
RevBits melancarkan Cyber Intelligence Platform
Integrasi sepuluh modul keselamatan yang membawa keselamatan siber ke tahap seterusnya sambil mengurangkan kerumitan dan kos
MINEOLA, New York, 1 Februari 2021 /PRNewswire/ — RevBits mengumumkan ketersediaan umum Cyber Intelligence Platform (“CIP”), suatu penyelesaian bersepadu yang direka untuk memberi perlindungan yang tiada tandingannya terhadap serangan siber kepada syarikat-syarikat di seluruh dunia.
Mengambil pendekatan baharu secara radikal, RevBits CIP ialah platform keselamatan siber bersepadu pertama yang menawarkan perlindungan unggul melalui perkongsian kecerdasan ancaman dan lain-lain data yang berkaitan antara sepuluh modul keselamatan yang berbeza.
“Oleh kerana tahap ancaman di ruang siber terus meningkat dan menyaksikan peningkatan dalam jumlah syarikat yang digodam, ia telah menjadi jelas bahawa penggunaan dan pengurusan pelbagai penyelesaian kendiri adalah tidak cekap dan tidak berkesan,” kata David Schiffer, Ketua Pegawai Operasi. “Seperti kebanyakan sumber korporat, pasukan keselamatan akan sentiasa mempunyai kapasiti yang terhad. Dengan memberi penyelesaian di luar kotak iaitu sebuah platform yang bersepadu akan memberi rangsangan yang besar kepada produktiviti mereka. Masa dan wang yang dibelanjakan menjadi kurang dalam menguruskan kaedah dan persekitaran yang berbeza, sementara pertukaran maklumat tentang ancaman yang berkaitan membolehkan campur tangan yang lebih pantas dan lebih proaktif.”
RevBits CIP terdiri daripada modul-modul berikut:
- Keselamatan E-mel
- Keselamatan Titik Akhir
- Pengesanan Eksploit Lanjutan
- EDR
- Teknologi Penipuan
- Pengurusan Akses Istimewa
- Pengurusan Sesi Istimewa
- Pengurusan Kata Laluan
- Pengurusan Utama
- Pengurusan Sijil
“Berdasarkan seni bina yang unik dan teknologi yang dipatenkan, setiap modul RevBits telah dibangunkan untuk memberi perlindungan yang terbaik,” kata Mucteba Celik, Ketua Pegawai Teknologi. “Dengan menggabungkan modul-modul ini dalam RevBits CIP, kami kini boleh menawarkan pandangan terpusat pada keselamatan siber pelanggan kami yang membolehkan mereka mengambil tindakan serta-merta secara melayari antara modul-modul dengan lancar. Ini merupakan keupayaan yang benar-benar unik dalam landskap perisian keselamatan siber yang berselerak pada masa kini.”
Untuk maklumat lanjut tentang RevBits Cyber Intelligence Platform, sila layari www.revbits.com
Hubungi: Neal Hesterberg, neal.hesterberg@revbits.com
Tentang RevBits
Ditubuhkan pada tahun 2018, RevBits ialah syarikat keselamatan siber inovatif yang dikhususkan untuk memberi perlindungan dan perkhidmatan yang unggul kepada pelanggannya berdasarkan pengetahuan pakar. RevBits beribu pejabat di Mineola, New York serta mempunyai pejabat di Princeton, New Jersey, Boston, Massachusetts dan Antwerp (Belgium). Untuk maklumat lanjut tentang RevBits, sila layari www.revbits.com/aboutrevbits.
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/02/revbits-melancarkan-cyber-intelligence-platform.jpg
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Hispanic-oriented news New products/services
Source: PRNEWSWIRE