- Iklan -

KOHLER Mengembangkan Koleksi Rumah Pintar di CES 2021, Menitikberatkan Kesejahteraan dan Pengalaman Tanpa Sentuhan untuk Dapur dan Peralatan Mandian

Peralatan Mandian Stillness, Tandas Pintar Innate, Kepala Paip Bilik Mandi Tanpa Sentuhan Ditampilkan Buat Pertama Kali di CES 2021

KOHLER, Wisconsin, 11 Januari 2021 /PRNewswire/– Kohler Co., peneraju global dalam reka bentuk dan inovasi produk untuk dapur dan bilik mandi, hari ini mengumumkan beberapa tambahan baharu kepada portfolio kediaman pintarnya yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan peribadi. Kohler memperkenalkan empat produk baharu semasa acara CES secara maya yang julung-julung kali diadakan: koleksi peralatan Mandian Stillness, Tandas Pintar Innate, Kepala Paip Bilik Mandi Tanpa Sentuhan dan dua produk baharu yang dihasilkan melalui kerjasama Phyn – KOHLER Pemantauan Air Seluruh Rumah yang Dikuasakan oleh Phyn, sebuah unit pemasangan sendiri (DIY) dan sebuah lagi versi Pro dengan penutupan automatik.

Kohler debuts several new smart home innovations for the kitchen and bathroom spaces at CES 2021.
Kohler debuts several new smart home innovations for the kitchen and bathroom spaces at CES 2021.

Oleh sebab berjuta-juta orang di seluruh dunia meluangkan lebih banyak masa di rumah, mereka menginginkan keseimbangan dan kebebasan daripada tekanan dan kebimbangan dalam kehidupan seharian. Potensi untuk teknologi mewujudkan lebih banyak detik kesejahteraan dan menjadikannya lebih mudah untuk berehat, menghilangkan tekanan dan mencari kedamaian, merupakan penyebab yang memacu Kohler kepada pelaburan dan pembangunan produk yang berterusan dalam teknologi kediaman pintar.

“Apabila kami mengembangkan penerajuan kami dalam inovasi rumah pintar, produk-produk kami membolehkan para pengguna menikmati manfaat pengalaman tanpa sentuhan dan terhubung dengan mudah, tanpa menambah kekusutan atau kerumitan kepada ruangan mereka,” kata David Kohler, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kohler Co. “Kami percaya terdapat keseimbangan yang unik apabila ia berkaitan dengan teknologi di rumah – dan akan terus merintis peluang bagi kawalan yang lancar di bilik mandi dan dapur dengan fokus ke arah kehidupan dan kesejahteraan yang menggembirakan.” 

Kohler mempamerkan penambahan produk baharu kepada portfolio rumah pintarnya semasa acara CES 2021 secara maya termasuk:

Peralatan Mandian Stillness: Peralatan mandian dengan pengalaman ini mendapat inspirasi daripada permandian hutan Jepun atau shinrin-yoku. Air, cahaya, kabus dan aroma bergabung untuk mencipta pengalaman deria yang luar biasa yang direka untuk menenangkan minda, merehatkan badan dan memulihkan semangat. Mengubah bilik mandi kepada persekitaran seperti spa untuk suasana yang tenang, Peralatan Mandian Stillness menawarkan ruangan peribadi untuk penjagaan diri dan kesejahteraan. Ia bermula dengan pengisian air dari bahagian bawah mandian, melimpah ke dalam habuk kayu Hinoki untuk mewujudkan bunyi yang menenangkan. Lampu spektrum penuh menyelubungi mandian ini, menghasilkan mood dan mewujudkan pengalaman terapi kroma. Kabus kemudian meliputi permukaan mandian Stillness, memberi keasyikan kepada pemandi dengan suasana santai yang tenang. Akhirnya,minyak pati boleh ditambah sebagai puncak kepada pengalaman mandian yang mengeluarkan aroma menyegarkan secara perlahan-lahan untuk merangsang deria dan meningkatkan fokus.

Tandas Pintar Innate: Innate ialah tambahan terbaharu kepada portfolio produk pintar Kohler. Innate merangkumi kesemua ciri-ciri keselesaan, kemudahan dan kebersihan yang diharapkan oleh orang ramai daripada penawaran luas Kohler untuk tandas pintar dengan harga yang lebih berpatutan. Innate mempunyai fungsian seperti tempat duduk yang panas, terbuka dan tertutup secara automatik, kawalan jarak jauh intuitif dan bidet peribadi. Seterusnya, oleh sebab ramai pemilik rumah mahukan lebih banyak projek pemasangan sendiri (DIY), Innate menampilkan ciri pemasangan Kohler yang mudah dan sedia dikunci.

