
Strategi ‘Platformation’ unik Sonata Software untuk Transformasi Digital menunjukkan peningkatan global
![]() |
– Sonata meraikan strategi ‘Platformation’ yang berusia 4 tahun kerana ia pencetus utama kejayaannya & pelanggan yang mahukan Pendigitalan
BENGALURU, India, 15 Februari 2021 /PRNewswire/ — Sonata Software, sebuah syarikat penyelesaian perkhidmatan dan teknologi IT global, telah mengumumkan bahawa strategi uniknya yang bertanda dagangan ‘PlatformationTM‘ untuk Transformasi Digital sedang menunjukkan peningkatan ketara di kalangan para pelanggannya di seluruh dunia. Mac 2021 ini akan menandakan ulang tahunnya yang ke-4 sejak Sonata mengumumkan pendekatan proprietarinya terhadap transformasi digital & menamakan ia sebagai ‘PlatformationTM’ dan syarikat tersebut kini berada dalam mod keraian kerana strategi tersebut telah menjadi pencetus kejayaan utamanya & para pelanggan yang mahukan Pendigitalan. Konsep ‘PlatformationTM’ telah meningkat kukuh dari semasa ke semasa dan kini telah menjadi lebih relevan dalam dunia pasca pandemik yang membuka laluan untuk pertumbuhan besar bagi Sonata serta para pelanggannya.
”Kami amat berbangga dapat meraikan ulang tahun ke-4 PlatformationTM, pendekatan unik dan revolusioner Sonata bagi membantu perniagaan terkemuka mencapai mandat bagi transformasi digital mereka” kata Srikar Reddy, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Sonata Software. “Sonata memanfaatkan kuasa platform bagi membantu pelanggan mencipta & melaksanakan model perniagaan berasaskan platform. Melalui penggabungan kecemerlangan kejuruteraan dengan pengalaman industri, kepakaran khusus yang luas serta aset platform & IP – Sonata membantu membina platform terbuka, terhubung, pintar dan boleh diskala yang menjadi teras kepada perniagaan digital moden masa kini. Sonata juga telah menghasilkan model perniagaan platform rujukan untuk pelbagai industri yang menjadi pengkhususannya seperti peruncitan, barangan pengguna, pengedaran, pembuatan, perniagaan pertanian, industri perkhidmatan utiliti dengan menggunakan model platform terbaik.”
“Kini, kami menggunakan pendekatan PlatformationTM di keseluruhan rangkaian perkhidmatan kami yang merangkumi Transformasi Awan, Data & Analitik, AI/ML, Platform kejuruteraan dan perkhidmatan ERP/Dinamik, manakala perkhidmatan perundingan PlatformationTM digunakan di seluruh rantaian nilai, membantu kami membuktikan pelaburan masa depan digital pelanggan kami sambil menjadi lebih fleksibel dalam memenuhi keperluan perniagaan mereka yang terus berkembang. Malah kami turut menggunakan pendekatan PlatformationTM untuk IP kami yang menjadikannya jauh lebih pantas dan mudah untuk pelanggan kami.” tambah Srikar Reddy.
Sonata telah menjadi rakan kongsi pilihan bagi kebanyakan syarikat gergasi global untuk transformasi digital. Pantalu Avasarla, Naib Presiden -Technology Daymark Systems (Bahagian CMC Group), berkata “Sonata merupakan rakan kongsi kejuruteraan platform utama kami yang telah lama mewujudkan dan melancarkan platform tersebut melalui kepakaran, proses dan kaedah kejuruteraan”. Pandangan yang serupa dinyatakan oleh Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Maklumat Crawford (Syarikat tersenarai awam yang merupakan penyedia pengurusan Tuntutan insurans bebas & penyelesaian penyumberan luar terbesar) iaitu, “Sonata telah membantu kami dalam usaha ke arah pendigitalan ini dengan membina platform Digital First notice of Loss (FNOL) menggunakan pendekatan PlatformationTM untuk memacu penyelesaian platform yang terbuka, terhubung, pintar dan boleh diskala.” Alfred Muthunathan, Ketua Pegawai Maklumat CPL Aromas (syarikat yang berpangkalan di UK dan merupakan pengeluar kepada beberapa pembuat minyak wangi terbesar di dunia di 100 buah negara) yang turut menyokong Sonata, berkata, “Sonata telah menjadi rakan kongsi strategik kami & telah membantu dalam usaha ini dengan menstabilkan sistem perniagaan utama kami melalui transformasi digital menggunakan PlatformationTM“.
Untuk memastikan transformasi bakat yang lengkap dalam organisasi ini sejajar dengan PlatformationTM, Sonata terus melabur dalam pembentukan jawatan baharu- ahli strategi digital, arkitek digital, pengurus penyampaian digital & rakan kongsi pelanggan digital yang taksub dengan PlatformationTM. Ia turut menubuhkan program jurutera bersepadu untuk mewujudkan barisan jurutera yang lengkap. Tidak menghairankan apabila Madhavi Srinivas, Ketua Pegawai Sumber Manusia Sonata Software menyatakan “Sebab utama yang selalu diberikan oleh pekerja prospektif yang ingin menyertai kami ialah peluang untuk belajar dan bekerja dengan PlatformationTM, mereka mengakuinya sebagai sesuatu yang hebat”.
Bercakap tentang harapan masa depan, Srikar Reddy menyimpulkan dengan berkata “Walaupun rangka kerja dan konsep sentiasa berkembang, ketika kami menghasilkan rangka kerja PlatformationTM, kami memikirkan cara untuk membantu pelanggan kami melakukan perubahan dengan jaminan, keberkesanan dan kepantasan, supaya mereka tidak berhadapan dengan masalah keserasian apabila munculnya pilihan baharu. Empat tahun yang lepas telah membuktikannya. Kami kini lebih yakin daripada sebelumnya bahawa PlatformationTM ialah sebuah konsep unik untuk mencapai lebih kejayaan dalam transformasi digital dan ia telah terbukti. Banyak usaha telah dilakukan dalam tempoh 4 tahun yang lalu di seluruh rantaian nilai untuk mengkonsepsikan, mereka bentuk, menyampaikan dan membina bakat. Sokongan yang kami peroleh daripada pelanggan, rakan kongsi dan penganalisis membuat kami yakin bahawa kami harus menggandakan pelaburan dan penggunaan konsep ini. Reka bentuk dan pendekatan kami telah berjaya bertahan dalam tempoh tersebut dan ia menjadi satu sebab utama yang menjadikan para pelanggan kami benar-benar melihat akan kepentingan nilainya. Para pelanggan yang ingin memasuki pasaran dengan pantas boleh berbuat demikian dengan menggunakan IP canggih kami dalam masa yang singkat dan membina komponen lain ketika perniagaan terus berkembang”.
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Electronic Design Automation Internet Technology Telecommunications Feature News Releases
Source: PRNEWSWIRE