
CAE Melancarkan Perkhidmatan Pemeriksaan Global untuk Menyediakan Maklumat Aset yang Tepat
![]() |
CAE menangani kekurangan semikonduktor global dengan memperlihatkan aset melalui GIS, sebuah pasukan penyelidikan, pemeriksaan dan penyiasatan dalaman
AUSTIN, Texas, 7 Jun 2021 /PRNewswire/ — CAE, pedagang komoditi fizikal dipacu data dan perisian yang pertama dan terkemuka dalam industri komoditi dan peralatan modal semikonduktor, memperkenalkan pasukan penyelidikan, pemeriksaan dan penyiasatan dalaman iaitu Perkhidmatan Pemeriksaan Global (Global Inspection Service, GIS) untuk memberikan sokongan di lapangan di seluruh dunia. Dilancarkan secara serentak di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia, GIS direka cipta untuk mempercepat tempoh kitaran transaksi, mengurangkan risiko pembeli secara dramatik dan meningkatkan proses penjualan peralatan atau komoditi bagi komuniti pembekal CAE.
CAE menyediakan sumber yang sulit dan boleh dipercayai bagi urusan membeli dan menjual komoditi dan peralatan pengeluaran semikonduktor. Pengenalan CAE ke pasaran telah mewujudkan ruang yang selamat bagi para pengilang peranti untuk memperdagangkan peralatan tanpa memberi sebarang petunjuk kepada pesaing tentang aktiviti harian, kemasukan ke kemudahan atau perubahan haluan sumber dalaman daripada fungsi perniagaan utama mereka. Melalui CAE, penjual kini boleh mencapai komuniti yang mengandungi berpuluh-puluh ribu pembeli berpotensi dengan pantas, melakukan transaksi dalam persekitaran pematuhan yang terjamin dan dengan pertambahan GIS, mereka boleh mengumpul dan mengagih maklumat aset dengan mudah.
Hari ini, GIS menyediakan pelanggan CAE dengan tindak balas yang pantas terhadap keperluan dan maklumat masa nyata mereka tentang aset di seluruh dunia dengan mendalami aset dan pembekal yang diketahui serta menemui aset dan pembekal baharu setiap hari. GIS merupakan satu-satunya alat dalam industri semikonduktor yang seperti ini kerana ia menyediakan pembeli dengan aset proprietari yang tidak tersedia dalam talian. Para pemeriksa profesional CAE ditempatkan dalam lingkungan jarak perjalanan hari yang sama ke hampir semua kemudahan pemfabrikatan yang aktif. Ini membolehkan CAE mengumpulkan data proprietari dari kemudahan pemfabrikatan untuk menyediakan pelanggan mereka dengan akses kepada inventori yang tidak boleh ditemui di mana-mana tempat lain. Sementara itu, CAE memastikan bahawa maklumat yang dikeluarkan ke pasaran adalah tepat dan selamat. Melalui GIS, CAE menyediakan sokongan di lapangan bagi menjalankan penyiasatan sebelum produk didagangkan dan dihantar kepada pembeli. Sebaik sahaja transaksi selesai, pasukan dalaman CAE menyelia logistik untuk menempatkan semula aset di luar lokasi penjual dan menghantarnya ke lokasi pembeli yang merangkumi sistem pematuhan eksport terkemuka dalam industri.
“GIS ditubuhkan untuk menjadikan pasaran semikonduktor dan komoditi selamat, telus dan boleh dipercayai,” kata Ryan Jacob, Ketua Pegawai Eksekutif CAE. “Kami memperkemas proses untuk para pembeli dengan meramal dan mengumpul maklumat yang sewajarnya, berdasarkan apa yang telah diminta oleh ratusan pembeli pada masa lalu bagi memastikan maklumat kami komprehensif dan tepat. Kami mempermudah proses untuk penjual kerana kami merupakan warga setempat bagi mereka tidak kira di mana jua mereka berada dan kami mampu bergerak lebih pantas daripada orang lain. CAE bersiap sedia menyokong ketepatan maklumat yang ia kumpulkan. Peralatan atau bahan yang dirakam secara fotografi, ditunjukkan dalam video atau demonstrasi akan sampai mengikut apa sahaja yang terdapat di dalam gambar, video atau demonstrasi tersebut. Kami memberikan sokongan dari belakang dan ini dijamin dalam urus niaga ribuan aset yang kami dagangkan setiap tahun. Tiada siapa selain kami yang bersedia menyokong maklumat mereka.”
“Kita berada dalam suasana kekurangan semikonduktor global – CAE menangani kekurangan semikonduktor ini dengan memperlihatkan aset sekali gus mendekatkan jurang antara bekalan dan permintaan, mengurangkan masa penantian dan menghapuskan risiko transaksi,” kata Austin Gill, Naib Presiden Operasi CAE. “CAE telah melabur dengan banyak dalam teknologi yang direka cipta untuk menyokong GIS. Kami mempunyai kehadiran paling meluas di dunia dengan 25 orang yang menyokong perkhidmatan pemeriksaan dalaman kami.”
Teknologi proprietari yang dibangunkan secara dalaman oleh CAE mewujudkan penyelesaian transaksi yang disahkan untuk penyumberan, penyiasatan, urusan pembelian dan logistik yang serba lengkap bagi pasaran semikonduktor. CAE menjejaki lebih 555,000 aset global dalam kemudahan pemfabrikatan, gudang, syarikat pembaikpulihan dan pusat penyelidikan di seluruh dunia — kebanyakan aset adalah bersifat ekslusif. Pada masa yang sama, CAE bekerjasama dengan pelanggan untuk lebih 271,000 pertanyaan aktif, pengumpulan permintaan dan bekalan yang paling besar di dunia. Pada tahun 2021, GIS diunjurkan untuk menjalankan lebih 600 pemeriksaan yang dianggarkan akan melibatkan sebanyak 12,000 aset di seluruh fasiliti pemfabrikatan, pusat penyelidikan, gudang dan syarikat baik pulih di seluruh dunia.
Tentang CAE
CAE ialah pedagang komoditi fizikal yang dipacu data dan perisian untuk peralatan pengeluaran dan komoditi semikonduktor. Beribu pejabat di Austin, Texas, CAE membangunkan teknologi yang disahkan oleh transaksi yang terkemuka di pasaran, membolehkan pemprosesan pembelian, penjualan dan penghantaran peralatan dan komoditi semikonduktor secara menyeluruh. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari caeonline.com.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Semiconductors Corporate Expansion Data Analytics
Source: PRNEWSWIRE