

ASUS telah pun melancarkan peranti gamng terbaharu yang dikenali sebagai ASUS TUF Gaming. Dan kini, kami berpeluang mencuba sendiri peranti ini buat pertama kalinya. Jadi kami nak berkongsi kepada anda pandangan kami tentang produk ini buat pertama kalinya. Jom baca!
Jika anda lihat buat pertama kalinya, anda pasti teruja kerana ia tampil dengan rekaan yang sangat moden. Reka bentuk yang tampak gagah dan dihadirkan dengan logo TUF di bahagian balakang membuatkan ia tampak kemas.

Kawalan touchpad peranti ini sangat mengangumkan. Peningkatan yang luar biasa ini membuatkan anda muda untuk bermain game tanpa perlu memakai mouse. Tiada masalah!!! Ini memang hebat!!
Ada sesuatu yang berbeza pada rekaan butang kuasa pada peranti ini kerana ia tidak dihadirkan dengan tipikal yang membulat tetapi tampil dengan rekaan heksagon yang lebih sesuai digunakan. Dah la cantik!! Selesa pula tu nak tekan!

Susunan papapan kekunci juga adalah kemas khususnya pada butans WASD yang memudahkan pemain untuk bermain game. Keselesaan ketika menekan butang pada papan kekunci ini juga sangat baik. Jadi anda tiada masalah menekan butang yang salah atau tidak selesa ketika bermain. Pencahayaan pada papan kekunci ini juga sangat cantik!!
Sistem penyejukkan peranti ini juga sangat baik yang mana ia dihadirkan di bahagian belakang peranti ini. Anda tidak perlu risau ketika bermain game terlalu lama kerana aliran haba panas pada peranti ini sangat baik dan komputer anda tidak akan berasa panas.

Kali pertama menggunkan peranti ini sahaja sudah boleh buat kami jatuh cinta khususnya pada paparan skrin bersaiz 15″ FHD yang mana ia tampil dengan kada segar semula 144Hz!!! PEngalaman menonton video, bermain game sangat memuaskan!!
Baru pandang pertama dah boleh buat korang jatuh cinta. Jadi kalau korang nak tahu reviu penuh mengenai peranti ini, Nantikan!!!!

