- Iklan -

Ketua Pegawai Eksekutif ZTE Xu Ziyang: Menyemarakkan Pendigitalan, Dikurniai Kecerdasan

- Iklan -

SHENZHEN, China, 30 Jun 2021 /PRNewswire/ — ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia bertaraf antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk internet mudah alih, hari ini mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Xu Ziyang telah menyampaikan ucapan dasar yang bertajuk “Menyemarakkan Pendigitalan, Dikurniai Kecerdasan” (“Fuel the Digitalization, Endow with Intelligence”) di upacara perasmian Kongres Dunia Mudah Alih 2021.


Menurut En. Xu Ziyang, aplikasi 5G, dengan penggunaan komersial berskala besar rangkaian 5G, telah memasuki tempoh pembangunan lelaran. Walaupun cabaran seperti pembinaan ekologi dan model perniagaan perlu dihadapi, hala tuju inovasi berubah menjadi lebih jelas secara beransur-ansur. ZTE, disokong dengan amalan selama lebih dua tahun dengan rakan kongsi industri dan ekologi, telah mengusahakan tiga hala tuju inovasi aplikasi utama dan asas pemerkasaan digital.

Ketiga-tiga hala tuju inovasi aplikasi 5G yang disebut di atas meliputi, khususnya, memperkasa individu dengan 5G memperluas sempadan pancaindera dan mencipta kemungkinan tanpa batasan, memperkasa kumpulan sasaran dengan 5G merapatkan jurang digital dan memperkasa industri-industri dengan 5G menggalakkan revolusi perindustrian.

Sementara itu, asas pemerkasaan digital telah meraih kejayaan penting dalam “jalur lebar merata”, “pengkomputeran pervasif”, “penumpuan berbilang dimensi” dan “penjimatan tenaga mesra alam”, mendayakan interaksi yang kukuh pada masa sebenar, aplikasi yang tangkas dan inovatif, kecekapan sumber maksimum dan pembangunan berterusan.

Syarikat ini bersedia membuka keupayaan asas ini kepada semua rakan industri dan ekosistem demi mendepani masa depan yang saling menguntungkan.

Berikut merupakan ucapan asal En. Xu Ziyang seperti di bawah:

Selamat pagi, selamat petang dan selamat malam, tetamu-tetamu kehormat, tuan-tuan dan puan-puan,

Saya amat berbesar hati dapat mengambil bahagian dalam MWC Barcelona 2021 secara maya, yang amat berbeza daripada cara yang biasa kita jalani. Apa yang akan saya kongsikan bersama anda ialah “Menyemarakkan Pendigitalan, Dikurniai Kecerdasan”, yang membawa harapan, bersama-sama rakan-rakan kongsi kami dalam ekosistem ini, demi mencari cara untuk mencapai transformasi digital dan pintar masyarakat manusia dengan terus memperkukuh asas digital.

Seperti yang telahpun diketahui ramai, sudah dua tahun berlalu sejak pelancaran pertama 5G. Setakat ini, lebih 1.1 juta stesen utama 5G beroperasi di seluruh dunia. 5G bukan sahaja membawa pengalaman pengguna yang lebih baik, tetapi memacu transformasi digital dan pintar terhadap vertikal-vertikal. Apa yang dapat kita lihat ialah Tapak Pembuatan Pintar 5G ZTE di Nanjing. Lima stesen utama 5G dihasilkan di sini setiap minit, yang dihantar ke seluruh dunia. Ia juga merupakan contoh yang sangat baik berhubung amalan kami dalam “Pembuatan Pintar Dikuasakan oleh 5G”. Di sini, dengan liputan penuh rangkaian 5G dan pelaksanaan MEC, kami menggunakan 10 aplikasi 5G biasa yang penting bagi merealisasikan pembuatan pintar termasuk AGV berasaskan awan, visi mesin 8K, PLC berasaskan awan, storan pintar, peranti boleh pakai industri, kembar digital dan pemeriksaan di tapak. Anda boleh melihat angka-angka yang agak menggalakkan, tenaga kerja dikurangkan sebanyak 40%, kadar kerosakan menurun sebanyak 20% dan kitaran pengeluaran menurun sebanyak 30%, sementara kecekapan pengeluaran meningkat sebanyak 40%.

