- Iklan -

Review Eksklusif: Adakah Berbaloi Memiliki Samsung Galaxy A42 5G? Jom Tengok!!

Samsung telahpun melancarkan peranti terbaharunya yang dikenali sebagai Samsung Galaxy A42 5G!! Namun, masih ada yang berteka-teki berbaloikah jika membeli peranti ini? Jangan risau, jom kita tengok adakah berbaloi memiliki peranti ini!!!

Rupa Paras Yang Mengiurkan!

Menariknya peranti ini hadir dengan rekaan yang sangat sleek dan sangat selesa kerana rekaan melengkung di bahagian panel belakang memberikan keselesaan ketika anda pengang peranti ini.

Rekaannya juga ternyata tampil dengan sangat menarik apabila ia hadir dengan paten holografik dan premium gloss bagi menghasilkan rupa paras yang dinamik dari pelbagai sudut. Jadi, pastinya mereka yang melihat rekaan peranti ini pastinya terpesona!!

Jom kita tengok rekaan penuh peranti ini!!!

Puas Menonton Pada Peranti Ini!!

Untuk makluman anda, peranti ini hadir dengan skrin yang sangat besar dan baik iaitu6.6″ Infinity U Display Super AMOLED yang pastinya memberikan paparan yang terbaik bagi kelasnya. Ditambah dengan bezel yang sangat nipis membuatkan tontonan tampah lebih memuaskan.

Bagi pandangan min, peranti ini hadir dengan skrin yang sangat baik, warna yang dihasilkan sangat vibrant dan baik. Nak buat main game atau menonton video pastinya sangat sesuai menggunakan peranti ini.

Kamera Peranti Yang Serius Padoks!!

Kalau korang nak tahu, peranti ini dihadirkan dengan kuasa kamera yang sangat baik iaitu 64MP + 8MP + 5MP + 5MP bagi kamera belakang dan 20MP bagi kamera hadapan.

Kamera peranti ini nyata memperlihatkan peningkatan apabila imej yang terhasil daripada gambar ini lebih jitu perinciannya. Lebih banyak detail yang boleh dirakam menerusi peranti ini.

Warna yang dihasilkan juga sangat baik tidak kira sama ada anda berada dalam situasi terang mahupun dalam kurang pencahayaan. Ia pasti mampu merakam imej yang sangat baik!! Jom kita tengok hasil gambar peranti ini!!!

Pemproses Yang Giler Smooth!!

Bagi yang tidak mengetahui, peranti ini hadir dengan pemproses Octa-caore dan dipadankan dengan 8GB RAM dan 128GB ROM. Secara keseluruhannya, prestasi peranti ini sangat baik dan hebat tanpa ada sebarang lag khususnya ketika anda menggunakan untuk bermain game atau melakukan aktiviti harian anda.

Kami telah melakukan ujian Geeckbench ke atas peranti ini dan nyata ia memperlihatkan keputusan yang sangat baik. ia mencatatkan keputusan

Ia turut hadir dengan Game Booster yang mana pengalaman bermain game anda pastinya menyeronokkan tanpa ada sebagai gangguan!!

Apa Kata Editor

Secara keseluruhan, Samsung Galaxy A42 5G ini hadir dengan prestasi yang sangat baik bagi kelasnya. Jadi buat mereka yang ingin memiliki peranti yang serba baik dari pelbagai aspek pada harga yang mampu milik, ini mungkin jawapan anda!!

You might also like