
YAM Putera Mohammed bin Salman mengumumkan THE LINE di NEOM
![]() |
Suatu revolusi dalam kehidupan bandar
– Bebas daripada kereta dan jalan-jalan, penduduk akan mempunyai alam semula jadi dan semua keperluan harian dalam masa lima minit berjalan kaki
– Untuk mencipta 380,000 peluang pekerjaan di masa depan dan menyumbang sebanyak SAR 180 bilion ($48 bilion) kepada KDNK menjelang tahun 2030
– 170km pembangunan linear bagi komuniti dibolehkan AI dan hiper-sambungan yang dikuasakan oleh 100% tenaga bersih
RIYADH, Arab Saudi, 11 Januari 2021 PRNewswire/ — Yang Amat Mulia Mohammed bin Salman, Putera Mahkota dan Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat NEOM, hari ini mengumumkan THE LINE, sebuah revolusi dalam kehidupan bandar di NEOM serta merupakan cetakan biru untuk kewujudan bersama manusia dan bumi secara harmoni.
THE LINE, sebuah komuniti masa depan yang hiper-sambungan sepanjang 170km, tanpa kereta dan jalan raya serta dibina di sekitar alam semula jadi, merupakan jawapan langsung kepada beberapa cabaran paling mendesak yang dihadapi oleh manusia pada hari ini seperti kesesakan legasi infrastruktur, pencemaran, lalu lintas dan manusia.
Ia merupakan suatu ciri penting dalam Visi Arab Saudi 2030 dan enjin ekonomi untuk Negara yang akan mendorong kepelbagaian serta matlamat untuk menyumbang kepada 380,000 peluang pekerjaan di masa depan dan SAR180 bilion (USD48 bilion) kepada KPDNK domestik menjelang tahun 2030.
Baginda bertitah: “Sepanjang sejarah, bandar raya-bandar raya telah dibina untuk melindungi rakyat mereka. Selepas Revolusi Perindustrian, bandar raya-bandar raya memberi keutamaan kepada mesin, kereta dan kilang berbanding kepada orang ramai. Di bandar raya-bandar raya yang dianggap sebagai termaju di dunia, orang ramai menghabiskan kebanyakan daripada masa mereka dengan berulang-alik. Menjelang tahun 2050, jangka masa perjalanan ulang-alik akan menjadi dua kali ganda. Menjelang tahun 2050, satu bilion manusia perlu berpindah kerana peningkatan dalam pelepasan CO2 dan tahap laut. 90% manusia bernafas dengan udara yang tercemar. Mengapa kita harus mengorbankan alam semula jadi demi pembangunan? Mengapa 7 juta orang harus mati setiap tahun disebabkan pencemaran? Mengapa kita harus kehilangan satu juta orang setiap tahun akibat kemalangan lalu lintas? Dan mengapa kita harus menerima keadaan yang merugikan bertahun-tahun daripada kehidupan kita untuk perjalanan berulang-alik?”
“Oleh itu, kita perlu melakukan transformasi konsep bandar raya konvensional kepada konsep bandar raya futuristik,” Baginda menambah. “Pada hari ini, sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah NEOM, saya mempersembahkan THE LINE kepada anda. Sebuah bandar yang mempunyai seramai 1 juta penduduk dengan jarak sepanjang 170 km yang mengekalkan 95% alam semula jadi di dalam NEOM, dengan sifar kereta, sifar jalan serta sifar pelepasan karbon.”
THE LINE merupakan pembangunan bandar raya utama yang telah direka berdasarkan persekitaran manusia dan bukannya jalan raya, buat pertama kali dalam tempoh 150 tahun. Kebolehan berjalan akan menentukan kehidupan di THE LINE – semua keperluan harian yang penting seperti sekolah, klinik perubatan, kemudahan waktu lapang serta ruangan hijau akan berada dalam masa lima minit berjalan kaki.
