
Honor Malaysia baru-baru ini telah membawa masuk sebuah lagi telefon pintar ke pasaran tempatan. Dinamakan honor 7A, ianya peranti yang menawarkan harga mampu milik bermula RM479 sebuah. Memandangkan harganya yang rendah, tidak banyak teknologi canggih yang dapat diharapkan tetapi apa yang kami boleh kata ialah ia sebuah telefon pintar yang cukup lengkap dengan fungsi-fungsi asas.
Tanpa mukadimah yang panjang lebar, mari kita lihat dulu apa spesifikasi yang honor 7A tawarkan.
SPESIFIKASI
- 5.7″ IPS LCD 18:9 HD+ (1440 x 720p)
- Qualcomm Snapdragon 430 Lapan-teras 1.4Ghz
- Android 8.0 Oreo / EMUI 8.0
- 2GB / 3GB RAM
- 16GB / 32GB storan
- Kamera Utama 13 MP Autofocus
- Kamera Depan 8 MP
- Bateri 3,000mAh
- Dwi slot SIM
- Pengimbas cap jari / Bluetooh v4.2
- microUSB 2.0
- 152.4 x 73 x 7.8mm
- 150g
- Hitam / Emas
PAKEJ PEMBELIAN
FIZIKAL
Depan
Panel depan dipadankan dengan paparan FullView bernisbah 18:9 yang cukup luas. Honor menyedari sesetengah pengguna terutama golongan lelaki tidak sukakan peranti dengan skrin besar.
Jadi dengan paparan 5.7-inci ini, ia sangat ideal untuk digunakan dan dimasukkan ke dalam poket. Di bawah skrin pula terdapat logo jenama dan bukan pengimbas cap jari.
Belakang
Sementara di bahagian belakang, terdapat pengimbas cap jari diletakkan di samping sistem kamera utama di penjuru atas. Logo kedua yang diukir laser pula boleh dilihat di sebelah bawah panel.
Jalur antena tidak menggunakan jalur berwarna putih dan tebal, sebaliknya menggunakan jalur berwarna krom yang nipis.
Kiri
Bingkai kerangka logam pada peranti ini dicat dengan warna kelabu berkilau. Di sebelah sisi kiri, anda boleh lihat terdapat satu slot untuk kad.
Fungsi slot ini membawakan tiga ruang untuk dua kad SIM nano dan satu kad memori. Ini antara kelebihan yang ada pada honor 7A berbanding peranti lain pada julat harga yang sama.
Kanan
Di sisi kanan, seperti biasa menyediakan butang laras suara dan butang ON/kunci yang direka dengan kedudukan ergonomik mudah dicapai.
Atas
Bahagian atas tidak dibiarkan kosong sebaliknya honor 7A memberi akses kepada anda untuk mendengar muzik melalui bicu audio 3.5mm.
Bawah
Mikrofon dan speaker pula dimuatkan di sebelah bawah kerangka bingkai. Setelah kami mencuba sendiri speaker suara pada honor 7A, ia memang cukup kuat dan ini sangat sesuai bagi mereka yang gemar mendengar muzik di tempat tumpuan ramai.
Manakala unit pengecasan dan pindah data pula menggunakan bicu microUSB.
ULASAN PRA-AKHIR…
Bagi kami peranti dengan harga di bawah RM500 seperti honor 7A, ia hadir dengan kerangka badan yang kukuh dan tidak menggunakan bahan plastik yang kebanyakan pengeluar lain hasilkan. Cuma pada pandangan mata kami, warna krom pada bingkai badan nampak tidak rata dan kemas. Apa-apapun baca lagi ulasan selebihnya di artikel seterusnya…





