Penyelesaian IP Pintar Huawei Bantu Perusahaan Bina Infrastruktur ICT Lebih Berdaya Tahan

84
- Iklan -

SINGAPURA, 5 April 2021 /PRNewswire/ — Meneroka tema “Mendepani Cabaran: Rangkaian IP Pintar Pacu Masa Depan Baharu untuk Industri” (“Embracing Changes: Intelligent IP Networks Drive a New Future for the Industry”), Karnival Kelab IP Asia Pasifik Huawei 2021 melabuhkan tirai pada hari Khamis, 1 April. Acara dalam talian selama tiga hari itu mendedahkan sejauh mana penyelesaian komunikasi data mempercepatkan transformasi digital dalam industri-industri, membantu perusahaan membina ketahanan digital dalam kebiasaan baharu. Huawei turut melancarkan penyelesaian Protokol Internet (IP) pintar yang terkini untuk pasaran Asia-Pasifik (APAC). Secara keseluruhan, lebih daripada 2400 pelanggan dan rakan kongsi, pakar industri dan ahli profesional teknikal yang berada di APAC menyertai acara tersebut.

Semasa sesi ucapan dasar, Huawei memfokuskan Penyelesaian CloudCampus berserta produk serta penyelesaian Rangkaian Pusat Data (DCN) dan CloudWAN (Rangkaian Kawasan Luas) yang lain. Pakar-pakar industri yang terkemuka menggariskan bagaimana CloudCampus Huawei menganalisis kesilapan pada peringkat akar umbi bagi menyediakan pertahanan pintar yang berkesan daripada ancaman. Sementara itu, DCN CloudFabric Huawei memacu pusat data menuju era pintar dengan CloudWAN yang turut menyokong langkah ke arah kecerdasan IP.

Kevin Hu, Presiden Barisan Produk Datacom Huawei, membuka prosiding, mengisytiharkan bahawa rangkaian IP pintar kini menjadi asas bagi transformasi digital industri dengan aliran data yang lancar dan mudah untuk menyerlahkan potensi penuh pengagregatan data. Dengan pemecutan perkhidmatan perusahaan, pembawa perkhidmatan melalui IP telah beralih daripada perkhidmatan setempat ke awan. Hasilnya, rangkaian IP harus memberi jaminan pengalaman perkhidmatan dan keandalan perkhidmatan.

Penyelesaian IP Pintar Huawei
Penyelesaian IP Pintar Huawei

CloudCampus 2.0

Huawei memperkenalkan CloudCampus Solution 2.0, yang berjanji untuk menerajui evolusi rangkaian kampus daripada rangkaian tanpa wayar gigabit pintar ke arah “sambungan pintar semua benda”. Justeru itu, CloudCampus merupakan Platform Rangkaian pintar yang menangani cabaran dunia sebenar perusahaan tradisional dan mempercepatkan transformasi digital. Platform bersepadu membolehkan aplikasi yang pelbagai dengan Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) terbuka untuk integrasi pihak ketiga, membawakan pengalaman kampus yang fleksibel, berkesan kos dan benar-benar pintar. Penyelesaian ini termasuk automasi Perangkaian Tentuan Perisian (SDN) hujung-ke-hujung dengan Penghalaan Segmen melalui IPv6 (SRv6) yang beroperasi sebagai rangkaian tunggal, disokong oleh Operasi dan Penyelenggaraan (O&M) pintar.

Profesor Madya Dr. Vuttipon Tarateeraseth daripada Srinakharinwirot University (SWU) Thailand berkongsi cabaran yang dihadapi oleh institusi terkenal dan bagaimana penyelesaian Huawei membantu menyelesaikan pelbagai masalah utama. Satu cabarannya ialah isu data raya: di sini, pusat data Huawei membantu menurunkan Jumlah Kos Pemilikan (TCO) serta sokongan pembangunan penyelesaian selanjutnya pada masa depan. Di samping itu, universiti berkenaan turut menghadapi pelbagai masalah infrastruktur rangkaian, keselamatan dan tanpa wayar. Pelaksanaan kampus tanpa wayar Huawei membantu universiti menumpukan pengurusan rangkaian, menggunakan teknologi SDN serta menyediakan liputan rangkaian penuh kepada pelajar yang hasilnya dapat meningkatkan kualiti pendidikan mereka.