Penyelesaian transit kelajuan tinggi ultra dan mobiliti autonomi akan menjadikan perjalanan lebih mudah dan memberikan peluang kepada penduduk untuk mendapatkan kembali masa dan memanfaatkannya untuk kesihatan dan kesejahteraan. Dijangkakan tiada perjalanan di sini yang akan mengambil masa lebih 20 minit.
Komuniti THE LINE akan menjadi kognitif, dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) yang mengadaptasi kaedah ramalan secara berterusan untuk menjadikan kehidupan lebih mudah serta mewujudkan masa untuk penduduk dan perniagaan. Dianggarkan 90% data yang tersedia akan dimanfaatkan untuk meningkatkan keupayaan infrastruktur melebihi 1% yang biasanya digunakan di bandar raya-bandar raya pintar yang sedia ada.
THE LINE yang membawa pembaharuan kepada kelestarian, merangkumi pembangunan bandar positif karbon dikuasakan oleh 100% tenaga bersih, memberikan persekitaran yang bebas pencemaran, lebih sihat dan lebih lestari kepada penduduk. Komuniti guna campur akan dibina di sekitar alam semula jadi dan bukannya di atas alam semula jadi.
Sektor masa depan NEOM yang diketuai oleh peneraju industri global telah menangani beberapa cabaran yang paling mendesak di dunia. Mereka merintis pasaran baharu untuk inovasi cemerlang dan mewujudkan peluang bagi menarik bakat, pelabur dan rakan kongsi untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem perniagaannya.
Pembinaan THE LINE akan bermula pada suku pertama tahun 2021. THE LINE merupakan salah satu projek infrastruktur yang paling kompleks dan mencabar di dunia serta menjadi sebahagian daripada kerja-kerja pembangunan besar yang sudah dijalankan di NEOM.
NEOM merupakan sebahagian daripada portfolio pelbagai dan bertaraf dunia Public Investment Fund Arab Saudi iaitu salah satu dana kekayaan berdaulat yang terbesar di dunia.
Tentang NEOM
NEOM ialah pemecut kemajuan manusia dan gambaran tentang bagaimana Masa Depan yang Baharu akan kelihatan. Ia merupakan sebuah kawasan yang terletak di Laut Merah, barat laut Arab Saudi yang dibina dari kosong sebagai makmal kehidupan – sebuah tempat di mana usahawan akan mencipta kehidupan Masa Depan yang Baharu. Ia akan menjadi destinasi dan kediaman bagi mereka yang mempunyai impian besar dan ingin menjadi sebahagian daripada pembinaan model baharu untuk kebolehhidupan yang luar biasa, mewujudkan perniagaan yang berkembang maju dan mencipta semula pemuliharaan alam sekitar.
NEOM akan menjadi kediaman dan tempat kerja kepada lebih satu juta penduduk dari seluruh dunia. Ia akan mempunyai bandar raya dan bandar, pelabuhan dan zon perusahaan, pusat penyelidikan, tempat sukan dan hiburan serta destinasi pelancongan. Sebagai sebuah hab inovasi, usahawan, peneraju perniagaan dan syarikat akan datang untuk menyelidik, melakukan inkubasi serta mengkomersialkan teknologi dan perusahaan baharu dalam cara-cara yang menakjubkan. Penduduk NEOM akan menampilkan satu etos antarabangsa dan mendukung budaya penerokaan, pengambilan risiko serta kepelbagaian – semuanya disokong oleh undang-undang progresif yang bersesuaian dengan norma antarabangsa dan kondusif kepada pertumbuhan ekonomi.
Untuk maklumat lanjut
Pautan kepada ucapan pengumuman – NEOM YouTube Channel
E-mel media@NEOM.com atau layari www.NEOM.com, https://newsroom.neom.com/ dan https://whatistheline-newsroom.neom.com/
Keywords: Computer/Electronics Education Health Care/Hospital Real Estate Residential Real Estate
Source: PRNEWSWIRE