
HONOR 50 Pro Bakal Diperkenal Mei Ini? – Bakal Hadir Dengan Pemproses SNapdragon 888??!!
Ada satu maklumat tertiris yang pasti buat orang rexvcited apabila HONOR dikatakan bakal turut memperkenalkan HONOR 50 Pro?? Perkara ini didedahkan oleh Master Lu di laman sesawang Weibo!!

Menurut maklumat tertiris, peranti ini mungkin hadir dengan skrin bersaiz 6.79″ AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz.
Ia turut dikatakan akan disertakan dengan pemproses Snapdragon 888 dan memori berasaskan LPDDR5.
Bateri juga dilihat tampak besar apabila ia disertakan dengan 4400mAh dengan disertakan pengecasan pantas 66W.Kamera pula tidak mengecewakan apabila ia disertakan dengan 50MP + 13MP + 8MP + ToF. Kamera hadapan pula adalah 32MP.
Dikhabarkan ia bakal dirasmikan pada Mei ini. Jadi, sama-sama kita nantikan sejauh manakah kesahihannya.

