
ASUS baru sahaja melancarkan komputer riba terbaharunya iaitu ASUS VivoBook Ultra A512 yang pastinya menjanjikan kepuasaan kepada pengguna. Reka bentuk luaran komputer riba ini sahaja sudah membuatkan yang melihat terus jatuh cinta. Itu belum lagi ditambah dengan spesifikasi dalamannya yang memukau.
Dari segi rekaan luaran, komputer riba ini tampil dengan Chassis yang sangat menarik dengan rekaan yang unik. Dengan logo ASUS yang sedikit timbul di bahagian belakang memberikan rasa eksklusif bagi komputer riba ini.
Paparan juga sangat menakjubkan apabila ia tampil dengan bezel yang sangat nipis. Dengan saiz 5.7 mm dengan nisbah skrin ke kerangka bagi komputer riba ini dengan 88%.
Dengan disertakan dot di sekeliling papan kekunci memberikan satu perasaan yang baharu yang menambahkan lagi nilai eksklusif bagi peranti ini.
Dalam pada itu, di sebelah kiri komputer riba ini, disertakan dengan 2 port USB 2.0 Type-A.
Manakala di bahagian kanan komputer riba ini pula di hadirkan dengan port USB 3.1 Gen 1 Type-C, USB 3.1 Gen 1 Type-A, Audio Jack, Port HDMI1.4 dan SD card reader.
Apa yang pasti, ia turut menggunakan reka bentuk engsel ErgoLift yang boleh menampung paparan dengan stabil serta mengangkat sedikit papan kekunci komputer riba ini sebanyak 3°. Lebih selesa nak menaip menggunakan peranti ini.
Papan kekunci peranti juga adalah sangat baik apabila ia turut disertakan dengan papan kekunci nombor yang memudahkan pengguna.
Bukan itu sahaja, Backlit pada papan kekunci ini turut menambahkan lagi keterujaan ketika menggunakannya khususnya ketika sedang bermain game.
Di bahagian touchpad komputer riba ini turut disertakan dengan pengimbas cap jari yang memberikan kelainan berbanding model lain. Bagi yang berminat, ASUS VivoBook Ultra A512 dijual pada harga RM2,899.
Spesifikasi Penuh ASUS VivoBook Ultra A512
Spesifikasi |
VivoBook Ultra A512 |
CPU |
Intel® Core™ i5-8250U |
Paparan |
15.6 inciFHD (1920 x 1080) panel with 178-degree wide view angle FHD (1920 x 1080) |
Sistem Operasi |
Windows 10 Home |
Grafik |
NVIDIA® GeForce® MX 250 |
Memori |
Sehingga 16GB DDR4 2400MHz |
Pilihan Storan |
Rekaan Dwi Storan 512GB PCIe SSD |
Wireless |
802.11ac Wi-Fi / Bluetooth® 4.2 |
Kamera |
HD Webcam |
Interface |
1 x USB 3.1 Gen 1 Type-C™ 1 x USB 3.1 Gen 1 Type-A 2 x USB 2.0 Type-A 1 x 3.5mm audio combo jack 1 x HDMI1.4 1 x SD card reader |
Audio |
2 x high-quality stereo speakers dengan ASUS Sonic Master technology dan surround effects |
Security |
Pengimbas cap jari pada touchpad |
Bateri |
32/37Whr 2-cell lithium-polymer battery |
AC adapter |
65W bagi model dengan discrete graphics |
Dimensi |
357.2x 230.4 x19.5mm |
Berat |
1.6kg |