Tambahan pula, kami, bersama-sama lebih 90 pengendali dan 500 rakan kongsi di seluruh dunia, telah meneroka aplikasi 5G yang inovatif dalam skop yang luas dan keadaan penggunaan besar-besaran dalam lebih daripada 15 sektor industri dibangunkan dengan hasil yang positif. Kami gembira dapat melihat bahawa perubahan yang dibawa oleh 5G dan banyak teknologi maklumat baharu yang lain berlaku di kilang-kilang Thailand, pelabuhan-pelabuhan Belgium, ladang-ladang Austria serta pembuatan, pengangkutan, grid kuasa dan perlindungan alam sekitar di China.

Biarpun aplikasi 5G masih berada di peringkat awal, kini kita dapat mengenal pasti dengan jelas beberapa hala tuju. Hala tuju pertama yang terlintas di fikiran saya adalah untuk memperluas sempadan pancaindera dan mencipta kemungkinan tanpa batasan untuk individu. Anda tahu, sempadan antara dunia digital dan dunia fizikal semakin beransur-ansur kabur, hasil daripada pengenalan rangkaian baharu dan perkhidmatan awan. Rumah pintar menjadikan kehidupan kita lebih mudah. Dengan memakai set kepala AR/VR, kita dapat menikmati pengalaman imersif pengembaraan, permainan, acara sukan dan konsert daripada keselesaan rumah kita sendiri. Dengan mengendalikan dron, kita dapat meluaskan penglihatan kita. Dengan aplikasi-aplikasi seperti pemanduan berautonomi, visi mesin, perlombongan tanpa pemandu dan robot penyelamat, harta dan nyawa kita dapat dilindungi dengan lebih baik.

Kedua, adalah untuk merapatkan jurang digital, menyasarkan matlamat pembangunan mampan di dunia. Sebagai contoh, Teleperubatan melalui 5G membolehkan doktor dan pakar mendiagnosis pesakit secara jarak jauh, menyediakan sumber perubatan berkualiti tinggi dalam jarak yang dekat. Wartawan dapat berkomunikasi dengan pelanggan secara bersemuka menggunakan teknologi hologram. Pembelajaran jarak jauh menyediakan peluang pendidikan yang sama rata untuk wilayah-wilayah yang berada di tahap pembangunan yang berbeza. 5G FWA membolehkan penyediaan pantas perkhidmatan jalur lebar di sesetengah kawasan dengan infrastruktur yang terbatas. Orang ramai boleh bekerja dengan bebas dari rumah sama berkesan seperti di pejabat. Dengan teknologi Udara-Ke-Darat 5G, penumpang boleh menikmati perkhidmatan dalam-penerbangan sama lancar seperti ketika mereka berada di darat. Seperti yang dapat kita lihat, 5G mengurangkan jarak antara manusia dan mendekatkan hati, lalu menjurus kepada masyarakat yang lebih harmoni.

Di samping itu, selaras dengan revolusi perindustrian moden, kami membangunkan teknologi maklumat untuk mempercepatkan pembangunan sosial. Sebagai contoh, kilang-kilang pintar menonjolkan lonjakan daripada pembuatan tradisional, menurunkan kos di samping meningkatkan kecekapan dan kualiti. Infrastruktur trafik pintar memudahkan emisi karbon rendah dan pengangkutan yang lebih berkesan. 5G membantu membina grid pintar yang andal, selamat, menjimatkan, cekap dan mesra alam dengan melaksanakan sambungan ekstensif dengan kependaman rendah serta kos rendah, yang akhirnya dapat mengurangkan emisi karbon. Dengan 5G, pengurusan pintar menjadi kenyataan dalam pertanian. 5G juga dapat menambah baik persekitaran kehidupan kita dengan kualiti air dan udara yang lebih tinggi, yang menggalakkan pembangunan berterusan.  