Kepala Paip Bilik Mandi Kediaman Tanpa Sentuhan: Kepala paip bilik mandi tanpa sentuhan ini menawarkan pengaktifan bebas tangan untuk mencuci tangan, memberus gigi dan tugas harian yang lain. Mempunyai keupayaan untuk mencuci tangan pada akhir rutin bilik mandi tanpa menyentuh kepala paip mengurangkan potensi penyebaran bakteria dan kuman di ruangan ini. Kohler melancarkan kepala paip bersepadu dengan sensor tertanam serta pak jarak jauh yang membolehkan tambahan penyelesaian yang diubahsuai kepada mana-mana kepala paip bilik mandi kawalan tunggal KOHLER.

Kerjasama Kohler dan Phyn: Kohler akan melancarkan dua produk berjenama bersama dengan Phyn pada tahun 2021 – Pemantauan Air Seluruh Rumah KOHLER yang Dikuasakan oleh Phyn – sebuah unit pemasangan sendiri (DIY) dan sebuah lagi versi Pro dengan penutupan automatik. Produk-produk ini membuktikan evolusi berterusan tumpuan Syarikat terhadap keselamatan air dan ketenangan fikiran. Kedua-dua produk memanfaatkan analisis gelombang tekanan berdefinisi tinggi Phyn yang terbaik dan dipatenkan untuk memantau aliran air dan memaklumkan pemilik rumah dengan segera jika kebocoran dikesan di mana-mana sahaja di dalam rumah dan memberikan pandangan terperinci tentang penggunaan air oleh setiap lekapan. Versi pemasangan sendiri (DIY), dipasang di bawah sinki tunggal dan ia boleh dipasang dengan mudah oleh pemilik rumah. Perbezaan versi Pro ialah ia dipasang pada paip air utama, sama ada di dalam atau di luar rumah dan ia boleh mengurangkan kerosakan yang mahal melalui ciri penutupan air automatik.

Sentiasa memberi tumpuan kepada peningkatan penyelesaian untuk memberi manfaat kepada pengguna, Kohler telah memperluas beberapa teknologi rumah pintar yang menggabungkan ciri-ciri baharu:

  • Koleksi jenama KOHLER Konnect dengan pengaktifan suara dan kepala paip dapur tanpa sentuhan kini menawarkan arahan “basuh tangan” yang membimbing pengguna melalukan langkah-langkah yang disyorkan untuk membersih tangan secara betul, mengaktifkan air untuk pembasahan dan pembilasan, berserta dengan panduan bersuara untuk menyabun dan membersih.
  • Kohler Power melancarkan ciri suara yang pertama ke pasaran yang membolehkan pemilik rumah mengakses dan mengaktifkan fungsi penjana pengganti melalui arahan suara yang mudah. Setiap individu boleh memeriksa penjana KOHLER mereka dengan mudah melalui peranti pintar pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja mereka berada. Mempunyai akses mudah ini memastikan setiap rumah dikendalikan dengan cara yang terbaik dan memberikan ketenangan fikiran sewaktu ketiadaan pemilik rumah.

Kohler akan terus berkongsi inovasi produk baharu dan penerajuan industri dengan pelancaran acara digitalnya selama dua hari yang julung-julung kali diadakan, Kohler@Home, pada 2 dan 3 Februari. Maklumat tambahan untuk acara dan pendaftaran boleh diakses di Kohler.com/AtHome.

Untuk maklumat lanjut tentang produk rumah pintar, sila layari www.kohler.com/smarthome atau hubungi Kohler di 1-800-4KOHLER.

Tentang Kohler Co.
Ditubuhkan pada tahun 1873 dan beribu pejabat di Kohler, Wisconsin, Kohler Co. ialah salah sebuah syarikat pegangan swasta yang tertua dan terbesar di Amerika yang terdiri daripada lebih 35,000 rakan sekutu. Dengan lebih daripada 50 lokasi pembuatan di seluruh dunia, Kohler merupakan peneraju global dalam pembuatan produk dapur dan mandian; enjin dan sistem kuasa; kabinet utama, jubin dan pencahayaan; dan pemilik/pengendali kepada dua buah hospitaliti bertaraf 5 bintang dan destinasi percutian golf di Kohler, Wisconsin dan St. Andrews, Scotland.

Apabila rumah menjadi semakin terhubung, Kohler memberi tumpuan untuk menjadikan detik-detik harian lebih baik melalui reka bentuk yang teliti dan teknologi pintar. Pendekatan Kohler dalam reka bentuk bilik mandi pintar dengan dedikasi, ketepatan dan penjagaan yang sama telah membina kewujudan jenama ini di peringkat global sejak lebih satu abad.

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/01/kohler-mengembangkan-koleksi-rumah-pintar-di-ces-2021-menitikberatkan-kesejahteraan-dan-pengalaman-tanpa-sentuhan-untuk-dapur-dan-peralatan-mandian-1.jpg 
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/01/kohler-mengembangkan-koleksi-rumah-pintar-di-ces-2021-menitikberatkan-kesejahteraan-dan-pengalaman-tanpa-sentuhan-untuk-dapur-dan-peralatan-mandian.jpg

Source: Kohler Co.

Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Consumer Electronics Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news

Source: PRNEWSWIRE

You might also like