- Iklan -

Langkah strategik SSG ke Tokyo Mengukuhkan Status Mereka Sebagai Peneraju Permintaan Gen B2B di APAC

Ketua Pegawai Eksekutif & Presiden SSG, Michael Whife “diberi penghormatan dan keistimewaan” untuk membawakan penyelesaian pemasaran yang inovatif ke rantau tersebut 

TOKYO dan DENVER, 12 Januari 2021 /PRNewswire/ — Selling Simplified Group, Inc. (SSG), hari ini mengumumkan pembukaan pejabatnya di Tokyo, Jepun, menandakan lokasi ke-11 syarikat tersebut di Asia Pacifik dan seterusnya menjadikan ia sebagai peneraju permintaan gen B2B di rantau APAC.

Upon announcing SSG's opening in Tokyo, CEO & President Michael Whife said he was “honored and humbled” by the privilege to bring innovative marketing solutions to the Japan region.
Upon announcing SSG’s opening in Tokyo, CEO & President Michael Whife said he was “honored and humbled” by the privilege to bring innovative marketing solutions to the Japan region.

Michael Whife, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden SSG, berkata, “Kami benar-benar berbesar hati diberi keistimewaan untuk berada di pentas B2B Jepun dan berharap untuk menyampaikan perkhidmatan sebagai peneraju B2B Jepun dengan teknologi penjanaan permintaan yang paling inovatif di pasaran.”

Dalam usaha berterusan SSG untuk mengubah landskap penjanaan permintaan B2B di APAC, langkah strategik ke Tokyo membolehkan syarikat tersebut menyokong salah satu pasaran paling penting di rantau ini.

Whife berkata, “Pendekatan kami di APAC, yang kami telah gilap selama empat tahun yang lalu, direka dengan sempurna untuk pasaran seperti Jepun, yang mengutamakan keutuhan penampilan dalam kalangan perniagaan tempatan.”

Dengan menekankan falsafah SSG dalam menyampaikan perkhidmatan kepada perniagaan secara dalaman, Whife meneruskan: “Kami telah menjadi penyokong kepada model perniagaan yang dipusatkan sejak kali pertama kami memasuki pasaran Asia pada tahun 2016. Tumpuan kami, khususnya di Jepun, adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang benar-benar berdedikasi kepada para pelanggan kami dengan menubuhkan pejabat serantau yang dikendalikan sepenuhnya oleh rakyat Jepun, daripada tugasan jualan dan operasi hingga kepada kreativiti dan analisis data.

“Kami memahami bahawa keistimewaan yang diberikan ini adalah untuk mengalu-alukan kehadiran kami di pasaran Jepun dan matlamat kami adalah untuk menghormati keistimewaan tersebut dengan menyediakannya dalam bahasa ibunda yang disokong oleh penyelesaian pemasaran yang inovatif serta data tempatan yang diperkayakan.”

SSG telah berjaya menjalankan kempen B2B dalam bahasa Jepun selama dua tahun, dengan disokong oleh data pihak pertama Jepun yang meluas. “Data kami, yang telah diterjemah dan disusun secara khusus untuk rantau ini, tidak syak lagi merupakan kaedah yang paling bersesuaian untuk usaha kepemimpinan penjanaan B2B bagi penduduk Jepun,” kata Whife.

Pengumuman tersebut diadakan berikutan rangsangan daripada pasaran tempatan sedia ada yang berpotensi sebagai pembekal permintaan tempatan yang benar-benar berdaya maju.

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/01/langkah-strategik-ssg-ke-tokyo-mengukuhkan-status-mereka-sebagai-peneraju-permintaan-gen-b2b-di-apac.jpg

Source: PRNEWSWIRE

You might also like