Catat Sejarah! Sebanyak 2,500 Unit honor 9 Lite Terjual Dalam Masa 6 Jam!

Seperti yang kita tahu, baru-baru ini honor Malaysia telah melancarkan honor 9 Lite dan ia dijual eksklusif untuk Shopee. Peranti ini telah mencipta sejarah sendiri apabila menjadi peranti pertama yang memecah rekod di Shopee, terjual sebanyak 2,500 unit dalam masa 6 jam menerusi kempen Shocking Sale.

Bagi memeriahkan lagi penjualan telefon pintar ini bermula 20 Mac 2018, honor Malaysia telah mengadakan Festival Fesyen di Vmall dan Shopee, di mana 400 orang pelanggan pertama akan menerima kemeja X T&TCo bernilai RM159. Manakala 150 orang perlanggan pertama pula menerima barangan kosmetik Maybelline bernilai RM58. 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi honor Malaysia.

You might also like