Gibraltar BSN Lancar Live Chat untuk Perkhidmatan Pelanggan Masa Nyata

86
- Iklan -

KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Januari 2021 /PRNewswire/ — Gibraltar BSN Life Berhad (“Gibraltar BSN”) hari ini melancarkan perkhidmatan ‘Live Chat’ di laman web korporatnya untuk memberikan sokongan yang lebih pantas dan peribadi kepada pelanggannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangam Bir menjawab pertanyaan pelanggan dalam Live Chat Dari kiri ke kanan: Susan Ong - Ketua Pegawai Pemasaran, Gibraltar BSN Life Berhad; Chua Kim Soon - Ketua Pegawai Operasi, Gibraltar BSN Life Berhad; Rangam Bir - Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Gibraltar BSN Life Berhad; Lee Kok Wah - Ketua Pegawai Kewangan, Gibraltar BSN Life Berhad
Ketua Pegawai Eksekutif Rangam Bir menjawab pertanyaan pelanggan dalam Live Chat Dari kiri ke kanan: Susan Ong – Ketua Pegawai Pemasaran, Gibraltar BSN Life Berhad; Chua Kim Soon – Ketua Pegawai Operasi, Gibraltar BSN Life Berhad; Rangam Bir – Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Gibraltar BSN Life Berhad; Lee Kok Wah – Ketua Pegawai Kewangan, Gibraltar BSN Life Berhad

Perkhidmatan interaksi secara langsung itu disediakan pada waktu operasi dan membolehkan pelanggan mendapatkan maklumat masa nyata mengenai polisi mereka, produk terbaru, dan maklumat lain yang berkaitan secara langsung dari Wakil Perkhidmatan Pelanggan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangam Bir berkata, “Kami amat gembira kerana dapat memperkasakan pengalaman pelanggan kami dengan pelancaran Live Chat kami. Analisis data kami membuktikan bahawa pelanggan hari ini lebih suka menggunakan komunikasi secara digital dan perkhidmatan Live Chat ini membolehkan kami berhubung dengan pelanggan dengan lancar dalam masa nyata sambil memberikan perkhidmatan berkualiti.

Pelancaran Live Chat ini melengkapkan titik sentuh pelanggan Gibraltar BSN yang lain seperti pusat panggilan perkhidmatan pelanggannya dan GINA (Gibraltar INtelligent Assistant), sebuah Chatbot automatik yang menyediakan perkhidmatan pelanggan segera di WhatsApp 24-7.

Bir terus menambah, “Sambutan hangat yang diterima daripada pelanggan terhadap pelancaran inisiatif digital kami menyokong kepercayaan kami bahawa digital merupakan kunci kejayaan kami pada masa depan. Hari ini, hampir kesemua komunikasi pelanggan kami adalah tanpa kertas, 96% pembayaran premium dilakukan secara digital, dan lebih daripada 85% polisi dihantar secara digital di WhatsApp. Kami akan maju ke AI Chatbot dalam masa hadapan dan akan terus memanfaatkan teknologi digital untuk memberikan perkhidmatan pelanggan yang unggul, meningkatkan penglibatan pelanggan, dan memperkuat kesetiaan jenama.

Pada tahun 2019, Gibraltar BSN telah dinobatkan sebagai Syarikat Insurans Digital Terbaik Malaysia oleh terbitan insurans serantau InsuranceAsia News untuk pencapaian digitalnya seperti pelancaran sistem penghantaran e-Polisi WhatsApp yang pertama di negara dan perkongsian dengan Boost Malaysia untuk membolehkan pembayaran premium melalui aplikasi e-Dompet mudah alih Boost.

Unuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi:

Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Insurance Multimedia/Online/Internet New products/services

Source: PRNEWSWIRE