Reviu Eksklusif: HTC One X9, Model Mampu Milik Dengan Kerangka Logam Premium

HTC One X9HARGA: RM1,399

Sebagaimana yang kita ketahui, HTC One merupakan siri flagship yang pernah diperkenalkan di dalam portfolio jenama itu selama ini. Tetapi nampaknya HTC telah mengambil pendekatan yang sedikit berbeza dengan kemunculan model terbarunya di pasaran baru-baru ini melalui HTC One X9.

Dengan mengekalkan rekaan kerangka unibodi logam yang premium, HTC One X9 sebenarnya boleh dianggap model hibrid antara siri HTC One pada panel belakang dan juga siri HTC Desire pada panel depannya. Apa yang pasti, ia boleh dianggap sebagai siri HTC One yang sangat berbaloi untuk dimiliki kerana dijual pada harga mampu milik, dan dalam masa yang sama masih mengekalkan sokongan spesifikasi yang tidaklah mengecewakan.

PILIHAN WARNA

Color
Cooper Rose, Topaz Gold, Carbon Gray dan Opal Silver.

Diperkenalkan dalam 4 warna pilihan
Sewaktu dilancarkan, HTC telah memperkenalkan HTC One X9 dalam empat warna pilihan menarik iaitu Cooper Rose, Topaz Gold, Carbon Gray dan juga Opal Silver. Walau bagaimanapun, buat masa ini hanya dua warna sahaja tersedia untuk pasaran tempatan iaitu Topaz Gold dan juga Carbon Gray.

SPESIFIKASI

PLATFORM

  • Android 6.0 Marshmallow
  • HTC Sense 7.0

SLOT KAD SIM

  • Dual SIM Dual Standby
  • Dual 4G LTE Slot
  • nanoSIM

RANGKAIAN

  • GSM 850/900/1800/1900
  • UMTS 850/900/1900/2100
  • FDD Bands 1, 3, 5, 7, 8, 28 & TDD Bands 38, 39, 40, 41
  • 4G LTE Cat4 (150Mbps/50Mbps)

CIPSET

  • MediaTek MT6795 Helio X10 (64-bit)
  • 28 nm HPM
  • PowerVR G6200

MEMORI

  • 32GB (eMMC 5.0)
  • RAM 3GB LPDDR3
  • microSD sehingga 2TB

DIMENSI

  • 153.9 x 75.9 x 7.99mm
  • 170g

PAPARAN

  • 5.5 inci Super LCD
  • 1080 x 1920 piksel (~401 ppi)
  • 2.5D Corning Gorilla Glass

SPEAKER

  • Front Dual Speaker
  • HTC BoomSound
  • Dolby Audio

 

KAMERA
Lensa Utama:

  • 13 Megapiksel (BSI sensor)
  • Auto Focus
  • Optical Image Stabilization (OIS)
  • Aperture f/2.0
  • 27mm focal lenght
  • Dual LED Flash
  • Rakaman video 4K
  • Pilihan mod: Pro, Hyperlapse, HDR, Slow motion, Video pic, Panorama

Lensa Depan:

  • 5 Megapiksel (BSI sensor)
  • Aperture f/2.8
  • Rakaman video 1080p
  • Pilihan mod: HDR, Auto selfie, Voice selfie, Video pic, Live make-up

BATERI

  • 3000 mAh
  • Pengecas pantas (5V/1.5A)
  • Mod penjimatan bateri: Power saver, Extreme power saving
  • Masa menunggu (3G): sehingga 210.2 jam
  • Masa berbual (3G): sehingga 27.6 jam

SAMBUNGAN

  • WiFi 802.11 a/b/g/n/ac
  • Bluetooth v4.2
  • DLNA
  • Miracast
  • 3.5mm audio jack
  • microUSB 2.0

SENSORS

  • Ambient light sensor
  • Proximity sensor
  • Motion G-sensor
  • Compass
  • Gyroscope
  • Magnetic
  • Sensor hub

FIZIKAL

FizikalPANEL DEPAN

A – Speaker stereo (HTC BoomSound)
B –
Slot SIM 2 & microSD
C –
Lensa depan, Proximity sensor
& LED notifications
D –
Slot SIM 1
E –
Butang volume
F –
Butang power/lock
G –
Butang kawalan

