LTI Menjadi Rakan Kongsi Perkhidmatan Elit Snowflake

– Syarikat tersebut merupakan rakan kongsi sulung untuk program Snowcase oleh Snowflake untuk membangunkan dan memasarkan penyelesaian khusus industri bagi mempercepatkan pelaksanaan transformasi data awan 

MUMBAI, India, 7 Januari 2021 /PRNewswire/ — Larsen & Toubro Infotech (kod BSE: 540005) (NSE: LTI), sebuah syarikat perundingan teknologi global dan penyelesaian digital telah menjadi Rakan Kongsi Perkhidmatan Elit Snowflake, sebuah syarikat Awan Data. Rakan Kongsi Elit mewakili tahap perkongsian tertinggi dalam Rangkaian Rakan Kongsi Snowflake. Pencapaian ini mengiktiraf komitmen LTI dalam memberi hasil pada skala dan kepantasan yang diperbesarkan pada Awan Data Snowflake. Status ini membezakan LTI sebagai rakan kongsi perkhidmatan pilihan kepada Snowflake dengan kepakaran dan pengalaman yang telah terbukti.

Snowflake
Snowflake

LTI juga telah menjadi rakan kongsi sulung untuk Snowcase, sebuah program yang dilancarkan oleh Snowflake untuk membangunkan dan memasarkan penyelesaian khusus industri bagi mempercepatkan pelaksanaan transformasi data awan kepada perusahaan. Snowcase yang pertama dilancarkan dengan LTI ialah ‘Transformasi Pembuatan Dipacu Data’ menonjolkan amalan terbaik daripada pelaksanaan Snowflake yang terkenal dari LTI untuk pengeluar global. Penghijrahan yang dipercepatkan dan platform yang dipermudahkan daripada platform data sedia ada kepada awan data Snowflake telah dilakukan dengan memanfaatkan LTI Canvas PolarSled, LTI Mosaic & Qlik.

Sanjay Jalona, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan LTI berkata, “Snowflake ialah rakan kongsi pilihan syarikat moden kerana keupayaannya yang unik dalam memisahkan penstoran dan pengkomputeran. Pakatan kami dengan Snowflake menjadi lebih kuat dan teguh dari masa ke semasa, dengan beberapa inisiatif dan pelaksanaan strategi pemasaran. Status Rakan Kongsi Elit dan pakatan dalam program Snowcase akan lebih membantu kami untuk membawa transformasi yang diterajui Snowflake.”

Colleen Kapase, Naib Presiden, WW Partner & Alliances, Snowflake berkata, “Pencapaian LTI sebagai Rakan Kongsi Elit menjadi bukti kepada kepakaran mereka yang mendalam tentang Snowflake. Banyak pelaksanaan pelanggan yang kami lakukan bersama di peringkat global baru-baru ini menunjukkan keupayaan dan perhubungan pelanggan mereka yang kukuh, menjadikan mereka peneraju industri yang ideal untuk perkhidmatan Snowflake. Kami berharap dapat meneruskan momentum dan kerjasama jangka panjang dengan LTI.”

Kerjasama LTI dan Snowflake menggabungkan kepakaran pemodenan & transformasi data LTI yang terbaik dengan seni bina inovatif Snowflake, model penggunaan yang unik dan kebolehupayaan skala yang hampir tiada had. Dengan penghijrahan awan automatik dan rangka kerja pemodenan, LTI Canvas PolarSled merupakan pembeza utama dalam memacu migrasi Snowflake. Ia membolehkan perusahaan dengan penghijrahan pantas data awan mereka kepada platform tunggal dan bersepadu Snowflake dengan cara yang cekap dan berisiko rendah.

LTI dan Snowflake telah bersama-sama menghasilkan banyak transformasi yang berjaya untuk pelanggan di seluruh dunia dan perkongsian ini melengkapkan aspirasi pertumbuhan kedua-dua buah syarikat yang terus meningkat.

Tentang LTI: 

LTI (NSE: LTI) ialah sebuah Syarikat perunding teknologi dan penyelesaian digital global yang membantu lebih 400 pelanggan berjaya dalam menghubungkan dunia. Dengan operasi di 32 buah negara, kami berusaha keras untuk pelanggan kami dan mempercepatkan transformasi digital mereka dengan platform Mosaic LTI yang mendayakan perjalanan mudah alih, sosial, analitik, Internet Benda dan awan mereka. Ditubuhkan pada 1997 sebagai syarikat subsidiari Larsen & Toubro Limited, warisan unik kami memberi kami kepakaran dunia nyata yang tiada tandingannya untuk menyelesaikan cabaran perniagaan yang paling kompleks dalam semua industri. Setiap hari, pasukan kami yang terdiri daripada lebih 30,000 warga LTI membolehkan pelanggan kami meningkatkan keberkesanan operasi perniagaan dan teknologi mereka dan memberikan nilai kepada pelanggan, pekerja dan para pemegang saham mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.lntinfotech.com atau ikuti kami di @LTI_Global

Maklumat lanjut :

Berhubung dengan LTI :

Logo: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/01/lti-menjadi-rakan-kongsi-perkhidmatan-elit-snowflake.jpg 
Logo: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/01/lti-menjadi-rakan-kongsi-perkhidmatan-elit-snowflake-1.jpg

Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Outsourcing Businesses Telecommunications Contracts Data Analytics

Source: PRNEWSWIRE

You might also like