- Iklan -

TLScontact mengakhiri tahun 2020 dengan kedudukan yang tinggi melalui penyertaan kontrak Jabatan Negara A.S. bernilai USD3.3 Bilion

PARIS, 7 Januari 2021 /PRNewswire/ — 

TLScontact , pakar perkhidmatan visa dan konsular global dan sebahagian daripada Teleperformance Group , yang bekerjasama dengan PAE , peneraju global dalam penyediaan penyelesaian pintar kepada kerajaan A.S. dan sekutunya, telah dianugerahkan kedudukan dalam kontrak Jabatan Negara A.S. dengan nilai yang berpotensi untuk mencecah hingga USD3.3 Billion bagi tempoh selama lebih sepuluh tahun.

Kontrak dengan Strategi Sokongan Global 2.0 Tanpa Had Penghantaran, Tanpa Had Kuantiti (Indefinite Delivery, Indefinite Quantity, IDIQ), Jabatan Negara A.S. ini merangkumi pembekalan perkhidmatan sokongan untuk operasi konsular A.S. di seluruh dunia. IDIQ tersebut akan berlangsung selama sepuluh tahun bermula dari tahun 2020, dengan nilai maksimum sebanyak USD3.3. bilion.

Dalam kerjasama dengan PAE, TLScontact akan bersaing untuk pesanan tugas yang dianugerahkan melalui IDIQ, untuk memberi perkhidmatan sokongan konsular di luar negara di 120 buah negara. Sebanyak 18 pesanan tugas akan dianugerahkan secara keseluruhan, di bawah peruntukan perkhidmatan maklumat, perkhidmatan permohonan dan janji temu, pemungutan yuran, penyampaian dokumen, pengurusan giliran, penyediaan kakitangan dan pengumpulan data luar tapak kepada 175 bahagian konsular A.S. di seluruh dunia.

TLScontact mempunyai pengalaman yang luas dalam sektor visa dan telah memproses berjuta-juta visa setiap tahun bagi pihak kerajaan-kerajaan utama di seluruh dunia sejak penubuhannya lebih daripada satu dekad yang lalu.

Mengulas tentang pengumuman itu, Simon Grant, Ketua Pegawai Eksekutif TLScontact, berkata:

“Kami berasa gembira dengan keputusan ini. Kami berharap dapat membantu kerajaan Amerika Syarikat untuk memberikan perkhidmatan bertaraf dunia kepada pemohon visa A.S., memanfaatkan pengalaman kami yang luas dalam sektor visa dan memberi tumpuan untuk memberikan pengalaman pelanggan yang luar biasa.”

Tentang TLScontact

TLScontact bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia untuk menyediakan perkhidmatan visa dan konsular bagi pihak mereka kepada pelancong dan warganegara. TLScontact beroperasi di 90 buah negara dan mengendalikan 150 pusat permohonan visa serta menguruskan lebih 4 juta permohonan visa setiap tahun. TLScontact ialah sebahagian daripada Teleperformance Group, iaitu peneraju global dalam pengurusan pengalaman pelanggan.

Tentang PAE

Selama 65 tahun, PAE telah mengatasi cabaran paling sukar di dunia dalam penyediaan penyelesaian yang tangkas dan teguh kepada kerajaan A.S. dan sekutunya. Mempunyai tenaga kerja global kira-kira 20,000 orang di kesemua tujuh benua dan di kira-kira 60 buah negara, PAE menyediakan pelbagai perkhidmatan sokongan operasi untuk memenuhi keperluan kritikal pelanggan kami. Ibu pejabat kami terletak di Falls Church, Virginia. Sila temui kami dalam talian di pae.com, di Facebook, Twitter dan LinkedIn.

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/01/tlscontact-mengakhiri-tahun-2020-dengan-kedudukan-yang-tinggi-melalui-penyertaan-kontrak-jabatan-negara-a-s-bernilai-usd3-3-bilion.jpg

Keywords: Computer/Electronics Outsourcing Businesses Publishing/Information Service Travel Contracts

Source: PRNEWSWIRE

You might also like