PANEL BELAKANG

H – Lensa Utama & Dual LED Flash
I –
Port 3.5mm audio jack
J –
Lubang mikrofon
K –
Kerangka unibodi logam
L –
Port microUSB 2.0

HTC SENSE 7.0

LockscreenHomescreen Notifications Area Quick Settings App Drawer
• Lockscreen                  • Homescreen               • Notifications Area         • Quick Settings             • App Drawer
•Highlights •Recent Apps •Themes •Kamera & Mod
• Highlights                    • Recent Apps               • Themes                                           • Kamera & Mod

SEBAB PERLU MEMILIKINYA?!

#1. Kerangka logam

1. Kerangka logam - meituHTC One X9 sememangnya boleh dianggap berbaloi untuk dimiliki kerana ia menawarkan kombinasi yang baik antara spesifikasi dan juga rekaan kerangka yang berkualiti. Sokongan paparan skrin jenis 2.5D daripada Corning Gorilla Glass telah mendominasi lebih dari 70% nisbah kerangka. Malah penggunaan kerangka unibodi yang diperbuat daripada logam menjanjikan ketahanan dan dalam masa yang sama kelihatan lebih premium.

#2. Slot kad berasingan

sdr

Tidak dinafikan banyak pengeluar yang gemar menggunakan slot kad jenis hibrid yang mana salah satu slot hanya boleh menyokong sama ada kad SIM ataupun kad microSD. Sebenarnya slot kad sebegini tidak begitu digemari oleh sesetengah pengguna, jadi dengan HTC One X9 ianya tidak menjadi masalah memandangkan kesemua slot kad telah disediakan secara berasingan.

#3. Speaker berkualiti HTC BoomSound

3. Speaker berkualiti HTC BoomSoundWalaupun dijual pada harga mampu milik, HTC One X9 masih mengekalkan keunikan rekaan dua buah speaker di bahagian panel depan yang sememangnya popular diperkenalkan pada peranti flagship keluarannya sebelum ini. Tidak cukup dengan itu, ia juga turut menerima sentuhan HTC BoomSound dengan Dolby Audio yang menjanjikan efek bunyi keliling yang sukar ditandingi oleh smartphone lain dalam.

#4. Kamera sokong OIS & RAW

sdrBagi anda yang gemar mengambil gambar, HTC One X9 merupakan antara pilihan yang terbaik bagi kategori harga di bawah RM1,500. Ini kerana ia menyokong lensa kamera utama beresolusi 13 Megapiksel dengan bantuan teknologi penstabilan imej OIS yang menjanjikan hasil gambar yang lebih terang dan jelas. Lebih menariknya, mod Pro turut membolehkan hasil gambar disimpan dalam format RAW.

#5. Butang kawalan

sdrBoleh dikatakan hampir semua model yang diperkenalkan oleh HTC menggunakan butang kawalan jenis on-screen. Namun begitu, HTC One X9 merupakan antara model yang hadir dengan butang kawalan jenis sentuhan yang telah diasingkan dari paparan skrin. Penyediaan butang kawalan sebegini sekurang-kurangnya tidak menggunakan ruang skrin yang ada.

APA KEKURANGAN HTC ONE X9?!

#1. Tiada pengimbas cap jari
Tidak dinafikan lagi kebanyakan pengeluar sudahpun mempraktikkan trend penggunaan sensor pengimbas cap jari pada peranti keluaran mereka. Tetapi agak mengecewakan kerana HTC One X9 tidak disediakan dengan sensor pengimbas cap jari dan masih lagi menggunakan kaedah penggunaan kata laluan ataupun pattern yang boleh dianggap agak ketinggalan.

#2. Tidak sokong fungsi VoLTE
Sejak kebelakangan ini, jelas dapat dilihat lebih banyak pengeluar smartphone yang memperkenalkan sokongan fungsi VoLTE yang membolehkan panggilan berkualiti HD. Tambahan pula Yes telah memperkenalkan kad SIM pertama di negara ini yang menyokong perkhidmatan VoLTE. Sungguhpun begitu, agak mengecewakan kerana HTC One X9 tidak menyokong fungsi ini disebabkan oleh batasan perkakasan.