Aplikasi inovatif yang kita miliki hari ini pastinya perlu dibangunkan selanjutnya dengan meneroka ekonomi skala dan model perniagaan. Walau bagaimanapun, satu keperluan sama yang harus dan perlu dikenal pasti, ialah platform pendayaan digital. 

Seperti yang telahpun disedari ramai, “dipacu data” tidak syak lagi merupakan kunci transformasi digital untuk ratusan ribu vertikal. Hasilnya, tumpuan-pengkomputeran berkembang menjadi tumpuan-data. Dengan pemahaman ini, Asas Digital (Digital Foundation), yang memainkan peranan penting, akan ditingkatkan secara berterusan dari segi “jalur lebar merata”, “pengkomputeran pervasif” dan “penumpuan berbilang dimensi”. Di samping itu, pasaran baharu akan diperluas dan kemampanan perniagaan akan dijamin.

Kami percaya bahawa keupayaan rangkaian yang ditingkatkan dapat memajukannya dalam tiga aspek: lebar jalur, ketangkasan dan penjadualan.

Dari segi peluasan lebar jalur, apa yang wajar disebutkan ialah peningkatan paut naik 5G dan akses optik gigabit untuk jalur lebar berwayar.

Bagi ketangkasan rangkaian pula, SRv6 menjadikan rangkaian IP lebih fleksibel dan boleh diatur cara. Keupayaan VPN berasaskan FlexE dan penghirisan keras dapat memenuhi kehendak terhadap kependaman rendah, getaran rendah, keandalan ultra dan pengasingan selamat. Rangkaian optik membawa rangkaian jejaring ke tahap evolusi seterusnya, yang meningkatkan kapasiti, menurunkan kependaman dan meningkatkan lebihan. Teras natif-awan menyokong penggunaan dan operasi dengan cara yang lebih fleksibel, tangkas dan elastik.

Kita boleh menggunakan penjadualan sumber, pemisahan kawalan/pemajuan, pengaturan penghirisan hujung-ke-hujung automatik, penyediaan automatik dalam beberapa minit dan operasi penghirisan fleksibel bagi meningkatkan kecekapan operasi.

Data melonjak dari segi jumlah dan variasi dalam era AIoT. Sementara itu, pemprosesan data menjadi lebih rumit dengan pengenalan AI, umpamanya, algoritma pembelajaran mendalam. Kapasiti pengkomputeran terpusat tidak lagi cemerlang dari segi keselamatan dan kecekapan. Sebaliknya, sinergi awan-pinggir-terminal telah dianggap sebagai penyelesaian penuh terhadap masalah ini. Dengan perbezaan kapasiti yang dapat dikenal pasti antara awan, pinggir dan terminal serta pengoptimuman canggih pada perisian, perkakasan dan cipset, penumpuan hiper peka beban menjadi kunci terhadap infrastruktur yang menjamin kebolehskalaan, ketangkasan dan lelaran yang pantas.

Hal ini sebenarnya membawa saya untuk menyebut beberapa perkataan yang penting: penumpuan awan-rangkaian, penumpuan perisian-perkakasan, penumpuan AI dan juga keselamatan intrinsik.

Pertama sekali, kami benar-benar memerlukan awan atas permintaan dan sinergi awan-rangkaian agar dapat menyesuaikan kepelbagaian. Amalan yang kami laksanakan tahun lalu, iaitu “Penyelesaian Awan dan Rangkaian Jitu”, benar-benar menunjukkan kuasa contoh yang baik dalam menyediakan perkhidmatan kepada perusahaan vertikal dan mempercepatkan transformasi digital.  

