Fisher Yu Hisense: TV Laser Melangkah ke Era TriChroma pada 2021

69
- Iklan -

QINGDAO, China, 13 Januari 2021 /PRNewswire/ — “Pada tahun 2021, sebagai peneraju dalam industri paparan laser, Hisense bakal membawa TV Laser menuju era TriChroma!” Pada 11 Januari, Fisher Yu, Presiden Hisense Visual Technology, mengumumkan secara rasmi di CES 2021 maya bahawa Hisense akan melancarkan rangkaian penuh TV Laser TriChroma dengan saiz skrin bermula daripada 75-inci hingga 100-inci dan kecerahannya, warna gamut dan pengalaman mengasyikkan bertambah baik dengan ketara. Ini bererti Hisense membawakan secara rasmi TV Laser ke era TriChroma.

Pada tahun 2021, sebagai peneraju dalam industri paparan laser, Hisense bakal membawa TV Laser menuju era TriChroma!
Pada tahun 2021, sebagai peneraju dalam industri paparan laser, Hisense bakal membawa TV Laser menuju era TriChroma!

Penunjuk arah global dalam industri barangan elektronik pengguna, CES telah menarik banyak perhatian pada setiap tahun. Terjejas oleh wabak, CES 2021 mendepani acara maya yang pertama seumpamanya dalam sejarah. Hisense membuat kemunculan sulungnya di Pameran Elektronik Pengguna 2021 pada jam 7 pagi tanggal 11 Januari. Seperti biasa, Hisense akan melancarkan produk TV laser terkini sebagai bahagian yang paling penting dalam CES. Tahun ini juga tidak terkecuali dan Hisense melancarkan TV Laser TriChroma dengan saiz skrin bermula daripada 75-inci hingga 100-inci secara rasmi.

Apa yang begitu istimewa mengenai TV Laser TriChroma? Dr. Liu Xianrong, Ketua Saintis Hisense Laser Display, memperkenalkan bahawa produk TV Laser TriChroma menerima pakai seni bina sumber cahaya laser RGB baharu di sidang akhbar. Laser warna yang berbeza dipakejkan secara berasingan dan dikawal dengan baik, menghasilkan prestasi warna yang lebih tulen. Penyelesaian DLP bertaraf tinggi mencapai kecerahan gambar 430-nit yang melangkaui TV biasa.

Pada tahun 2021, sebagai peneraju dalam industri paparan laser, Hisense bakal membawa TV Laser menuju era TriChroma!
Pada tahun 2021, sebagai peneraju dalam industri paparan laser, Hisense bakal membawa TV Laser menuju era TriChroma!

“Bermula daripada dwiwarna kepada warna penuh, kami telah mencapai penambahbaikan 128% dalam warna RGB asal. Standard gamut warna tertinggi TV ini dapat mencapai 107% BT2020. Tiga sumber cahaya warna utama, dengan ketulenan warna yang amat tinggi, membawakan prestasi warna yang hebat. Liputan gamut warna boleh mencecah sehingga 151% daripada standard warna filem DCI-P3, iaitu hampir 50% melebihi pawagam mewah.” Dr. Liu Xianrong berkata, pengalaman produk disediakan oleh TV Laser TriChroma standard telah bertambah baik dengan ketara.

“Hisense menakrifkan dua keperluan penting untuk tuntutan tontonan yang imersif: kehadiran dan pengalaman untuk peranti paparan yang diperlukan untuk memuaskan keasyikan keluarga.” Dr. Liu Xianrong memperkenalkan bahawa TV Laser mewujudkan kehadiran dengan skrin gergasi. Secara khususnya, sesuatu yang berukuran sekurang-kurangnya 75 inci; satu dengan liputan warna penuh standard DCI-P3 dan kecerahan lebih 350 nit; dan satu lagi yang menghidupkan pengalaman dengan pemerhatian dekat serta keselesaan mata. Sebagai produk TV dalam era AIoT, TV Laser juga dapat memenuhi keperluan keinginan keluarga terhadap sosialisasi dan hiburan. Sebagai contoh, TV Laser baharu dilengkapi dengan kamera pintar AI bagi menyokong interaksi mendalam seperti karaoke dan kecergasan dalam talian.

Sejak TV Laser 100-inci pertama Hisense dilancarkan pada tahun 2014, revolusinya telah bertambah baik daripada 2K kepada 4K; sumber cahaya telah berkembang daripada fosfor-laser kepada laser dwiwarna, kemudiannya laser TriChroma; dan saiz telah bertambah daripada 75-inci menjadi 100-inci dan kini sehingga 300-inci! Dalam tempoh hanya enam tahun, kesemua penaiktarafan dan kemajuan produk ini telah dapat dicapai.

Kemungkinan untuk paparan laser dipercepatkan adalah lebih daripada sebelumnya. Menurut statistik, jualan luar negara bagi TV Laser Hisense meningkat sebanyak 288% berbanding tahun sebelumnya (YOY) bagi tahun 2020, dengan prestasi yang hebat dalam 17 negara di serata dunia termasuk Amerika Syarikat, Mexico dan Australia. Di China, TV Laser Hisense berjaya menyenaraikan tiga model ke dalam senarai terlaris 10 teratas bagi tahun 2020. Kemasukan Samsung, Sony, LG dan pengeluar-pengeluar utama global yang lain sekali gus turut membawa kevitalan baharu terhadap teknologi paparan baharu ini, yang didominasi oleh China. Pejabat Tinjauan Elektronik Pengguna Dewan Perniagaan Elektronik China mengkaji pengguna TV sepanjang tiga tahun yang lalu dan keputusannya menunjukkan bahawa TV laser memperoleh kadar cadangan tertinggi iaitu 70%, jauh melebihi purata industri iaitu sebanyak 54%.

Sebagai kategori TV serba baharu yang dilancarkan hanya lima tahun yang lalu di CES, TV Laser telah beralih daripada pasaran khusus kepada pasaran besar-besaran dari pandangan pasaran, pengguna dan pengeluar. Teknologi paparan laser menunjukkan ciri-ciri Hukum Moore dan pertumbuhan pasaran yang dramatik bakal bermula.

Hisense akan turut melancarkan TV Laser Sonic-Screen, TV Laser komersial lebih 10,000 lumen dan TV Laser Angkat Sendiri yang dikeluarkan secara besar-besar, menerajui teknologi paparan laser ke arah suatu pencapaian baharu, kata Fisher Yu.

Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services Trade show news

Source: PRNEWSWIRE