- Iklan -

Institut FII Melancarkan Edisi ke-4 Inisiatif Pelaburan Masa Depan yang bertemakan “The Neo-Renaissance” – Satu persidangan berbilang hab tentang kelahiran semula ekonomi global

– Edisi ke-4 FII akan memperkenalkan format berbilang hab dengan hab pusat bertempat di Riyadh dan bandar-bandar satelit global dengan penjarakan sosial

– Persidangan menghubungkan pemimpin dunia, pelabur dan penggubal dasar untuk mentafsirkan semula ekonomi global

– Pemimpin terkemuka dalam bidang kesihatan, kewangan, tenaga dan pendidikan, dan menteri antarabangsa disahkan akan berucap di FII

RIYADH, Arab Saudi, 13 Januari 2021 /PRNewswire/ — Institut Inisiatif Pelaburan Masa Depan akan menjadi tuan rumah pada bulan ini kepada FII Edisi Keempat, satu persidangan pelbagai hab yang akan menghubungkan para pemimpin, pelabur dan pembuat dasar semasa mereka mentafsirkan semula ekonomi global di kala dunia dilanda pandemik Covid-19.

The FII Institute will host the 4th edition of the Future Investment Initiative (FII) on January 27-28 at the King Abdul Aziz International Conference Center (KAICC) in Riyadh, with speakers and audiences joining physically and virtually from FII satellites in New York, Paris, Beijing, and Mumbai.
The FII Institute will host the 4th edition of the Future Investment Initiative (FII) on January 27-28 at the King Abdul Aziz International Conference Center (KAICC) in Riyadh, with speakers and audiences joining physically and virtually from FII satellites in New York, Paris, Beijing, and Mumbai.

Institut FII, sebuah yayasan global bukan untung yang baru ditubuhkan, akan menjadi tuan rumah persidangan pada 27-28 Januari di Pusat Persidangan Antarabangsa Raja Abdul Aziz (KAICC) di Riyadh, dengan penceramah dan penonton yang menyertai secara fizikal dan secara maya dari satelit FII di New York, Paris, Beijing dan Mumbai. Institut FII akan bertindak sebagai kurator perbincangan global yang perlu bagi mencetuskan tindakan yang konkrit dan menggerakkan kepemimpinan daya pemikiran, kerjasama dan sumber merentas sempadan. (Permohonan untuk jemputan.)

“Tidak ada masa yang lebih penting bagi para pemimpin, pelabur dan penggubal dasar untuk bersama-sama berusaha untuk menjana semula ekonomi global,” kata Tuan yang Terutama Yasir Al-Rumayyan, Pengerusi Institut FII dan Gabenor Dana Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF).

Institut FII telah mengenal pasti pelaburan lestari, pertumbuhan ekonomi global dan masa depan penjagaan kesihatan, pendigitan, pendidikan dan budaya sebagai topik keutamaan yang menjadi perhatian masyarakat kita. Sesi juga akan membahas kelahiran semula PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana), dan bagaimana melabur dalam budaya dapat menjadikannya penjana pertumbuhan untuk menyokong pelukis dan muzium dan memperbaiki ketidaksamaan gender yang sekian lama wujud.

FII juga akan menangani bagaimana industri sukan dan hiburan dapat mencipta semula industri masing-masing dengan menggabungkan acara maya dan pengalaman secara langsung bagi meningkatkan pendapatan.

“FII edisi ke-4 akan menyaksikan teknologi paling inovatif untuk memudahkan perbualan global dan bersifat inklusif untuk kepentingan umat manusia.” kata Richard Attias, Ketua Pegawai Eksekutif Institut FII. “Institut FII akan bertindak sebagai pemangkin dan perintis untuk membolehkan interaksi dan pertukaran idea yang disruptif. Inilah masa terbaik untuk mengumpulkan para cendekiawan terkemuka kita supaya dapat memanfaatkan kesempatan ini untuk mentafsirkan semula dunia kita.”

Institut ini ditubuhkan di Riyadh untuk mengumpulkan pemimpin global, perintis teknologi, pakar dan penggubal dasar untuk membolehkan idea konkrit yang dapat menyelesaikan masalah masyarakat yang paling mendesak pada masa kini, sambil mewujudkan platform jangka panjang untuk membentuk semula masa depan umat manusia secara lestari. Institut FII akan memainkan peranan kepemimpinan dalam membentuk perdebatan yang sangat diperlukan tentang cara menangani krisis, seperti pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan setiap ceruk dunia dan setiap aspek kehidupan.

Mengenai Edisi ke-4 FII

Program utama akan disiarkan secara langsung dari Riyadh. Penceramah akan dirakamkan dan disiarkan ke semua bandar satelit FII dan melalui platform penstriman secara langsung.

Ucapan dasar, sesi pleno dan juga perbincangan kumpulan kecil akan diadakan di semua tempat.

Ikuti saluran sosial kami melalui TwitterLinkedInYouTubeFacebook, dan Instagram dan sertai perbualan ini dengan #FIINeoRenaissance.

Mengenai Institut Inisiatif Pelaburan Masa Depan

Institut Inisiatif Pelaburan Masa Depan merupakan generasi baharu yayasan bukan untung global yang memastikan idea-idea terbaik dunia dapat menjadi kenyataan, diskalakan dan mewujudkan Impak kepada Manusia secara positif dan lestari.

Dengan visi yang bercita-cita tinggi untuk memperkasakan pemikir-pemikir yang paling hebat untuk membentuk masa depan yang lebih baik untuk SEMUA dan dengan SEMUA, Institut FII mengumpulkan para pemimpin dan pakar global untuk memilih dan membolehkan idea-idea konkrit secara kolektif, yang dapat menyelesaikan masalah masyarakat yang paling mendesak pada saat ini sambil mewujudkan platform jangka panjang untuk membentuk semula masa depan umat manusia.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Institut FII, sila lawati http://fii-institute.org. Dapatkan maklumat terkini dengan mengikuti kami di LinkedIn dan Twitter (@FIIKSA).

Gambar – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/01/institut-fii-melancarkan-edisi-ke-4-inisiatif-pelaburan-masa-depan-yang-bertemakan-the-neo-renaissance-satu-persidangan-berbilang-hab-tentang-kelahiran-semula-ekonomi-global.jpg

Untuk Pertanyaan Am Media Hubungi: media@fii-institute.org

Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Publishing/Information Service FDA Approval Not for profit Trade show news Financial Technology Future Events

Source: PRNEWSWIRE

You might also like