GameAnalytics Menyertai Huawei Ecosystem sebagai Rakan Kongsi Platform Terkini

– Kit pembangunan perisian analitik permainan mudah alih ini kini tersedia kepada pembangun Huawei 

SHENZHEN, China, 19 Mac 2021 /PRNewswire/ —  GameAnalytics, sebuah syarikat yang mengumpul, menyimpan dan menganalisis data prestasi untuk permainan mudah alih telah menyertai Huawei Ecosystem sebagai rakan kongsi platform terkini. SDK (Software Development Kit) tersebut kini tersedia kepada pembangun permainan mudah alih Huawei untuk pengintegrasian yang pantas dan mudah. 

“Jangkauan platform Huawei, berserta kaedah analitik, operasi permainan dan pelaporan pendapatan pengiklanan kami menjadi suatu kombinasi hebat dan amat memudahkan kerja yang perlu dilakukan oleh pembangun untuk berjaya dengan saluran baharu yang menarik ini,” kata Ioana Hreninciuc, Ketua Pegawai Eksekutif GameAnalytics.

Membawa GameAnalytics kepada Pembangun Permainan Mudah Alih Huawei 

Sebagai syarikat analitik terkemuka dalam industri untuk permainan mudah alih, GameAnalytics memperkasa para pembangun dengan membantu mereka membina pengalaman pengguna yang lebih menarik melalui pemahaman yang mendalam tentang metrik teras permainan mereka. GameAnalytics memberikan pemahaman yang penting untuk membantu pembangun memanfaatkan potensi permainan mudah alih mereka melalui pengumpulan, penganalisaan dan pembentangan data prestasi permainan. Ini merangkumi segala aspek yang bermula daripada metrik asas (seperti pengguna aktif, pengekalan dan masa bermain) hingga kepada analitik lanjutan tentang pendapatan iklan, mata wang maya dan tahap kemajuan.

Kerjasama ini membawa manfaat bersama kepada kedua-dua pihak; Huawei boleh terus mengembangkan ekosistemnya dengan lebih banyak rakan kongsi platform serta menyokong kejayaan para pembangun permainannya. Sementara GameAnalytics pula boleh memanfaatkan keupayaan teknologi Huawei, meningkatkan SDK Android untuk menyokong OAID (Huawei Ads Kit) pada kesemua peranti mudah alih. Ini membolehkan ekosistem pembangun permainan HMS untuk berintegrasi dengan platform yang membawa kepada analisis yang lebih mendalam dan terus mengembangkan permainan mereka.

Digunakan oleh hampir 100,000 pembangun dan lebih 63,000 studio di seluruh dunia, GameAnalytics menyokong sekitar 100,000 permainan aktif serta menyediakan data yang diperlukan untuk membantu pembangun mudah alih mencapai matlamat pertumbuhan mereka. GameAnalytics boleh diintegrasikan dengan mudah dalam masa kurang daripada 15 minit dan kaedah analitik terasnya adalah percuma dan akan terus dikekalkan sedemikian.

Gambaran Keseluruhan Perkongsian Platform 

Huawei berhasrat untuk mewujudkan persekitaran yang terbuka dan selamat untuk kesemua pembangun dan rakan kongsi dalam Ekosistemnya. Dengan nilai-nilai ini, Huawei berharap dapat membantu para pembangun mendapatkan pemahaman yang berguna bagi permainan mudah alih mereka melalui kerjasama dengan GameAnalytics serta turut membantu GameAnalytics mencapai kejayaan melalui rangkaian global Huawei. Huawei dan GameAnalytics kini memperkenalkan analitik percuma kepada lebih 2.3 juta pembangun di seluruh dunia yang menjadikan komuniti pembangunan permainan ini inklusif dan boleh diakses oleh semua.

“Pasaran aplikasi Huawei, AppGallery adalah luas dan berkembang setiap hari. Bagi komuniti pembangun permainan kami, saluran baharu ini boleh menjadi sumber tambahan untuk pemain dan pendapatan yang dapat mempercepat portfolio permainan sedia ada mereka ke tahap keuntungan baharu,” kata Hreninciuc. 

Tentang AppGallery – Antara 3 Pasaran Aplikasi Paling Popular di Dunia

AppGallery ialah sebuah ekosistem pintar dan inovatif yang membolehkan pembangun mencipta pengalaman unik untuk para pengguna. HMS Core unik kami membolehkan aplikasi diintegrasikan pada seluruh peranti yang berbeza, yang memberikan lebih banyak kemudahan serta pengalaman yang lebih lancar – ini merupakan sebahagian daripada strategi “1+8+N” kami yang lebih luas di Huawei.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Huawei Partner Site dan laman web GameAnalytics SDK integration guide 

Keywords: Electronics Gaming Computer Software Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Contracts Data Analytics

Source: PRNEWSWIRE

You might also like