
BlackBerry Dengan Kemaskini Terbaru Untuk Peranti Android-nya

Para pengguna BlackBerry Priv, DTEK50 dan DTEK60 akan menerima notifikasi pada peranti masing-masing di Google Play Store untuk dimuat turun tidak lama lagi.
Paparan antaramuka Productivity Tab telah diubah sepenuhnya dan kali ini lebih user friendly dan mudah untuk digunakan. Tambahan pula, fungsi terbaru Quick Triage (contoh Reply All dan Delete) serta Quick Action iaitu cara masuk ke kontak, telefon, mesej dan email dengan mudah.
Jika anda perlu mengemas kini secara manual:
- Sambung ke rangkaian WiFi, kemudian buka Google Play Store.
- Klik ikon di sebelah kiri bar, kemudian pilih “My apps & games” dari menu yang muncul.
- Klik “Update All” atau pilih aplikasi yang perlu dikemaskini.
- Klik “Download” dan kemaskini akan mula walaupun anda tiada bar ditunjukkan.