 

PRESTASI UJIAN BENCHMARK

Sebelum membuat pembelian sesebuah peranti, prestasi pemproses merupakan antara kriteria utama yang sering dititikberatkan. Jadi bagi membantu anda untuk melihat sendiri bagaimanakah keupayaan prestasi HTC One X9 jika dibandingkan dengan model smartphone yang terdapat di pasaran, editor telah memilih beberapa model yang dijual pada harga jualan yang lebih kurang harganya sebagai rujukan anda. Untuk itu, editor telah memilih empat model yang boleh anda miliki di pasaran antara lingkungan harga RM1,399 hingga RM1,598 iaitu Vivo V3Max, Honor 7 Enhanced, Xiaomi Mi 5 dan juga OPPO R7s.

PERBANDINGAN SOKONGAN SPESIFIKASIBenchmark Phone

HTC One X9

Vivo V3Max

Honor 7 Enhanced

OPPO R7s

Xiaomi Mi 5

Android 6.0
MediaTek MT6795 Helio X10
PowerVR G6200
RAM 3GB

Android 5.1
Qualcomm Snapdragon 652
Adreno 510
RAM 4GB

Android 6.0
HiSilicon Kirin 935
Mali-T628 MP4
RAM 3GB

Android 5.1
Qualcomm Snapdragon 615
Adreno 405
RAM 4GB

Android 6.0
Qualcomm Snapdragon 820
Adreno 530
RAM 3GB

RM 1,499

RM 1,399

RM 1,499

RM 1,598

RM 1,549

 

BenchmarkPendapat editor:

Berdasarkan kepada prestasi cipset yang telah dijalankan, jelas dapat dilihat HTC One X9 tidaklah begitu mengecewakan kerana ia masih tersenarai sebagai top 3 bagi kesemua ujian benchmark. Tidak dinafikan lagi mungkin ramai di antara anda yang berpendapat lebih berbaloi untuk memilik Vivo V3Max kerana ia bukan sahaja dijual pada harga yang lebih rendah tetapi turut menyokong cipset yang lebih berkuasa. Tetapi perlu diingat bahawa ujian benchmark ini sebenarnya hanya sekadar panduan sahaja dan berdasarkan kepada pengalaman editor ketika menggunakannya, prestasi kedua-dua model ini tidaklah begitu jauh berbeza. Tambahan pula HTC One X9 sudahpun dioperasikan dengan versi Android 6.0 Marshmallow yang menjanjikan penggunaan yang lebih untuk tempoh masa panjang.

HASIL GAMBAR

Indoor
Indoor
Indoor
Indoor
Low Light
Low Light
Makro
Makro
Makro
Makro

KOMEN EDITOR

POSITIF
  • Rekaan yang premium dengan sokongan kerangka unobodi diperbuat daripada logam serta paparan skrin 2.5D daripada Corning Gorilla Glass.
  • Spesifikasi kamera yang baik dengan sokongan teknologi penstabilan imej OIS, sokong rakaman video 4K, dan juga dilengkapi dengan pelbagai mod menarik seperti Pro, Hyperlapse dan Slow motion.
  • Speaker stereo yang terletak di panel depan dengan sokongan teknologi audio HTC BoomSound yang kebiasaannya hanya didapati pada peranti
  • Dua slot kad nanoSIM dan juga slot kad microSD disediakan dengan slot yang berasingan dan bukannya jenis hibrid sebagaimana kebanyakan peranti lain.
NEGATIF
  • Walaupun dilengkapi dengan teknologi pengecas pantas, adapter pengecas hanya menyokong output setakat 5V/1.5A sahaja.
  • Cipset tidak menyokong fungsi VoLTE atau panggilan menggunakan sambungan rangkaian LTE yang menjanjikan audio berkualiti HD.
  • Rekaan speaker stereo yang mirip seperti yang dapat dilihat pada siri Desire ini agak mudah memerangkap habuk dan kotoran.
  • Sokongan spesifikasi yang boleh dianggap sederhana jika dibandingkan dengan sesetengah peranti yang dijual pada harga yang sama di pasaran.
You might also like