Samsung Malaysia Umum Kempen ‘Joy of Prosperity’ Dengan Tawaran Hadiah Percuma Bernilai Sehingga RM26,000

Bagi meraikan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelma tidak lama lagi, Samsung Malaysia Electronics ingin berkongsi kemeriahannya dengan tawaran hebat dengan setiap pembelian TV dan juga peralatan digital keluarannya khusus untuk pengguna di negara ini.

Sebagai tanda penghargaan di atas kesetiaan pelanggannya, Samsung telah mengumumkan kempen promosi ‘Joy of Prosperity’ bermula dari 1 Januari sehingga 28 Februari 2018 nanti. Sepanjang kempen ini berlangsung, pembeli boleh membuat pembelian produk terpilih melalui pengedar rasmi Samsung dan boleh membawa pulang hadiah percuma bernilai mencecah sehingga RM26,000.

Pembelian produk terpilih dari Samsung membolehkan anda membawa pulang hadiah menarik yang hebat.

Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati rebat diskaun yang menarik bagi produk terpilih sepanjang tempoh promosi ini diadakan.

You might also like