- Iklan -

Mahkamah Menolak Tuntutan ROHM Semiconductor A.S untuk Penghakiman Perisytiharan Bukan Pelanggaran ke atas Paten MaxPower Semiconductor dan Mendesak agar Penimbangtaraan Dijalankan

SAN JOSE, California, 15 Februari 2021 /PRNewswire/ — MaxPower Semiconductor, Inc. (MaxPower) iaitu penyedia produk semikonduktor kuasa berprestasi tinggi, hari ini mengumumkan keputusan perbicaraan pada 4 Februari 2021 yang lalu, Mahkamah Daerah A.S. untuk Daerah Utara California telah menolak aduan ROHM Semiconductor USA LLC (ROHM USA) untuk penghakiman perisytiharan bukan pelanggaran paten MaxPower.  Mahkamah tersebut telah memutuskan bahawa Perjanjian Lesen Teknologi (Technology License Agreement, TLA) MaxPower dengan ROHM Co., Ltd. (ROHM Japan; 6963:JPTokyo) mengikat anak syarikat ROHM Jepun, termasuk ROHM USA dan bahawa perjanjian yang sama menghendaki ROHM USA untuk melaksanakan timbang tara terhadap tuntutan bukan pelanggarannya.

“Kami gembira kerana Mahkamah membenarkan usul kami untuk mendesak agar penimbangtaraan dijalankan. Kami berharap dapat menyelesaikan pertikaian tentang pelanggaran ROHM terhadap teknologi dan paten peparit MOSFET tidak eksklusif yang terkenal milik kami. Kami yakin bahawa kami akan menang dalam penimbangtaraan ini dan kami berhasrat untuk terus melindungi aset teknologi serta hak milik intelektual kami yang lain secara agresif,” kata Dr. Mohamed Darwish, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MaxPower.

Roger Cook, peguam utama MaxPower mengulas: “ROHM telah menggunakan prosiding penghakiman perisytiharan yang tidak wajar ini untuk mengelakkan penyelesaian secara timbang tara terhadap pertikaian lesen teknologi yang melibatkan penjualan ROHM bagi peparit silikon karbida MOSFET. Syukurlah, penyelesaian terhadap pertikaian ini kini dapat diteruskan.”

Tentang Kes tersebut
Menghadapi pertuduhan MaxPower bahawa ROHM Jepun telah melanggar tanggungjawabnya di bawah Perjanjian Lesen Teknologi pada 23 September 2020, ROHM USA mengajukan tuntutan mahkamah terhadap MaxPower untuk memohon penghakiman perisytiharan bahawa silikon karbida (SiC) MOSFET ROHM, tidak melanggar empat paten yang menjadi milik MaxPower A.S. Perintah Mahkamah yang menolak tuntutan tersebut dan mendesak ROHM USA untuk melakukan timbang tara dapat dilihat di https://www.pacermonitor.com/public/case/36415380/Rohm_Semiconductor_USA,_LLC_v_MaxPower_Semiconductor,_Inc, Case No. 20-cv-06686-VC.

Tentang MaxPower Semiconductor Inc.
MaxPower Semiconductor, Inc. ialah sebuah syarikat semikonduktor kuasa yang canggih dan mengkhusus dalam penyampaian teknologi/produk yang inovatif, terbukti dan menjimatkan kos serta mengoptimumkan Penyelesaian Pengurusan Kuasa. MaxPower ialah sebuah syarikat milik persendirian dengan portfolio IP yang sangat kukuh dan luas yang diasaskan oleh sebuah pasukan terkenal di peringkat antarabangsa dalam industri teknologi kuasa. Untuk maklumat lanjut, sila layari  https://www.maxpowersemi.com

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/02/mahkamah-menolak-tuntutan-rohm-semiconductor-a-s-untuk-penghakiman-perisytiharan-bukan-pelanggaran-ke-atas-paten-maxpower-semiconductor-dan-mendesak-agar-penimbangtaraan-dijalankan.jpg

Source: MaxPower Semiconductor, Inc.

Source: PRNEWSWIRE

You might also like