
K7 Computing Melancarkan Antivirus yang Sah Seumur Hidup – K7 Ultimate Security Infiniti Edition
– Infiniti Edition ini hanya tersedia kepada 50,000 pelanggan yang pertama di seluruh dunia dan melindungi hingga 5 buah peranti
CHENNAI, India, 2 Mac 2021 /PRNewswire/ — K7 Computing (www.k7computing.com), sebuah syarikat keselamatan siber global yang utama, mengumumkan pelancaran K7 Ultimate Security Infiniti Edition (www.k7computing.com/infiniti), sejenis antivirus edisi terhad yang menawarkan pelanggan dengan kesahihan perlindungan seumur hidup hingga 5 buah peranti. Dilancarkan sempena meraikan operasi syarikat yang telah mencecah tahun yang ke-30, Infiniti Edition ini hanya tersedia dalam tempoh sebulan dan kepada 50,000 pelanggan pertama di seluruh dunia pada harga istimewa iaitu USD70 / SGD92.
Pengguna pengkomputeran masa kini menyedari kewujudan ancaman siber yang meluas dan kepentingan untuk perlindungan antivirus dalam dunia yang sentiasa terhubung. Mereka juga menyedari bahawa produk antivirus perlu sentiasa menerima maklumat definisi perisian hasad yang dikemas kini untuk memastikan perlindungan daripada serangan siber yang terkini. Mereka juga mencari teknologi inovatif yang menawarkan perlindungan pelbagai peranti dan pelbagai platform untuk ahli keluarga mereka pada harga yang berpatutan. The K7 Ultimate Security Infiniti Edition dicipta untuk memenuhi keperluan pengguna seperti ini.
Berucap semasa pelancaran Infiniti Edition, Encik J Kesavardhanan, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif K7 Computing berkata, “K7 Computing telah memanfaatkan teknologi terkini bagi memerangi ancaman siber selama 3 dekad. Misi tunggal kami untuk menjaga keselamatan anda dan orang tersayang telah dibuktikan melalui sejumlah anugerah yang telah kami menangi serta pengguna yang berjumlah 25 juta orang merentasi 100 buah negara yang mempercayai kami. Kami melancarkan K7 Ultimate Security Infiniti Edition untuk melindungi keluarga anda seumur hidup kerana ketenangan fikiran anda sentiasa menjadi keutamaan kami dulu, kini dan selamanya.”
K7 Ultimate Security merupakan produk antivirus utama K7 yang melindungi 5 peranti pada mana-mana gabungan Windows, macOS, Android dan iOS. Infiniti Edition ini boleh dibeli di www.k7computing.com/infiniti.
Encik Ram Chembrolu, Ketua Pegawai Pemasaran K7 Computing menambah, “Jenayah siber akan melibatkan kos sebanyak $7 trilion di seluruh dunia pada tahun ini. Setiap individu perlu dilindungi pada setiap saat dan pada setiap peranti yang mereka gunakan. K7 Ultimate Security Infiniti Edition direka khas untuk tujuan ini. Perlindungan siber seumur hidup kepada keluarga anda yang menggunakan 5 buah peranti dengan sistem operasi paling popular akan menjamin keselamatan siber yang lancar untuk sebuah keluarga yang didayakan oleh pendigitalan.”
Encik Ram Chembrolu memberi maklumat lanjut tentang K7 Computing dan K7 Ultimate Security Infiniti Edition dalam video singkat ini: https://youtu.be/eWYzWbVunLE
Hubungan Media:
corporatecommunication@k7computing.com
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Telecommunications New products/services
Source: PRNEWSWIRE