Di samping itu, penumpuan perisian-perkakasan memperkaya set kemahiran kami untuk mengejar sifat perniagaan dan kecekapan kos. Perisian digunakan untuk perkhidmatan mikro natif awan dan komponen; dan dalam masa yang sama, perkakasan menginginkan prestasi yang terbaik. Kita dapat memecah batasannya yang sukar dengan melaksanakan pengoptimuman bersama dan global yang dikhususkan untuk senario tertentu. Sebagai contoh, kita akan dapat melihat lebih banyak pilihan pemecut sejagat dan lebih banyak inovasi cipset.

Menyebut tentang AI, ia berkenaan dengan memanfaatkan sepenuhnya nilai data. Data raya dan penumpuan AI berasaskan model latihan menyokong penyelarasan sistem dan nod silang-domain, memudahkan pengaturan daripada pusat data hinggalah antara muka radio dan membolehkan operasi dan penyelenggaraan yang lebih cekap.

Akhir sekali, keselamatan intrinsik bertindak sebagai sistem imun deriaan kendiri, adaptif kendiri dan berkembang sendiri untuk rangkaian. Dibina semasa pembinaan rangkaian, ia menawarkan pelbagai fungsi keselamatan dan dapat berkembang secara automatik semasa operasi rangkaian, seterusnya menjamin keselamatan, perkhidmatan dan data dengan tekal.

Menurut GSMA, industri komunikasi mudah alih kini bertanggungjawab untuk sekitar 0.4% emisi karbon di seluruh dunia. Menjadi matlamat bersama industri ini untuk mengurangkan emisi karbon. Bagi membina rangkaian mesra alam dengan penggunaan kuasa yang lebih rendah, ZTE menganjurkan untuk mengambil langkah-langkah yang betul dalam seluruh kitaran hayat rangkaian.

Khususnya, pengeluaran dan pembuatan yang lebih cekap serta pintar dapat direalisasikan dengan penggunaan kuasa yang lebih rendah melalui Internet Industri 5G, MEC dan AI. Bagi inovasi di stesen utama, kami dapat memperbaiki reka bentuk cipset, penguat kuasa dan integrasi sistem demi kecekapan kuasa yang lebih tinggi. Semasa pembinaan rangkaian, emisi karbon dapat dikurangkan dengan menggunakan tenaga bersih dan bekalan kuasa sandaran yang amat cekap untuk stesen utama dan teknologi pelesapan haba untuk pusat data, seperti reka bentuk modul pratetap dan teknologi penyejukan cecair. Dalam operasi rangkaian, penyelesaian seperti PowerPilot dapat digunakan untuk penjadualan trafik berasaskan algoritma yang pintar, seraya dapat menurunkan penggunaan kuasa dan dalam masa yang sama memastikan pengalaman pengguna yang baik

Dengan langkah-langkah berkenaan dalam seluruh kitaran hayat rangkaian, kami dapat membantu pengendali membina rangkaian mesra alam dengan lebih berkesan. 

Walaupun 5G telah digunakan secara komersial sejak lebih dua tahun, ia masih berada di peringkat awal. Bagi menjamin kejayaan komersialnya, kita juga harus bekerjasama untuk berinovasi dalam pembangunan ekosistem dan model perniagaan. Komited terhadap pembangunan industri dan ekosistem, ZTE telah mendapat pengalaman yang luas dalam teknologi teras, produk dan penyelesaian E2E DICT, komponen awan dan inovasi 5G. Kami bersedia untuk membuka keupayaan asas ini kepada semua rakan industri dan ekosistem. Saya teruja untuk melihat ke mana hala tuju trend ini. Ayuh kita bekerjasama demi mendepani masa depan yang saling menguntungkan.

Terima kasih.

Hubungan Media: 

Margaret Ma  
ZTE Corporation  
Tel: +86 755 26775189  
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news

Source: PRNEWSWIRE

- Iklan -

You might also like