Reviu Eksklusif: Berdesup Kencang Ke realme 7 Pro Dengan 65W SuperDart Charge!!!

257

Korang mesti dah bosankan dengan peranti yang tak habis-habis bateri cepat habis. Korang jangan risau sebab dengan realme 7 Pro baharu ini, korang dah tak ada masalah ini. Sebuah peranti raksasa dari realme. Tapi power ke tak peranti ini dari aspek dalaman? Jom kita tengok!!

Design Memang Premium!

Tidak dapat dinafikan bahawa rekaan realme 7 Pro ini, tampak sangat premium khususnya pada panel belakang. Dengan rekaan berinspirasikan ‘mirror space in nature’, ia memberikan kesegaran pada rekaan.

Dengan kesan pantulan cahaya pada panel belakang, memberikan nagfas baharu pada peranti ini. Susunan kamera juga tampak lebih kemas dalaman susunan segi empat tepat. Hadir dengan 2 varian warna iaitu Mirror Blue dan Mirror Silver. Tak puas kan? Jom tengok rupa paras keseluruhan peranti ini.

Skrin Memang Awesome!!!

Antara faktor yang kami akan ambil kira ketika membeli perant ibaharu adalah kehebatan skrinnya. Harus besar, luas dan menampilkan paparan yang lebih menakjubkan. Tampil dengan skrin bersaiz 6.4″ Super SAMOLED.

Tidak dapat dinafikan, tatkala anda menggunakan peranti ini, skrinnya terasa sangat luas disebabkan ia hadir dengan nisbah skrin ke kerangka adalah 90.9%. Warna yang dipamerkan juga baik apabila ia hadir dengan 98% NTSC Color Gamut. Memang Onz!!!!

Pemproses Memang Kencang!

Memang dah tak boleh nak nafikan, peranti ini hadir dengan pemproses yang sangat baik bagi kelasnya iaitu SNapdragon 720G. Pemproses ini hadir dengan 8nm production process yang mempamerkan kehebatannya. Ia datang dengan 2.3GHz high-frequency Kryo 465 CPU dengan Adreno 618 GPU yang memberikan imej yang sangat smooth dan berkualiti. Tiada juga lag ketika menggunakannya!!

Jadi kami menguji peranti ini, bagi melihat sejauh manakah kehebatannya dan nyata tanggapan kami tidak meleset. Prestasi yang dipamerkan not bad tau!!! Tak percaya tengok sendiri!!

Kamera Memang TipTop!

Sape berani menafikan bahawa realme 7 Pro hadir dengan keupayaan kamera yang sangat power!!! Hadir dengan kamera utama 64MP membuatkan korang dapat merakam imej dengan kualiti yang nice giler!!

Nak tahu kenapa lensa ini power?? Sebab ia hadir dengan Sony IMX682 sensor dan mempunyai keupayaan light-sensing. Jadi, tak kisah laa kalau gambar dalam situasi low light sekalipun, ia pasti mampu membuatkan korang merakam imej dengan baik.

Bukan itu sahaja tau, ia juga hadir dengan Pro Mode bagi rakaman pada waktu malam. Korang boleh laras sendiri Shutter, ISO, WHite Balance dna pelbagai lagi. Macam jurugambar profesional dah ni. Jom tengok hasil gambar peranti ini!!!

65W SuperDart Charge Memang Berdesup Kencang!

Ini yang menjadi topik hangat mengenai peranti ini, keupayaannya untuk mengecas dengan sangat pantas apabila ia hadir dengan 65W SuperDart Charge!!!Yang bestnya, ia mampu mengecash 42% dalam masa hanya 10 minit je tau, dan hanya mengambil masa hanya selama 34% bagi mengececas penuh!!! Perghh!! Level The Flash dah ni!!!

Jadi kami melakukan ujian pengecasan bagi menguji sejauh mana ia mengecas. Kami mula mengecas pada jam 1555 iaitu ketika bateri pada 2%. Ia mencapai 100% pada jam 1638. Mengambil masa hanya selama 43 minit sahaja!!

Apa Kata Editor

Jika Korang lihat dari keupayaan peranti ini, tidak kira dari aspek rekaan, kamera,pemproses, atau bateri, ia pasti tidak mengecewakan. Pada harga yang mampu milik, korang pasti berpuas hati memiliki peranti ini!!!!