
HP Sdn Bhd
sebelum ini hadir dengan beberapa pencetak mudah alih, terbaru mereka memperkenalkan dua buah sebuah pencetak kompak yang boleh dibawa ke mana sahaja, iaitu HP Sprocket Plus dan juga Sprocket 2 dalam 1 adalah dua peranti berbeza. Menawarkan rekaan kompak, ia memudahkan pengguna mencetak gambar terus daripada telefon pintar walau di mana sahaja berada.
Apa yang istimewanya Sprocket 2 dalam 1 ini, ia menawarkan dua fungsi dalam satu peranti iaitu pencetak dan juga kamera. Jadi anda tidak memerlukan kamera telefon pintar untuk mengambil gambar. Malah berkongsi gambar dengan keluarga dan rakan-rakan tersayang juga bukan lagi masalah.

Manakala Sprocket Plus pula menawarkan cetakkan gambar 30% lebih besar untuk kemudahan semua orang. Pengguna boleh terus mencetak gambar yang diambil menggunakan teknologi ZINK Zero Ink. Jangan lupa untuk muat turun aplikasi HP Sprocket App di Google Play Store dan juga Apple App Store untuk memudahkan anda mengedit gambar dengan pelbagai efek menarik!

Kepada yang berminat HP Sprocket Plus akan dijual pada harga RM599, manakala HP Sprocket 2-in-1 pula berharga RM649.


