereta yang memudahkan lagi penumpang untuk mencari kenderaan mereka. Malah ciri Share My Trip pula membolehkan pemandu Uber berkongsi perjalanan mereka dengan lima orang lain pada satu-satu masa.

Selain itu, pemandu Uber juga boleh melihat nama penumpang apabila menggunakan akaun mereka untuk menempah perjalanan Uber untuk orang lain.

You might also like