
Peranti Mudah Alih Mengatasi jangkaan Tahun 2020 dengan Perbelanjaan Pengguna Berjumlah $143 Bilion pada Aplikasi
![]() |
SAN FRANCISCO, 13 Januari 2021 /PRNewswire/ — App Annie, syarikat data dan analisis peranti mudah alih yang membantu jenama dan penerbit mewujudkan pengalaman menarik pada peranti mudah alih, hari ini mengeluarkan laporan Kedudukan Peranti Mudah Alih 2021. Penilaian tahunan ini memberikan gambaran tentang kesan yang meluas di seluruh industri dan ekonomi global.
Tahun 2020 telah memacu pertumbuhan penerimaan peranti mudah alih apabila pengguna menggunakan peranti mudah alih mereka untuk berhubung, bekerja, belajar, bermain dan berhibur walaupun COVID-19 telah menyekat cara hidup mereka. Pengguna membelanjakan $143 bilion untuk aplikasi mudah alih pada tahun 2020, peningkatan sebanyak 20% berbanding tahun 2019. Pasaran utama yang memacu pertumbuhan ini termasuklah China, Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan dan United Kingdom.
Antara penemuan yang diperoleh termasuk:
- Masa yang diluangkan untuk melayari peranti mudah alih melonjak naik: 4.2 jam diluangkan untuk Android yang berjumlah 3.5 trilion jam, meningkat sebanyak 20% dan 25% masing-masing berbanding tahun 2019
- Permainan mudah alih kekal tiada tandingan: Sektor ini berada di landasan yang betul untuk mengatasi perbelanjaan pengguna sebanyak $120 bilion pada tahun 2021 yang akan menyaksikan peningkatan sebanyak 1.5 kali daripada keseluruhan pasaran permainan
- Masa yang dihabiskan mengikut generasi: Di AS, Gen Z, Millennial dan Gen X/ Baby Boomers menghabiskan 16%, 18% dan 30% lebih banyak masa bagi setiap pengguna dari Tahun ke Tahun dalam aplikasi paling banyak digunakan
- Aplikasi rangkaian sosial mengambil alih peranan utama: Masa yang diluangkan bagi setiap pengguna meningkat sehingga 325% dari Tahun Ke Tahun. TikTok berada di landasan yang betul untuk mencecah 1.2 bilion pengguna aktif bulanan pada tahun 2021 kerana pengguna dilihat akan terus berhubung serta semakin menggemari hiburan
- Peranti mudah alih melonjakkan industri pengiklanan: Pada tahun 2020, perbelanjaan pengiklanan telah meningkat kepada $240 bilion dengan peningkatan sebanyak 26% berbanding tahun 2019
- Pembiayaan kekal kukuh: $73 bilion telah dilaburkan dalam syarikat mudah alih, peningkatan sebanyak 27% berbanding tahun 2019
Laporan Kedudukan Peranti Mudah Alih 2021 menunjukkan cara untuk menavigasi trend makro dan demografi yang membantu mengenal pasti jenama dan penerbit terkemuka yang berjaya dalam permainan, fintech, peruncitan, sosial, video dan lain-lain.
“Dunia telah berubah selamanya. Walaupun orang ramai di seluruh dunia terpaksa tinggal di rumah, kami melihat amalan penggunaan peranti mudah alih meningkat sebanyak tiga tahun,” kata Theodore Krantz, Ketua Pegawai Eksekutif App Annie.
Menurut James Cordery, Ketua Strategi Pemasaran Prestasi, Deliveroo, “Pada tahun 2020, kami berjaya memberi tumpuan untuk melaksanakan strategi mudah alih yang benar-benar merealisasikan pertumbuhan berterusan untuk Deliveroo. Kami berjaya menggabungkan wawasan pengguna dengan konteks pasaran daripada App Annie dalam membuat keputusan yang memberi kesan yang tinggi terhadap prestasi kami.”
Pada tahun ini, dengan pengalaman interaktif yang baharu, laporan tersebut memberi gambaran keseluruhan tentang kesan utama dalam industri peranti mudah alih merentasi 11 industri dan 30 buah negara. Analisis dan anggaran dalam laporan ini adalah berdasarkan App Annie Intelligence.
Baca sepenuhnya laporan Kedudukan Peranti Mudah Alih 2021 di sini .
Tentang App Annie
App Annie ialah platform data dan analisis peranti mudah alih yang paling dipercayai di industri. Misi App Annie adalah untuk membantu pelanggan mewujudkan pengalaman peranti mudah alih yang menarik dan mencapai kecemerlangan.
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Survey, Polls & Research
Source: PRNEWSWIRE