CloudFabric 3.0

Huawei turut melancarkan Penyelesaian DCN Hiper-Tertumpu CloudFabric 3.0 yang direka bentuk untuk membina DCN generasi seterusnya yang menampilkan Eternet tak hilang, automasi kitaran hayat penuh dan O&M pintar seluruh rangkaian.

Brandon Wu, Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Huawei APAC Enterprise Business Group (EBG), menambah: “Menerusi penambahbaikan dalam Penyelesaian Eternet Tak Hilang Pintar NVMe-melalui-Fabrik (NoF+) Huawei, kehilangan paket sifar untuk DCN telah membuka laluan untuk pengurusan pusat data seragam melalui teknologi tunggal, meningkatkan lebar jalur sebanyak sepuluh kali ganda, dibandingkan dengan Rangkaian Kawasan Storan (SAN) Saluran Gentian. Ini dapat menyerlahkan potensi penuh storan kilat-sepenuhnya dan memberi manfaat kepada pelanggan dengan mengurangkan TCO serta menyokong evolusi jangka panjang.”

CloudWAN

Akhir sekali, tatkala Karnival Kelab IP Asia Pasifik Huawei hampir melabuhkan tirainya, Huawei mengumumkan penghala baharu: Siri NetEngine8000 (NE8000). Sementara Penghala Siri NE8000 M direka bentuk untuk akses rangkaian dan lapisan pengagregatan, Siri NE8000 X — yang berasaskan rangkaian teknologi canggih yang utama dalam industri — direka bentuk untuk tulang belakang IP dan rangkaian Saling Hubung Pusat Data (DCI).

Penyelesaian CloudWAN Huawei adalah berasaskan Penghala Khidmat Penuh Siri NetEngine 8000 baharu yang menyokong SRv6 dan penghirisan rangkaian, memungkinkannya untuk membina rangkaian IP seragam yang dapat membawa semua perkhidmatan, menjamin Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA) yang dibezakan untuk perkhidmatan yang berlainan.

Melalui kolaborasi yang erat, Huawei dan rakan-rakan kongsinya akan terus menyediakan penyelesaian rangkaian IP yang lebih pintar untuk perusahaan bagi mendorong kejayaan dalam era digital.

Latar Belakang Huawei

Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Dengan penyelesaian bersepadu dalam empat domain utama iaitu rangkaian telekomunikasi, IT, peranti pintar dan perkhidmatan awan, kami komited untuk membawa fungsi digital kepada setiap orang, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya.

Portfolio produk, penyelesaian dan perkhidmatan hujung-ke-hujung Huawei bersifat kompetitif dan selamat. Melalui kolaborasi terbuka bersama rakan-rakan kongsi ekosistem, kami mencipta nilai yang berkekalan untuk pelanggan kami, berusaha untuk memperkasa orang ramai, memperkaya kehidupan di rumah dan menginspirasikan inovasi dalam semua bentuk dan saiz organisasi-organisasi.

Di Huawei, inovasi memberi tumpuan pada keperluan pelanggan. Kami banyak melabur dalam penyelidikan asas, menumpu pada kejayaan teknologi yang mendorong dunia untuk melangkah maju ke hadapan. Kami mempunyai lebih daripada 194,000 pekerja dan kami beroperasi di lebih 170 negara dan wilayah. Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah sebuah syarikat swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh kakitangannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:
http://www.linkedin.com/company/Huawei
http://www.twitter.com/Huawei
http://www.facebook.com/Huawei
http://www.youtube.com/Huawei.

Source: PRNEWSWIRE